tag:blogger.com,1999:blog-74195623487114392922024-03-14T10:21:43.874+08:00Pondok BicaraZarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.comBlogger65125tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-49338892698902270382014-07-15T04:33:00.001+08:002014-08-14T16:25:14.593+08:00CARA MENILAI INDIVIDU MENURUT IMAM AL-GHAZALIHakikatnya, setiap insan akan berhadapan dengan masyarakat yang ada disekelilingnya. Pada soal masyarakat itu pula, ia terdiri daripada pelbagai lapisan dan golongan, ada yang muda, tua, berpangkat dan tiada berpangkat dan pelbagai lagi.
Pabila berhadapan dan berhubung dengan seseorang, tiada terlepas pula seseorang itu akan melakukan penilaian terhadap orang yang sedang dihadapinya. Penilaian tersebut pastinya sangat relatif bergantung kepada pandangan alam yang menjadi pegangan seseorang itu. Mungkin ada yang menilai orang lain hanya dari sudut luaran seperti cara pemakaian, fizikal, penampilannya; malah tiada terlepas seseorang menilai dari sudut keperibadian seperti ilmu, adab, perilaku dan sebagainya.
Perbahasan tentang penilaian ini seandainya dilanjutkan akan pergi ke sempadan wilayah yang lebih luas lagi. Apatah lagi apabila berhadapan dengan seseorang yang tidak dikenali. Namun, perkara pokok daripada setiap penilaian itu yang boleh disimpulkan ialah adakah penilaian yang dilakukan itu membantu kita untuk memperbaiki diri dan hubungan sesama manusia atau akhirnya mencampakkan kita ke jurang kehinaan - atas dasar sombong dan angkuh terhadap ketinggian diri jika dibandingkan dengan seseorang yang lain - atau sebaliknya.
Dalam hal ini, Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a (m.1111), dalam kitabnya Bidayatul Hidayah, telah menunjukkan jalan bagaimana kita perlu membuat suatu rangka penilaian terhadap seseorang insan, yang akhirnya berupaya membantu kita menilai kembali jiwa peribadi dan menjadikan kita berupaya untuk menjauhi sikap ujub, riak, takabur, sombong dan angkuh, yang timbul akibat kealpaan.
Imam Al Ghazali menjelaskan :
"Dan sebaiknya hendaklah seseorang mengetahui bahawa orang yang sebenarnya baik itu ialah orang yang baik di sisi Allah dan masalah ini tidak ada siapa yang mengetahuinya kerana ia tertakluk kepada 'Khatimah' (akhirnya umur seseorang) maka i'tiqadmu di dalam dirimu bahawa engkau lebih baik daripada orang lain adalah berpunca daripada kejahilan semata-mata. Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seseorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu. Maka jikalau engkau melihat orang yang lebih muda daripadamu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati) "Budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku". Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripadamu maka hendaklah engkau berkata : "Orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripadaku, maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripadaku." Dan apabila engkau melihat orang yang alim maka hendaklah engkau berkata : "Orang alim ini telah dikurniakan dakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepadaku dan ia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui maka betapa aku sama dengannya." Dan apabila engkau melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata : '"Orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya tetapi aku mengerjakan maksiat beserta dengan ilmuku maka Allah akan berhujah ke atas diriku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengakhiri kehidupanku ini." Dan apabila engkau melihat orang yang kafir maka hendaklah engkau berkata : "Aku belum tahu lagi boleh jadi nanti ia masuk Islam lalu ia mengakhiri hidupnya dengan 'husnul khatimah' (mati dalam keadaan yang baik atau beriman) dan dengan sebab dia masuk Islam ia telah keluar daripada dosa-dosanya seperti keluarnya sehelai rambut daripada bancuhan (adunan) roti sedangkan aku - wal iya zubillah (mudah-mudahan Allah memelihara kita) boleh jadi berubah menjadi sesat setelah mendapat petunjuk maka aku menjadi kafir dan kehidupanku akan diakhiri dengan 'su-ul khatimah' (mati dalam keadaan kafir) maka orang kafir ini pada hari kiamat nanti akan dikumpulkan bersama dengan orang-orang yang muqarrabin sedangkan aku akan diseksa di dalam api neraka." Nauzubillahi min zalik.
Begitulah mutiara nasihat Imam Al Ghazali yang sewajarnya menjadi panduan bagi seluruh umat dalam meladeni dan menilai orang perseorangan. Semoga kita mendapat manfaat dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian yang senantiasa mencabar dengan godaan nafsu yang jauh lebih besar daripada godaan syaitan!
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-23534356798589022172013-11-28T11:06:00.000+08:002014-03-28T02:36:02.593+08:00KOMSAS DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYUDalam kerangka kurikulum kebangsaan, mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) diletakkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran teras dan wajib bagi seluruh pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 2000, terdapat perubahan pada mata pelajaran BM dengan perlaksanaan Komponen Sastera (KOMSAS). Secara jelasnya, KOMSAS menjadi suatu unsur yang wajib dipelajari oleh semua pelajar lantaran ia di'sepadu'kan dalam mata pelajaran BM.
Walau pun hal ini sudah banyak dibahaskan, hal ini sebenarnya masih relevan untuk dibincangkan lantaran saya memikirkan ada kefahaman asas yang mudah untuk difahami tetapi telah disalahtanggapi oleh ramai pihak tentang peranan KOMSAS ini.
Pelaksanaannya sememangnya membangkitkan pelbagai reaksi; ada yang bersetuju dan wujud juga pandangan yang menentang.
Namun secara peribadi, saya sama sekali tidak bersetuju dengan kemasukan KOMSAS dalam mata pelajaran BM. Untuk memberikan hujah tentang pendirian saya, adalah lebih baik saya mulakan dengan beberapa pertanyaan penting.
Apa itu KOMSAS? Dan perlukan ia di'sepadu'kan di dalam mata pelajaran BM?
KOMSAS sebenarnya merujuk kepada 'komponen sastera' yang berasal daripada perihal pembikinan cerita atau naratif. Secara mudahnya, komponen sastera merujuk kepada tema dan persoalan, watak dan perwatakan, plot, latar, sudut pandangan, gaya bahasa dan lain-lain lagi.
Dalam konteks kesusasteraan per se, kesemua unsur ini merupakan unsur-unsur yang boleh difahami melalui kerangka pendekatan formalistik atau lebih dikenali sebagai pendekatan struktur penceritaan.
Sebelum KOMSAS dizahirkan menjadi suatu unsur pembelajaran, pendekatan formalistik ini sebenarnya merupakan kerangka yang terlebih dahulu diaplikasikan sebagai kerangka pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kesusasteraan Melayu Tingkatan IV dan V (KM). Oleh itu, perangkaan kurikulum KM sejak 1984 sehingga kini masih menggunapakai pendekatan formalistik ini sebagai kerangka asas dalam menjayakan kurikulum KM.
Jika diteliti sukatan pelajaran KM, pemberatan fokus hasil pembelajaran sememangnya menggunapakai aspek formalistik. Aspek formalistik di dalam kurikulum KM ditukarganti istilahnya dengan 'aspek sastera'. Malah, hampir keseluruhan hasil pembelajaran bertumpu kepada soal penganalisisan aspek sastera seperti tema, watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa dll terhadap teks-teks sastera seperti novel, cerpen, puisi, dan sebagainya.
Dengan itu, dapat difahami bahawa KOMSAS yang ditawarkan itu sebenarnya merupakan intipati kepada kerangka kurikulum mata pelajaran KM.
Timbul pertanyaan lain, mengapa mahu dibawakan pendekatan struktur@formalistik - yang sekian lama digunakan bagi mata pelajar KM - ke dalam mata pelajaran BM? Sedangkan mata pelajaran BM mempunyai matlamat, objektif dan kerangka kurikulumnya yang tersendiri.
Kita boleh menebak bahawa kemasukan KOMSAS ke dalam mata pelajaran BM dimungkinkan kerana pihak kerajaan berusaha untuk mendedahkan bahan sastera - seperti novel, cerpen, puisi dll - secara menyeluruh disemua peringkat bermula dari Tingkatan I hingga V. Selain itu, perlaksanaan KOMSAS ini juga dilihat mampu menggendurkan ketegangan desakan daripada pelbagai pihak yang mahu mata pelajaran KM diwartakan sebagai mata pelajaran wajib dalam kerangka kurikulum kebangsaan.
