Rabu, 10 Mac 2010

FORMALITI VS MENTALITI

Putih menuju ke kereta untuk pulang ke rumah sambil menggalas beg. Setibanya dia ke kereta, ada suara memanggilnya dari jauh.

"Ehhh, kamu! Mari ke sini!" tempik seorang lelaki dari bawah bangunan sambil tangannya melambai-lambai.

Putih kenal lelaki tersebut. Putih datang ke arah lelaki tersebut. Dia tersenyum dan menghulur tangan. Lelaki menyambut salam Putih sambil diiringi kerutan dahi dan muka yang masam.

"Ada apa yang boleh saya bantu Prof?"

"Bantu diri kamu tu dulu. Tengok diri kamu sekarang macam mana?" Dia menuding jari ke arah tubuh Putih sambil matanya memandang Putih dari atas ke bawah.

Putih langsung kehairanan. "Apa maksud Prof? Ada salah yang saya dah buat ke?" Putih bertanya.

"Salah awak tanya? Memang salah!!! Baju tak dimasukkan ke dalam. Pakai sandle. Awak ingat ni pasar malam ke? Awak tu nak jadi orang akademik. Orang akademik ni orang yang menjaga formaliti. Formaliti mesti ada. Formaliti main peranan. Kita ni dibentuk oleh undang-undang. Seganlah sikit dengan pelajar-pelajar. Macam mana nak jadi contoh pada pelajar yang lain? Memalukan sungguh!!! "

"Tapi, sekarang dah nak dekat lewat petang Prof. Saya pakai sandle sebab senang nak memandu nanti. Tentang baju ni....."

"Prof. Jaa Hiil !!!"

Lalu seorang pelajar perempuan berseluar jeans ketat dan free hair datang dekat kepada kami. Tersengih-sengih.

"Maaf ganggu, saya memang nak jumpa Prof dari tadi. Saya nak hantar assignment dan nak tanya beberapa hal sikit tentang kandungan kuliah Prof. Dah tiga minggu saya tangguhkan untuk bertanya. Tapi sekarang tak boleh dah. saya perlukan penjelasan. Prof sibuk ke sekarang? Sekejap je Prof." rayu pelajar itu sambil memandang kepada Putih.

"Tak, saya lapang" Dia tersenyum berserta lirik tajam ke arah Putih. Putih faham.

"Saya pulang dulu Prof. " sebelum pergi dia menghulur tangan sekali lagi.

"Baik. Lepas ini tiada alasan." kata Prof Jaa Hiil kepada Putih.

Putih berasa hairan. Putih bermonolog sendiri. Mengapa marah benar Prof Jaa Hiil kepada aku.? Adakah aku melakukan kesalahan besar? Aku ada membuka aurat ke? Kalau ikut fungsi, aku dah gunakan pakaian dengan beradab cuma tidak kemas. Cara pemakaian aku salah ke? Cara tu penting sangat ke? Habis tu anak murid dia yang pakai seluar jeans ketat, free hair tu tak salah ke? Formaliti hanya pada orang akademik sahaja ke? atau formaliti lebih tinggi dari tanggungjawab dia menegur anak didiknya agar jangan melakukan maksiat? Dedah aurat tu bukan maksiat ke?

Mungkin dia memang kemas orangnya. Jadi formaliti pakaian sahaja dia tekankan. Kemasnya diluar. Tetapi mentalitinya selekeh. Putih terus tersenyum sendiri.

Isnin, 1 Mac 2010

DIALOG ORANG MUDA : DOM !!!



Dialog Orang Muda (Dom)
“Kebebasan: Penulis Tercekik?”

Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur

6 Mac 2010, 10 pagi

Ahli panel
1. Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Arif Mohamed
2. Ketua Wartawan Malaysiakini Bahasa Malaysia, Mohd Jimadie Shah Othman
3. Pengajar di Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM), Mohd Ali Atan.

Moderator
Ahli Jawatankuasa Biro Penulis Muda Pena, Muhammad Lutfi Ishak

P/S: TIADA BAYARAN DIKENAKAN. PARA PENCINTA, PENGIAT, PENIKMAT , PEMERHATI, PENELITI SASTERA SERTA DISIPLIN LAIN ATAU SESIAPA SAHAJA YANG BERMINAT DIJEMPUT HADIR. SELAMAT BERDISKUSI. JUMPA DI SANA. INSHA - ALLAH.