Namun, jangan terlupa bahawa apa pihak yang sememangnya mempunyai kepentingan untuk mengaut keuntungan melalui proses pemilihan teks. Ini kerana setiap teks yang terpilih menjanjikan jumlah pulangan wang yang lumayan ke kocek mereka dan penerbit!
Apa yang perlu dipertegaskan, perancangan untuk melaksanakan KOMSAS dilihat tidak membantu menyelesaikan masalah malah memberikan lebih banyak bebanan kepada guru dan pelajar.
Dengan kemasukan KOMSAS dalam BM, maka secara tidak langsung, wujud dua kurikulum yang perlu dilaksanakan oleh para guru. Dalam masa yang sama, guru-guru BM perlu mengajar segenap aspek kebahasaan; dan guru BM juga terpaksa mengajar aspek formalistik. Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran BM menjadi tidak berfokus dan tiada haluannya.
Hal ini menjadi lebih rumit lantaran wujudnya kekangan masa oleh para guru yang diperuntukkan masa yang nisbah tidak wajar dengan kurikulum yang terlalu luas. Selain itu, bebanan guru yang diluar kelas juga perlu diambil kira dalam hal-hal sebegini.
Tambahan pula, bebanan terpikul dibahu para pelajar semakin bertambah lantaran mereka perlu membaca terlalu banyak sekali teks sastera. Bayangkanlah bagi seorang pelajar yang mengambil mata pelajaran BM dan mata pelajaran KM pada sewaktu tingkatan IV dan V perlu membaca sebanyak 4 buah novel, 29 cerpen, 11 drama, 58 sajak, 32 puisi tradisional dan 14 prosa tradisional. Bilangan ini belum ditambah dengan jumlah teks sastera dalam mata pelajaran bahasa Inggeris pula.
Akhirnya, untuk memudahkan cara mereka, guru dan pelajar tidak lagi membaca buku teks yang menjadi sumber primer malah hanya memusatkan perhatian kepada buku huraian dan panduan yang dijual dipasaran.
Jadi, pada tahap ini adakah wajar KOMSAS di'sepadu'kan dalam mata pelajaran BM?
Jawapannya sudah pasti tidak. Saya kira pertimbangan memasukkan KOMSAS dalam BM adalah silap. Apa yang sebenarnya berlaku adalah kesilapan dalam menanggapi hal2 yang asas.
Saya amat bersetuju dengan usaha pihak kerajaan untuk mendedahkan bahan bacaan sastera Melayu. Itu usaha yang baik. Akan tetapi teks yang perlu didedahkan juga perlu melepasi suatu 'kriteria khusus' demi menjaga kualitinya sejajar dengan matlamat pendidikan.
Namun saya sama sekali tidak bersetuju apabila pendedahan itu merangkumi soal KOMSAS. Ini kerana teks sastera yang didedahkan kepada para pelajar sewajarnya berfungsi untuk memperkukuhkan kefahaman; memperkaya-luaskan perbendaharaan kata sebagai cara untuk menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik dalam kalangan pelajar.
Itulah tahap dan batas teks sastera itu digunakan. Jika kita memahami hal ini dengan jelas, maka kita akan sedar bahawa pendidikan bahasa Melayu makin dihimpit dan tidak diberikan ruang untuk didedahkan melalui pendidikan dengan sempurna.
Dalam erti kata lain, kemasukkan KOMSAS yang sibuk diperjuangkan oleh so called 'pejuang sastera' ini sebenarnya sedang menghimpit dan merencatkan perkembangan dan kesempurnaan proses perlaksanaan pendidikan BM.
Jelas sekali KOMSAS ini membangkitkan permasalahan yang besar. Walaupun sudah diwajibkan, namun hal ini menuntut untuk difikirkan dan dinilai semula perlaksanaannya.
Dalam masa sibuk memperjuangkan bahasa dan sastera, akhirnya apa yang sedang dilakukan oleh mereka yang terlibat dengan proses ini sebenarnya menepati dengan pepatah Melayu yakni "seperti tikus membaiki labu"!!!
Fikirkanlah.
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-89051817659955612322013-06-06T09:00:00.000+08:002014-03-28T02:44:47.967+08:00YANG CHETEK MERABA2
Andai direnung jauh hampir 40 tahun kebelakang, seorang jagoh
sarjana Muslim yakni Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, dalam syarahan
pengukuhan jawatan Professornya di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun
1972 telah menyelar suatu golongan berbunyi begini :<o:p></o:p>
“Golongan pujangga dan penulis yang mensifatkan dirinya mewakili
sesuatu yang ‘baru’ dalam kesusasteraan Melayu-Indonesia sebenarnya terdiri
dari orang2 yang tiada benar mendalami kefahaman mengenai sifat2 asasi
kebudayaan Barat dan sifat2 asasi kebudayaan sendiri; orang2 yang dari segi
kebudayaan mewakili masharakat perpiggiran atau marginal society, yang
kedudukannya dalam kebudayaan tiada jelas tiada mendalam. Penganut2 golongan
inipun mereka yang terkeliru, yang kebanyakkanya terdiri dari masharakat bandar,
yang sungguhpun terpelajar
sedikit chara Barat tetapi tiada benar2 menyerapi kebudayaan Barat itu,
mahupun kebudayaan sendiri, dan dari itu nilai2 kebudayaan yang terbayang dalam
kesusasteraan ‘baru’ ini sebenarnya nilai2 yang dinilai oleh mereka yang keliru yang tiada dapat
membedakan yang benar dengan yang palsu... Jiwa 'baru' yang kononnya
terbayang dalam kesusasteraan kita sekarang, pada pendapat saya ditinjau dari
segi falsafah, tiada selaras
dengan sifat persendirian bangsa dan kebudayaan kita yang berdasarkan
kebudayaan Islam. Maka dari itu yang kononnya ‘baru’ inilah yang
membahayakan, yang ‘baru’ inilah yang mengandung nilai2 bibit kekeliruan yang membawa kepada mewujudkan satu
masharakat perpinggiran, yang tiada dapat menyelami jiwa ketimuran mahupun
kebaratan; yang chetek meraba2…”[1]<o:p></o:p>
Dalam lapangan kesusasteraan Melayu, Prof Al-Attas menyelar
golongan baru ini lantaran chetek, keliru serta jahilnya mereka terhadap
kebudayaan sendiri, apatah lagi tentang kebudayaan Barat yang jauh begitu asing. Sehingga
ke hari ini, setakat yang saya tahu, belum pernah ada lagi penulis2 sastera
yang menolak secara ilmiah terhadap kritikan Prof Al-Attas ini. Malah, yang
bersetuju dan membenarkan kata2 Prof Al-Attas ini bukanlah sedikit
jumlahnya. <o:p></o:p>
Saya agak tertarik dengan istilah "chetek meraba2" yang digunakan
oleh Prof Al-Attas terhadap golongan tersebut. Istilah “ chetek meraba2”
tersebut tepat dalam membayangkan hakikat secara maknawi golongan tersebut.
Malah istilah tersebut berkait dengan sudut keilmuaan. <o:p></o:p>
Ilmu itu seringkali ditamthilkan sebagai cahaya yang menerangi kegelapan
(kejahilan) dalam jiwa seseorang insan. Hal ini diterangkan oleh Imam Sa’d
al-Dīn Mas’ud b. ‘Umar al-Taftazanī yang menjelaskan bahawa “sifat yang
dengannya perkara yang disebut itu menjadi nyata terang pada diri yang
memilikinya” (al-’ilm…huwa sifah yatajalla biha al-madhkur li-man qamat hiya
bihi). <o:p></o:p>
Menurut Mohd. Zaidi Ismail (2009), dalam tradisi keilmuan Islam, proses
mengetahui yang merupakan suatu proses kemajuan diri insan bermula dari yang
perkara-perkara yang sedia jelas diketahui, dan dengan bantuan serta panduan
tersebut, dia maju menuju
ke arah lingkungan yang masih gelap, kabur, atau belum diketahui. <o:p></o:p>
Hal ini berbeza dengan soal golongan yang chetek meraba2. Chetek pada pemikiran
itu sebenarnya ketiadaan upaya memahami sesuatu perkara bermula dari asal
sehingga ke hujungnya. Kelemahan ini menjadikan seseorang tidak mampu menangkap
sesuatu masalah dengan tepat dan jauh sekali mampu untuk menawarkan jalan
penyelesaian apatah lagi untuk menyelesaikannya. <o:p></o:p>
Jika dilihat pula pada istilah 'meraba2',pada kebiasaannya, perlakuan tersebut
merujuk kepada keadaan seseorang yang cuba mendapatkan sesuatu dalam keadaan
yang samar, ragu, keliru. Ini kerana sesuatu perkara yang ingin dicapainya
masih tidak diketahui dimana letak duduknya yang sebenar. <o:p></o:p>
Dalam hal yang lain, meraba2 juga boleh difahami melalui perbuatan seseorang
yang berada didalam kegelapan. Gelap bukanlah keadaan yang membayangkan pada
'ruang' yang nyata tetapi juga pada soal abstrak seperti hati. Bukankah Allah
SWT dalam Al-Quran berfirman : “bukan matamu yang buta, tetapi hati mu di
dalam dada”.<o:p></o:p>
Apa yang lebih jelas, golongan 'yang chetek meraba2' ini sebenarnya merujuk
kepada golongan yang tiada mempunyai keupayaan akal yang cerdas dalam
menanggapi sesuatu permasalahan; dan dengan itu akhirnya menjebakkan mereka ke
ruang kegelapan yang jauh dari sinar keilmuan sehingga mereka terpaksa
'meraba2' mencari jalan keluar.Inilah yang cuba disedarkan oleh Prof Al-Attas terhadap
golongan yang berlagak ‘baru’ tetapi sebenarnya hanya mengulangkembali sifat
yang hampir 200 tahun dahulu telah ketara ada.<o:p></o:p>
Oleh itu, tamthilan Prof Al-Attas ini bukanlah suatu tomahan yang kasar dan
tidak berasas. Malah ia dirumus berdasarkan konteks keilmuan. Hujahan Prof
Al-Attas ini sebenarnya suatu kritikan keras supaya kesedaran akan peri
pentingnya tanggungjawab menegakkan rukun keilmuan Islam itu perlu ditegakkan
dalam lapangan kesusasteraan Melayu. <o:p></o:p>
Penegasan Prof Al-Attas itu sungguh benar dan ia telah pun menjadi
kenyataan. Malah, 'golongan baru' yang tiada tercherap akan kebudayaan Barat
itu akhirnya bukanlah membantu membangunkan sastera Melayu menjadi lebih
gemilang, malah mereka telah mengeruhkan keadaan sastera Melayu dengan kejahilan
dan semangat bebal yang berpanjangan. <o:p></o:p>
Apa yang disimpulkan oleh Prof Al-Attas itu telah membuatkan
banyak warga sastera terhiris dan terdiam seribu bahasa sambil kepalanya
mengangguk2 membenarkannya. Dalam pengajian di peringkat tertinggi, hal ini terserlah
nyata. Kebudayaan "chetek meraba2" telah pun diperpanjangkan kepada
pelajar dan mereka menjadi mangsa kebodohan dan kejahilan 'golongan baru' yang
begitu angkuh dan ego. Kenyataan A. Wahab Ali dibawah ini telah membenarkan apa
yang dikatakan oleh Prof Al-Attas sejak dari dahulu lagi tentang 'golongan
baru' ini. <o:p></o:p>
“Di Barat, telah banyak timbul teori dan pendekatan baru dalam
pengkajian kesusateraan. Di antara kami ada yang amat obses denagn
perkembangan-perkembangan itu alalu dengan rakusnya menerapkan teori demi teori
dan pendekatan demi pendekatan yang paling baru sehingga timbul anggapan bahawa
tanpa teori dan pendekatan baru maka pengajian kesusasteraan moden itu tidak
lagi bermakna. Masalah yang timbul bagi obsesi teori kesusasteraan Barat ialah
ke mana hendak kita bawa pengajian kesusateraan Melayu moden kita? Ini dari
segi falsafah. Barkaitan pula dengan itu dari segi pengajaran ke mana hendak
kita bawa mahasiswa kita? Apakah kita hendak mengajarkan teori demi teori Barat
dengan melupakan hakikat kesusasteraan kita? Masalah yang paling rumit lagi
teori kesusasteraan itu banyak dan luas. Kita selalu amat obses dengan teori
paling baru dan ingin mengajarkannya kepada mahasiswa. Di sini mahasiswa
menjadi korban. Untuk mendapatkan ilmu mengenai teori yang terbaru, kita perlu
mengajarkan teori-teori yang lama sebab yang baru itu ada kaitannya dengan yang
lama. Jadi dengan teori yang banyak itu bagaimana hendak diajarkan kepada
mahasiswa sedangkan masa dan jumlah mata kuliah yang diambil oleh mahasiswa
terlalu terhad. Masalah lain lagi yang timbul ialah kerana terlalu mengajarkan
teori mahasiswa dan mahaguru kehilangan penguasaan data sastera mutakhir.
Mungkin juga mahasiswa hanya sempat membaca dua atau tiga buku satera Melayu.
Masa selebihnya pula digunakanoleh mahasiswa untuk memahami teori baru itu yang
semuanya berasaskan buku-buku sastera dari Barat. Yang paling menrungsingkan
pula, dapat saya akui pemahaman teori-teori Barat itu pada setengah-setengah
pesyarah kami bukanlah pemahaman yang mendalam secara total melainkan pemahaman
secara 'tahi kambing terurai sebutir-butir lalu bermain dengannya.' Yang timbul
dari keadaan itu ada diantara kami bermain dengan teori sesperit anak kecil
leka bermain dengan butir-butir tahi kambing. Kesannya timbulllah sarjana yang
bukan menulis karya ilmiah tetapi menulis karya kewartawanan dan separuh ilmiah
yang bermain dengan teori. Mahasiswa yang lahir pula mahasiswa yang kebingungan
dan impotent. Mereka tidak menguasai teori (apa lagi buku-buku teori itu
kebanyakannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain) yang
tidak pula menguasai data kesusasteraan Melayu moden itu sendiri.”
Kenyataan A. Wahab Ali ini jelas menyerlahkan kefahaman bahawa yang sedang dilakukan dalam sastera Melayu ini adalah suatu jenis penjenayahan
untuk membodohkan anak muda Melayu yang naif. Inilah rupacita golongan baru
yang tidak pernah belajar untuk menginsafi diri bahawa mereka sebenarnya tiada
berpengetahuan mendalam tentang sastera Barat dan kemudiaannya berpura-pura
tahu akan kebudayaan Barat. Hawa nafsu merajai mereka. Demi melangsungkan
kedudukan dan kuasa mereka, mereka mula mengkritik sesiapa yang membawa cobaan
untuk mengganggu-gugat kebodohan mereka. Ini sudah berlaku lebih lama dan contohnya boleh dilihat di sini.
Dan akibatnya, golongan baru ini masih begitu banyak di sana sini.
Bagi yang telah sedar, secara tidak langsung, tergalas dibahu mereka akan
tanggungjawab serta ikhtiyar memperbaiki diri terlebih dahulu dan kemudiannya
mengubah segala kemungkaran yang jelas di depan mata. Kesusasteraan Melayu
perlu kembali dicerahkan. Malapnya, sudah lama dan begitu ramai yang masih
hidup “chetek meraba2”!!!
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-11317883490895160922013-06-05T11:29:00.001+08:002014-03-28T02:47:52.941+08:00PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN FALSAFAH SASTERA YANG PASIF
Pendidikan Kesusasteraan Melayu di peringkat menengah merupakan salah satu subjek elektif atau pilihan yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan IV dan V. Ia berbeza dengan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan bahasa Melayu dari pelbagai aspek seperti matlamat, objektif dan sukatan pelajarannya.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) penawaran pendidikan sastera di Malaysia bermula sejak tahun 1957 lagi. Awang Had Salleh (1987) menyatakan pada awal penawarannya tiada pertimbangan pedagogi yang jelas. Ini bermakna tiada sukatan pelajaran yang khusus dirangka oleh pihak berwajib.
Perangkaan kurikulum mata pelajaran KM dilihat bermula dengan wujudnya Sukatan Pelajaran KM pada tahun 1984. Kemudiannya, sukatan pelajaran ini telah dikemaskini oleh PPK pada tahun 1994 dan 2002. Sehingga kini, kurikulum yang diguna pakai berdasarkan kurikulum mata pelajaran KM yang diwartakan pada tahun 2003.
Apa yang lebih menarik untuk diperhatikan, melalui penggubalan kurikulum pada tahun 2002, mata pelajaran KM telah mempunyai falsafah pendidikannya yang tersendiri. Sebelum abad ke-21, memang tiada wujud pernyataan falsafah dalam mata pelajaran sastera Melayu di peringkat pendidikan menengah atas. Selama itu, tujuan serta matlamat asas pendidikan disandarkan kepada matlamat falsafah pendidikan kebangsaan (FPK).Pernyataan falsafah ini lebih khusus jika dibandingkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas kepada sistem pendidikan kebangsaan.
Maka, secara rasmi, pada tahun berikutnya, falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu (FPKM)lahir dipentas pendidikan. Falsafah tersebut berbunyi begini "Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa, dan memupuk sikap ke arah pembinaan insan bestari".
Usaha PPK ini memperlihatkan keseriusan pihak pentadbir khususnya KPM untuk memperbaiki hala tuju serta matlamat yang lebih jelas bagi kurikulum mata pelajaran sastera Melayu.
Namun begitu, keseriusan PPK hanya di peringkat hangat-hangat tahi ayam. Pernyataan FPKM yang menjadi asas matlamat serta hala tuju pendidikan KM tidak pernah dihuraikan secara ilmiah oleh PPK. Sehingga ke saat ini, sudah hampir mencecah 10 tahun lamanya, PPK masih tidak berusaha untuk menghurai serta menjelaskan secara ilmiah pernyataan FPKM tersebut.
Kewujudan pernyataan FPKM hanya merupakan langkah awal penetapan terhadap sesuatu matlamat dan usaha untuk mencapainya. Usaha sebenar yang lebih mendasar dan penting adalah untuk mentakrif, mentafsir, serta menterjemah segala konsep2 yang terkandung di dalam kenyataan FPKM secara ilmiah, tepat dan benar.
Pernyataan FPKM harus diberikan huraian dan penjelasan yang menyeluruh sebagai panduan serta kefahaman asas bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dan kesilapan pentafsiran pada semua pihak yang terlibat dalam pendidikan KM sama ada secara langsung mahu pun tidak.
Sesuatu keputusan dalam pendidikan memerlukan jawaban yang rasional atas pertanyaan yang wajar kerana tanpa rasional, pembentukan kurikulum tidak boleh berlaku dan rasional itulah antara aspek asas dalam pembentukan kurikulum. Begitu jugalah halnya dalam konteks kewujudan FPKM yang menjadi panduan kepada kurikulum.
Pengzahiran pernyataan FPKM sebenarnya membawa bersama beberapa persoalan yang sangat penting dan mendasar - yang mungkin timbul dibenak orang awam dan pemerhati/penyelidik/pemikir -
1) Atas pertimbangan apakah kenyataan FPKM ini dirangka dan dizahirkan?
2) Siapakah panel yang terlibat dalam merangka dan mewajarkan pernyataan FPKM ini menjadi sebuah falsafah, matlamat serta tujuan mata pelajaran sastera Melayu?
3) Mengapakah konsep-konsep seperti menjana minda, rohani, emosi, jati diri, kebudayaan kebangsaan dan insan bestari dipilih sebagai konsep yang mendasari pembinaan FPKM?
4) Sejauh manakah FPKM diselarikan dengan FPK yang menjadi matlamat asas kepada keseluruhan sistem pendidikan kebangsaan?
5) Bolehkah wujud pertentangan matlamat dari sudut mikro dan makro berdasarkan kepada FPKM dan FPK?
Cukuplah lima persoalan tersebut dibangkitkan. Sememangnya pelbagai persoalan lagi yang boleh timbul daripada jawapan yang dikemukakan dari pertanyaan di atas. Persoalannya sekarang, pada bahu siapakah yang terpikulnya beban untuk menjawab persoalan ini? Sudah pastinya PPK menjadi organisasi yang wajib menghuraikan segala tersebut.
Malangnya, PPK masih tidak peduli hal pentafsiran tersebut. Yang menjadi tanda tanya kepada saya, mengapakah tiada tindakan ilmiah daripada pihak PPK terhadap penghuraian pernyataan yang penting tersebut. Sukarkah mengadakan suatu majlis, seminar, kolokium atau apa sahaja, dengan menjemput para "pemikir" sastera untuk menghuraikan pernyataan tersebut? Adakah PPK memerlukan masa yang lebih untuk menyelesaikan isu tersebut? Bayangkan berapa banyak seminar yang boleh dilaksanakan dalam masa 10 tahun?
Pada tahap ini, saya menyimpulkan bahawa PPK sememangnya tidak pernah cakna dengan hal yang serius ini. Ketidakbertanggungjawaban dan kepasifan PPK dalam hal ini telah memperlihatkan kelemahan pentadbirannya tersendiri. Kelemahan ini tidak sewajarnya dibiarkan dan ia perlu ditangani segera.
Pendidikan sastera Melayu sudah cukup lama terpinggir daripada perbahasan ilmiah. Usaha ini diusahakan sebagai salah satu tanggungjawab keilmuan yang tinggi. Masih banyak perkara yang perlu dibereskan dalam usaha menambahbaik pendidikan sastera dan kita masih punya masa untuk itu.
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-88939827345479096082013-05-23T00:11:00.002+08:002014-03-28T02:52:56.772+08:00MENGHADAPI CABARAN SEKULARISMEArtikel ini
merupakan petikan ucapan penerimaan Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas di atas
perlantikan beliau ke Kerusi al-Ghazali di ISTAC pada 14 Disember 1993. Ucapan asal
disampaikan dalam bahasa Inggeris dan boleh dilihat di dalam buku Commemorative Volume On The Conferment of The
al-Ghazali chair of Islamic Thought. Terjemahan ini diusahakan oleh Dr.
Baharudin Ahmad, Fellow Penyelidikan Kanan ISTAC. Artikel ini telah pun
disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat, Mac 1994, halaman
14-16,23(sambungan).
Andai
terdapat kesalahan ejaan dimana-mana dalam bahagian ini, saya bertanggungjawab
penuh terhadap kesalahan tersebut dan mohon dimaklumkan untuk pembetulan.
Sekian
MENGHADAPI CABARAN SEKULARISME<o:p></o:p>
OLEH : PROF. DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB
AL-ATTAS
Tiada penghormatan yang lebih
besar yang pernah dianugerahkan kepada saya berbanding penganugerahan istimewa
dipilih sebagai sarjana Islam pertama di Dunia Islam kii menduduki Kerusi
Pemikiran Islam yang dimuliakan dengan nama al-Ghazali.
Sesungguhnya
belia itu merupakan manusia yang dianugerahi hikmah dan dilimpahkan dengan ilmu
yang sebenar. Sinar cahaya ilmu dan hikmah yang memancar dari akal kalbunya
menerangi suasana ilmiah sehingga dapat memisah
serta membezakan yang benar dari yang palsu, yang hakiki dari yang
khayali, yang tulen dari yang tiruan. Segala sumbangan dan khidmatnya dalam
bidang intelektual dan spiritual dalam agama dan budaya meliputi ufuk pemikiran
dan tamadun Islam seluruhnya sedemikian besar serta meluas hingga diterima dan
diiktiraf oleh Umat yang tahu mengenang jasanya sepanjang masa. Beliau dihidup
di zaman kekeliruan pemikiran dan kekacauan intelektual di kalangan umat Islam,
iaitu kekacauan dan kekeliruan yang berpunca dari peresapan pemikiran asing
yang menular secara diam-diam ke dalam alam pemikiran dan sistem kepercayan
Islam, dibawa masuk oleh mereka yang mengelar diri sebagai ahli falsafah dan
oleh pengikut-pengikut mereka, dan juga oleh golongan penyelewang agama dengan
berbagai bentuk dan jenis penyelewengan. Zaman kita kini juga sedemikian
keadaannya, dimana kita sentiasa menghadapi cabaran pemikiran akibat kehidupan
kita kini, yang dikelilingi dan dijangkiti oleh pelbagai penyakit menular dari
kuman faham falsafah Barat moden serta dasar-dasar sains, teknologi yang lahir
darinya dan ideologi yang disebarkannya, yang berusaha menyeludup menjalar ke
dalam segala sistem nilai hidup, akhlak, pemikiran dan kepercayaan serta
keseluruhan cara hidup kita, sebagai daya usaha yang bersungguh-sungguh bagi
membawa perubahan yang melampau yang lebih bersesuaian dengan dengan pandangan
hidup sekular mereka sendiri. Walaupun cabaran yang kita hadapi di zaman ini
jauh lebih genting, jauh lebih meluas dan tersebar serta memerlukan pengubatan
yang segera berbanding dengan terdapat di zaman al-Ghazali, namun segala tunjuk
ajar serta pengubatan yang dikemukakannya di zaman lampau adalah sebenarnya
sungguh berguna dan berkaitan.
Kira-kira dua puluh tahun yang lalu
saya telah pun menulis tentang kekeliruan ilmu di kalangan masyarakat Islam
kini, dan masalah ini masih berleluasa di kalangan kita serta masih belum
diteliti dan difahami dari sudut pandangan yang wajar. Tujuan saya menjelaskan
masalah umat Islam kini ialah untuk memberi amaran kepada umat Islam supaya
bersedia dari segi akal fikiran bagi menghadapi segala cabaran daripada
gelombang besar wabak sekularisasi yang kini melanda kita, dan supaya umat
Islam kini harus berani mewujudkan perubahan yang perlu dalam alam pemikiran
agar tidak terus terumbang-ambing dalam gelombang syak dan keraguan kepada diri
sendiri. Nilai-nilai sekular dan segala keadaan yang diramalkan dahulu akan
berlaku di Dunia Islam kini telah pun berlaku, dan semakin merebak serta ganas akibat
kelalaian yang berterusan di kalangan umat Islam memahami sifat serta akibat
wabak sekularisasi, iaitu sekularisasi sebagai program falsafah. Penentangan
kita kepada semua yang bersifat sekular tidak sewajarnya disalah fahami sebagai
penentangan kita terhadap negar-negara atau kerjaaan kaum Muslimin kini yang
mengelar mereka atau digelar sebagai ‘sekular’ – dengan syarat negara atau
kerajaan itu sendiri tidak melibatkan diri dengan usaha ke arah
mensekularisasikan negara mereka sebagai satu program falsafah. Terdapat
kekeliruan di kalangan kaum Muslimin kini yang menyalah fahami ‘negara sekular’
itu sebagai pasangan lawan kepada negara teokratik atau negara agama.
Disebabkan Islam tidak memisahkan antara yang kudus dengan yang duniawi, maka
betapa pula dapat dibezakan antara negara ‘teokratik’ dengan negara sekular?
Sebuah negara Islam sebenarnya tidak sepenuhnya teokratik dan tidak pula
sepenuhnya sekular. Sebuah negara Islam yang menggelar negaranya ‘sekular’ atau
dinyatakan oleh orang lain sebagai ‘sekular’ tidak seharusnya memisahkan alam
tabii dari makna-makna rohaniah; tidak semestinya menafikan nilai-nilai agama
dan menafikan kepentingan sifat-sifat akhlakiah terpuji dalam kepimpinan
politik serta kehidupan kemasyarakatan; tidak semestinya menentang kebenaran agama dan pendidikan agama. Akan
tetapi sebaliknya, proses falsafah dan saintifik yang saya namakan
‘sekularisasi’ itu sememangnya mesti melibatkan pemisahan makna-makna rohaniah
dari alam tabii, menolak segala nilai serta kemurniaan agama dari politik dan
masyarakat, dan menafikan kekekalan nilai dalam akal serta perlakuan manusia.
Di
zaman kita kini arah serta aliran sejarah nampaknya ditentukan oleh sains dan
teknologi kuasa-kuasa besar bersama nilai yang disebarkan oleh falsafah serta cita-cita
politik yang mendasari nilai tersebut. Di dalam sistem nilai ini terdapat
pemisahan yang asasi antara kebenaran dan hakikat dan antara kebenaran dan
nilai. Nilai-nilai baru dan berubah-ubah kini dianjurkan untuk menggantikan
nilai-nilai kekal yang terdapat dalam agama. Nilai-nilai baru itu tadi
melahirkan pandangan hidup yang bertentangan dengan pandangan hidup agama, dan
yang mudah meresapi kehidupan yang serong yang memang digemari oleh masyarakat awam yang tidak menyedari nasib
malang sebenar yang ditempoh olehnya. Oleh kerana masyarakat awam menggemari
kehidupan yang sedemikian maka nilai-nilai yang mereka anuti dianggap sebagai
nilai-nilai umum yang dikongsi bersama, dan kemudiannya dikelirukan pula dengan
nilai-nilai sejagat. Pada hakikatnya nilai-nilai umum yang dikongsi bersama
yang boleh dianggap sebagai nilai-nilai sejagat hanyalah nilai-nilai yang
asalnya tumbuh dari agama. Inilah nilai-nilai yang hakiki dan kekal, tidak
bersifat nisbi dan berubah. Dengan yang demikian maka apa yang didakwa kononnya
sebagai nilai-nilai bersama yang melayani kehidupan serong tidak semestinya
dikelirukan dengan nilai-nilai sejagat.
Kita
menyatakan bahawa agama tidak bertentangan dengan sains. Tetapi ini tidak
bermakna bahawa agama menyetujui semau kaedah saintifik moden dan falsafah
sains. Oleh kerana tidak ada sains yang bebas dari nilai maka kita harus
meneliti secara akliah dan menyelidiki segala nilai dan keputusan yang diambil
serta tedapat dalam sains moden, atau apa-apa dasar pemikiran yang dipercayai
oleh sains moden, juga segala anggapan-anggapan dan tafsiran yang dibuat oleh
sains tersebut. Kita tidak seharusnya, tanpa usul periksa dan berfikir panjang
menerima setiap teori serta falsafah yang baru muncul di alam sains moden tanpa
telebih dahulu memahami kesan yang akan dibawanya, dan tanpa terlebih dahulu
menyelidikan kesahihan nilai-nilai yang dibawa oleh teori-teori tersebut. Islam
memiliki sumbernya tidak sendiri perihal pengakuan terhadap kebenarannya dan
tidak memerlukan teori falsafah atau sains bagi membuktikan kebenaran yang
dikemukakannya. Lebih dari itu, Islam tidak menganggap perlu untuk takut kepada
pencapaian sains yang boleh menyangkal kesahihan kebenarannya, kerana yang
demikian itu tidak mungkin.
Kita
tidak menolak bahawa sains dan teknologi moden telah membawa banyak faedah
kepada manusia, namun tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa sains
moden itu juga membawa banyak kesengsaraan. Ini disebabkan idea pembangunan
yang dianjurkan dan menguasai alam pemikiran sains moden tidak mempunyai tujuan
akhir dan terbuka kepada perubahan yang berterus-terusan buta arah tujuan.
Dikatakan buta arah tujuan kerana walaupun perubahan itu dirancang oleh manusia
yang membuat perubahan itu. “Mereka yang mempunyai akal tetapi tidak berfikir,
bermata tetapi tidak melihat, bertelinga tetapi tidak mendengar” (Q.7:179).
Idea moden tentang pembangunan saling bersandar dengan kepercayaan evlousi
hayat. Dalam perkaitannya dengan pandangan terhadap kehidupan manusia ia boleh
ditakrifkan sebagai “mengaktifkan dan menjadikan nyata terjelma segala yang
terkandung dalam kelengkapan yang ada pada manusia haiwani”. Tetapi sesungguhnya
manusia itu bukan sekadar diri haiwani sahaja; kemanusiaan itu lebih dari
kehaiwanan. Kekeliruan dan kesengsaraan yang muncul akibat teori ini ialah hasil
dari pemisahan antara kebenaran dan hakikat dan antara kebenaran dan nilai.
Tanpa keseimbangan antara kebenaran dan nilai seperti yang terkandung dalam
ajaran agama, maka pasti akan berlaku kemelesetan mutu dalam kehidupan, menghilangkan
darinya makna dan nilai hidup itu sendiri. Dengan itu, agama perlu terus
memastikan keseimbangan itu dalam kehidupan manusia. Oleh itu maka kita tidak
boleh mengasingkan diri dari perkembangan sains dan teknologi. Kita harus
melibatkan diri dengan proses tersebut bagi meneliti dan mempelajari serta
memahami prinsip-prinsip bidang ini; bagi berdaya memastikan sejauh mana
bersesuaian atau bercanggahnya dengan tamadun kita sendiri; bagi mampu membuat
piihan yang betul tentang penerimaannya ke dalam cara hidup kita. Pemisahan
antara bidang-bidang sains, kemanusiaan dan keagamaan tidak harus dibenarkan
kerana ia akan menyekat atau menyukarkan perbincangan yang membawa faedah
bersama antara yang satu dengan yang lain.
Pertembungan
kita dengan sekularisasi bukan merupakan masalah yang berkaitan dengan Islam
sahaja. Ia merupakan masalah yang dihadapi oleh semua agama besar bangsa
manusia. Dengan itu kami menyeru kepada semua mereka yang empunya pandangan
batin di kalangan penganut agama besar bangsa manusia untuk bersatu padu sesama
kita berdasarkan nilai-nilai dan pengalaman kita bersama untuk menghadapi musuh
kita yang sama itu jua.
Masalah
kita yang paling utama ialah masalah kerosakan ilmu. Ini terjadi akibat keadaan
keliru di kalangan kita sendiri dan hasil dari pengaruh falsafah, sains dan
ideologi tamadun dan budaya Barat moden. Kekeliruan intelektual lahir sebagai
hasil dari perubahan dan keterbatasan makna bagi konsep-konsep utama kehidupan
yang asalnya berpunca dari Wahyu. Akibat kekeliruan intelektual ini terlihat
dalam keruntuhan moral dan budaya, yang merupakan pertanda kemerosotan ilmu,
nilai serta iman dalam agama. Jika kekeliruan ini dibiarkan berterusan, maka
pandangan hidup yang berasaskan hakikat kebenaran wahyu akan semakin digantikan
dengan pandangan hidup yang berlandaskan andaian-andaian dan kesimpulan-kesimpulan
umum yang dianjurkan oleh sains dan falsafah sekular dengan bantuan teknologi
yang lahir dari andaian dan kesimpulan tersebut. Perubahan dan keterbatasan
makna konsep-konsep utama seperti yang dinyatakan bukan sahaja berlaku di
kalangan kita, tetapi juga di kalangan masyarakat berbagai agama dan budaya
hasil dari penyebaran sekularisme sebagai program falsafah, yang menpengaruhi
pemikiran dan diri manusia hingga terjebak ke dalam sangkar kekeliruan ilmu
yang menawan kalbu dan akal dalam krisis makna diri. Krisis ini akhirnya
tersebar luas akibat penyebaran sistem pendidikan yang disekularisasikan, yang
menimbulkan penyimpangan akal, kalau pun tidak pemutusan terus, dari akar-akar
sejarah pemikiran yang diasaskan dengan kukuh oleh generasi lampau, para
ilmuwan nan bijaksana, atas dasar-dasar yang dihidupkan oleh agama. Harus
terlihat kepada kita bahawa masalah yang kita hadapi kini begitu besar sehngga
meliputi banyak unsur-unsur asasi kehidupan kita sehinggakan ia tidak dapat
diatasi dengan sewenang-wenangnya melalui tindakan undang-undang atau politik
belaka. Hukum dan undang-undang dan ketertiban dalam masyarakat hanya dapat
mengambil tempatnya yang wajar apabila pengenalan mengenai kebenaran dapat membezakannya dari kepalsuan, dan pengenalan
mengenai yang hak dapat membezakannya dari yang batil; dan pengenalan ini harus
pula diperiakan dengan amal sebagai pengakuan kepada pengenalan itu. Ini hanya
dapat dicapai dengan ilmu dan dengan cara yang betul menyebarkan ilmu itu. Oleh
yang demikian kita tidak harus membuangkan tenaga mencari jalan ke arah
mengatasi masalah kita ini dengan meraba-raba di lorong-lorong sempit
perundangan dan hukum-hakam; sebaliknya menumpukan tenaga menangani masalah
yang asasi yang akhirnya merujuk kepada pemahaman dan penghayatan yang betul
akan agama serta pandangan hidup dan asas agama itulah yang merujuk terus
kepada permasalahan pokok yang melibatkan manusia, ilmu dan matlamatnya dalam
kehidupan serta untung nasibnya yang hakiki kelak.
Proses
mencapai ilmu tidak dinamakan ‘pendidikan’ kecuali apa yang dituntut itu
mengandung matlamat moral yang menghidupkan di dalam diri yang menuntut apa
yang saya namakan adab. Adalah sukar mendpatkan satu istilah yang
tepat di dalam bahasa Inggeris bagi perkataan adab yang berasal dari bahasa
Arab itu, iaitu satu istilah yang muncul maknanya dari tradisi Islam. Ia
sebenarnya merujuk kepada perlakuan yang betul yang terbit dari disiplin diri
yang berlandaskan ilmu yang terpancar dari hikmah. Untuk memudahkan
perbincangan saya hanya menterjemahkan adab sebagai ‘perlakuan yang betul’.
Terdapat hubungan dalaman antara makna dengan ilmu. Saya mentakrifkan ‘makna’
sebagai tempat suatu di dalam sesuatu sistem itu menjadi jelas dan difahami.
‘Tempat’ pula sebenarnya dirujuk kepada tempat yang betul dan wajar di dalam
sesuatu sistem; dan sistem di sini dirujuk kepada sistem konseptual al-Quran
seperti yang diperjelaskan sebagai satu pandangan hidup melalui Sunnah dan dikemukakan
untuk penggunaan manusia oleh agama. Ilmu ialah sampainya makna ke dalam din,
atau diri mencapai makna, dan ini bermaksud mengenali tempat sesuatu dalam
kejadian yang membawa kepada mengenali kedudukan Tuhan dalam martabat kewujudan
semesta. Namun ilmu sedemikian itu sahaja tidak membawa kepada pengertian
pendidikan kecuali pengenalah sebenar akan kedudukan sesuatu itu dijelmakan
dengan pengakuan – yakni dengan pengikraran dan pelaksanaan amal di dalam diri
– akan hakikat dan kebenaran yang telah dikenali. Pengakuan memerlukan
perbuatan yang sesuai dengan pengenalan. Adab atau perlakuan yang betul
mengandung perlakuan yang sedemikian. Dengan yang demikian, pendidikan
bermaksud peresapan adab ke dalam diri. Apabila adab terjelma di dalam setiap
diri individu masing-masing pada tempatnya di dalam masyarakat, maka terpancar
apa yang dikatakan keadilan sedangkan kadilan itu sendiri ialah pancaran hikmah
yang berpunca dari kandil nubuwah yang memberikan si penerimanya keupayaan
untuk mengenali kedudukan sesuatu pada tempatnya yang betul. Keadaan sesuatu
itu berada pada tempatnya yang betul itulah yang saya maksudkan dengan
keadilan; dan adab ialah perlakuan yang penuh sedar akan keadaan diri yang
meletakkan diri pada tempat yang betul. Dari satu segi menurut tafsiran ini
adab adalah pencaran dari hikmah ; dan apabila memperkatakan masyarakat maka
adab ialah keadaan adil di dalamnya. Adab, ditafsirkan setepat-tepatnya, ialah
pernyataan keadaan adil pancaran dari hikmah. Hikmah itu sendiri terdiri dari
dua jenis: ilmi dan amali, yang mana sebahagiannya dicapai sekali gus melalui
jalan intuitif, dan sebahagian lagi iaitu secara tidak langsung melalui
pembelajaran.
Dari
tafsiran di atas terhadap konsep-konsep utama dalam Islam, yang kesemuanya
bertemu ke dalam konsep ilmu, maka adalah jelas bahawa makna kesemua
konsep-konsep itu berhubung kait antara satu sama lain, terutamanya makna-makna
yang tertumpu kepada pengertuan ‘tempat yang betul’ yang menunjukkan kepada
keadaan adil di dalam sesuatu sistem serta hubungan sesuatu kepada keadaan adil
itu. Keadaan adil dan tersusun dalam kedudukan bermartabat ini meliputi seluruh
kejadian, sama ada kejadian zahir mahupun kejadian mental. Apa yang saya
maksudkan dengan martabat kejadian manusia seluruhnya, bukanlah seperti yang
disalah fahami sebagai martabat yang direka cipta oleh manusia, dan dikenakan
pula ke dalam struktur masyarakat seperti sistem kasta, atau struktur sistem
kerahiban atau apa-apa bentuk kedudukan bermartabat di dalam masyarakat menurut
sistem kelas. Martabat yang saya maksudkan bukanlah sesuatu yang dikenakan ke
dalam struktur masyarakat; sebaliknya ia adalah sesuatu yang terdapat dalam
fikiran dan terjelma dalam sikap dan tingkah laku. Sesuatu yang tercerna dalam
fikiran itu pula bukanlah sesuatu yang dicipta oleh manusia berdasarkan ukuran
kekuasaan, kekayaan ataupun nasab keturunan tetapi berdasarkan ukuran al-Quran,
iaitu ilmu, kesempurnaan akliah dan sifat-sifat akhliah terpuji. Apabila akal
mengenali hakikat bahawa ilmu dan kewujudan semesta itu bermartabat menurut
tahap dan kedudukan masing-masing, ada apabila sikap dan tingkah laku menuruti
melalui perlakuan apa yang dikenali oleh akal itu, maka penyesuaian pengakuan
ini dengan pengenalan sehingga diri mengambil tempatnya bersesuaian dengan perakuannya,
maka inilah yang dinamakan adab. Tetapi apabila akal gagal mengenali martabat
dan kedudukan ilmu serta kewujudan, mengacau-bilaukan martabat yang sah di
dalam kejadian alam dan diri, maka dikatakan keadaan itu sebagai kerosakan
ilmu. Kerosakan ilmu itu terbayang dalam kezaliman sehingga apa yang dikatakan
‘tempat yang betul’ tidak lagi terbayang pada akal atau terlihat pada kejadian
dan dengan itu berlaku kehilangan adab.
Kehilangan
adab, akibat kebinasaan ilmu, menjadikan keadaan subur bagi melahirkan pemimpin
yang palsu pada semua peringkat kehidupan kerana kehilangan adab bukan sahaja
bermakna kebinasaan ilmu tetapi juga kehilngan daya mengenal dan memilih
pemimpin yang sebenar. Disebabkan keliaran intelektual yang muncul akibat
keadaan sedemikian maka orang awam menjadi menentu kepada keputusan-keputusan
yang melibatkan ilmu dan meletakkan diri mereka ke martabat autoriti di dalam
persoalan ilmu. Dengan itu takrif yang jelas tentang sesuatu menjadi kabur dan
berganti dengan slogan semboyan kosong yang digembar-gemburkan sebagai konsep
mengandung faham ilmiah. Kegagalan mentakrif; mengenal dan memastikan, dan
akhirnya menyelesaikan masalah melahirkan masalah-masalah yang palsu dan tidak
muncul sebenar-benarnya; kejadian mempermudahkn penyelesaian masalah kepada
jalan keluar politik, sosioekonomi dan hukum semata-mata semakin menjadi kenyataan. Tidaklah memeranjatkan
jika keadaan sedemikian menjadi ladang yang subur bagi munculnya golongan
pelampau beraneka jenis yang menjadikan kejahilan sebagai modal akal mereka.
Bagi
menggambarkan apa yang saya boleh maksudkan dengan adab, kita boleh mengambil
contoh drii sendiri. Diri atau jiwa terbahagi kepada dua aspek: yang satu mirip
menuruti perlakuan yang terpuji, bersifat akali, taat kepada perjanjiannya
dengan Tuhannya; yang satu lagi mirip perbuatan jahat, bersifat haiwani,
mmelupai perjanjiannya dengan Tuhannya. Yang pertama kita namakan diri akali
dan yang kedua kita nama diri haiwani. Apabila diri akali memenangi diri
haiwani dan menguasai yang jahat itu, maka diri akal ini telah meletakkan diri
haiwani itu pada tempatnya, dan begitu juga ia telah meletakkan dirinya pada
tempat yang wajar. Dengan cara ini seseorang itu meletakkan dirinya dan sesautu
yang bernisbi kepada dirinya pada tempat yang wajar. Inilah adab kepada diri.
Kemudian hubungan diri kepada keluarga dan setiap ahli keluarga; apabila
seseorang berlaku baik kepada ibu bapa dan orang tuan dengan ikhlas dan
berendah diri, dengan kasih sayang, hormat, mengambil berat terhadap mereka dan
bermurah hati kepada mereka, maka seseorang itu meletakkan dirinya bertepatan
dengan tempat dirinya dalam keluarganya. Inilah adab kepada keluarga. Apabila
sifat-sifat baik itu juga ditunjukkan kepada guru, kawan dan rakan, masyarakat
setempat, masyarakat seluruhnya, pemimpin, maka ini menunjukkan kedudukan diri
seseorang berhubung dengan mereka yang disebutkan tadi. Ini mempamerkan
perlakuan yang membayangkan adab terhadap mereka. Dan lagi apabila sesorang itu
mengenakan perkataan yang betul pada tempat yang betul pula, supaya maknanya
menjadi jelas dan difahami, dan demikian juga denga ayat dan rangkap kata yang
teratur sebagai prosa dan puisi, maka ia menjadi bahasa persuratan atau
kesusasteraaan. Maka ini adalah adab terhadap bahasa. Kemudian, apabila seseorang
meletakkan pokok-pokok dan batu, bukit, sungai, lembah dan tasik, haiwan dan
tempat tinggalnya pada tempat masing-masing secara betul, maka demikian itu
adab terhadap alam tabii dan persekitarannya. Demikian juga dengan kediaman
seseorang, apabila seseorang itu meletakkan segala alat perkakasan dan hiasan
pada tempatnya yang wajar hingga muncul harmoni di sana – maka itu adab
terhadap rumah dan perabot rumah tangga. Demikian juga apbila warna,
bentuk dan bunyi dikenakan pada tempat
yang betul dan masing-masingnya sehingga melahirkan kesan yang menarik dan
kemerduan bunyi maka seseorang itu berlaku adab terhadap seni lukis dan seni
bunyi-bunyian. Ilmu juga sedemikian sifatnya pada semua cabang dan bahagiannya:
ada yang lebih utama kepada kehidupan dan nasib diri dari yang lainnya. Setiap
satu cabang ilmu itu perlu dinilai menurut martabatnya dan isinya. Jika
seseorang membahagikan cabang-cabang ilmu itu menurut isi dan sifatnya dengan
mendahulukan yang penting dan membelakangkan yang kurang penting maka seseorang
itu malakukan adab terhadap ilmu.
Dari
gambaran yang telah dikemukakan tadi maka harus jelas kini bahawa adab
mensyaratkan adanya ilmu; ianya ilmu yang hasil dari hikmah; ia menjelaskan
tujuan menuntut ilmu; ia juga merupakan aktiviti dalaman dan luaran jiwa atau
diri yang terpancar dari nilai moral dan etika dan sifat-sifat terpuji; punca
asalnya bukanlah dari falsafah atau sains tetapi dari kebenaran yang diwahyukan
yang mengalir dari agama.
Dengan
itu tidakkah wajar bagi kita merenung akan apa yang telah diperkatakan tadi
tentang adab, dan pertimbangkan pula adakah apa yang telah diperkatakan itu
bersesuaian dengan apa yang sedang berlaku disekeliling kita; air dan udara dan
sungai kita, bukit bukau dan lembah dan tumbuh-tumbuhan kita, haiwan dan hutan
belantara kita, bangunan dan jalan raya dan tempat tinggal kita, bahasa dan
kesusasteraan kita dan seni kita, keluarga dan diri kita sendiri – adakah ini
semua bersesuaian dengan adab?
Kini
kita sekali lagi berada di persimpangan sejarah dan fajar kesedaran peribadi
Islam menyingsing menguak luasan saujana umat Islam kini. Hanya apabila
kesedaran ini muncul sepenuhnya dan mentari ilmu bersinar kembali maka kita kan
menyaksikan kemunculan di antara kita putera dan puteri yang matang dari segi dan
mampu dari segi spiritual dan intelektual memainkan peranan masing-masing
dengan hikmah dan penuh keadilan menegakkan kebenaran. Mereka akan tahu bahawa
mereka perlu kembali kepada tradisi para ilmuwan dan bijaksana pemikir Islam
zaman lampau yang meletakkan asas keilmuan berdasarkan al-Quran dan Sunah Rasul
Yang Suci agar dapat memperoleh pedoman dari ajaran zaman lampau itu yang
meberi kekuatan intelektual dan spiritual bagi menangani cabaran di hari muka;
mereka akan sedar bahawa mereka tidak harus meniru, dan sekadar mengurang atau
menokok tambah, apa yang telah dihasilkan oleh tamadun Barat moden, tetapi
sebaiknya harus mengembalikan dengan kekuatan ilmu, daya berfikir sendiri,
iradah dah imaginasi yang tajam, apa yang telah hilang perihal tujuan serta
sasaran hidup, sejarah, nilai, sifat akhlakiah kaum Muslimin yang terkandung
dalam ilmu mereka pada asalnya, kerana segala yang hilang tidak akan kembali
dengan meniru membabi buta atau dengan teriakan semboyan ‘pembangunan’ yang
kini sedang menggema; mereka akan berdaya melihat dengan nazar hati nurani
bahawa Islam tidak dapat disesuaikan dengan segala peristiwa yang beralku kini
yang telah menyimpang dari jalan yang benar, mereka akan merumus dan dan
menjelaskan serta mentakrifkan faham-faham baru mengenai negara dan
pemerintahan, mengenai sifat pembangunan yang tepat dan sesuai dengan kehendak
dan tujuan Islam. Kebangkitan mereka ini tidak sahaja bergantung kepada
perjuangan fizikal, tetapi yang lebih penting lagi, kepada pencapaian ilmu yang
betul, berdaya tahan, yakin dan berpandangan jauh serta berani melahirkan
perubahan dalam sejarah. Kita sendirilah yang mesti menentukan arah dan aliran
sejarah kita, dan tidak boleh membiarkan orang lain memaksakan sejarah mereka
kepada kita.
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-34832829623932048392012-09-16T22:06:00.003+08:002014-03-28T02:58:45.569+08:00SECANGKIR KOPI DAN MATLAMAT PENDIDIKAN
Saya duduk berseorangan di kedai
kopi. Saya lebih gemar memilih sunyi dan bersendiri kerana mahu memberi ruang
kepada diri saya membaca dan merenung sedikit. Pada kebiasaannya saya akan
bertemankan secangkir kopi, bahan bacaan, dan senyuman. Saya akan memilih kedai
yang paling ramai tidak dilawati orang kerana ia memberikan saya ruang. Ya,
saya perlukan ruang untuk lari dari penipuan masyarakat disekeliling saya.
Cukuplah dengan membaca, kopi dan tersenyum sewaktu merenungfikir, itulah
bahagia yang sekejap saya perolehi.
Kali ini, saya memilih suratkhabar
sebagai peneman. Saya jarang membeli suratkhabar kerana disitulah penipuan
boleh mengganggu fikiran saya. Jika ada keperluan yang mendesak, saya hanya
pergi ke perpustakaan dan membacanya disana. Tetapi hari ini, saya membelinya
untuk mengetahui suatu perkara yang penting. Penting kerana ia subjek yang
melingkari kehidupan saya. Dengan subjek itu saya belajar, dan subjek itulah
saya mengajar. Pendidikan. Itulah subjeknya. Dan lebih khusus, saya cenderung
dengan bahasa dan sastera melayu.
Khabar dari suratkhabar itu
menyatakan perubahan dalam pendidikan berlaku lagi. Agendanya besar. Beberapa
perkara dalam pendidikan digarisbawahi dan rencana dasar ini telah dilakukan
dengan tertib. Maksud saya, ada suatu kumpulan yang berusaha membentuknya. Dan
kumpulan tersebut dari kalangan mereka yang “siuman”. Kebiasaannya idea dari
sejumlah sang akademik membayangi rencana ini. Ia agenda yang dirancang, dan ia
bukanlah suatu kebetulan seperti anak kecil yang jatuh ketika lari. Kita tahu,
setiap rancangan memerlukan kesepakatan. Yang pasti bukan kesepakatan ego
kerana ego orang akademik besar dan sukar diruntuhkan walaupun mereka salah
lagi keliru. Kesepakatan ini dari subjektif menjadi objektif. Tatacara sebegini
di dalam Islam telah lama dipraktikkan. Para ahli dan ulama’ berhimpun
menyatakan pandangan peribadi atau ijtihad dan kemudiannya disimpulkan menjadi
suatu ijma’. Ijma’ tersebut harus dihormati dan dipegang oleh sekalian umat.
Tetapi lain halnya dengan rencana pendidikan tadi. Saya percaya yang menjadi
panel bukanlah yang ahli atau ulama’. Oleh itu ia bukanlah mutlak dan rencana
itu masih boleh dipertikaikan atas kelemahannya dimana-mana.
Saya menghirup kopi dan terus
menekuni khabar itu. Saya terhenti seketika dari membaca. Ada sesuatu yang menarik
pada kopi saya. Pada mulanya hangat, kini berubah menjadi suam. Dan saya tahu,
ia akan menjadi sejuk pabila tiba masanya. Saya berfikir dan merenung minuman
saya dalam-dalam. Ada perkara yang menarik perhatian saya. Pertama, dari panas,
ia berubah menjadi suam. Dari suam, ia akan berubah menjadi sejuk. Jika ia
dipanaskan kembali, ia akan panas dan jika ditambahkan ais, ia akan sejuk
(bukan keadaan sejuk yang pertama) dan menyegarkan. Perubahan pada sifat pada
kopi saya itu membawa saya kepada suatu perkara. Dari suatu perkara, sesuatu
sifat itu boleh berubah kepada suatu sifat yang lain, yang memberikan suatu
konsep yang baharu. Yang menjadi pertanyaan saya, adakah perubahan akan terus
berlaku? Tidak, kerana keadaan kopi saya tidak akan menjadi panas kembali dan
tidak akan menjadi sejuk jika tidak ditambah ais. Maka, saya katakan perubahan
itu bertahap dan ia akan berhenti pada suatu takahnya.
Kesimpulan itu saya pegang dan saya
akui benarnya kerana diluar kedai itu terdapat sebatang pokok. Pokok apabila
sampai ke tahap matangnya, ia berhenti untuk tumbuh (ini asal kata bagi
pertumbuhan). Mana ada pokok yang meninggi hingga mencium dada langit? Ada,
pokok itu pokok imaginasi, seperti yang diceritakan dalam Jack and Beanstalk.
Tetapi kita tidak harus keliru antara imaginasi dan intelektual. Lukisan boleh
lahir daripada imaginasi yang kuat serta kreativiti juga. Namun, lukisan bukan
suatu perkara intelektual. Jika lukisan kita katakan satu perkara yang
berintelektual, maka orang purba yang tinggal di gua itu berintelektual.
Kesimpulan ini kurang siuman dan bakal mengundang lebih banyak kekeliruan.
Sekarang, bagaimana pula dengan
pendidikan? Samakah ia dengan kopi saya tadi? Adakah perubahan yang baharu
menuju kepada suatu tujuan akhir yang tetap? Perkara yang mendasar untuk
dinilai adalah, apakah perubahan ini membawa kebaikan dan adakah ia membawa
manfaat atau sebarang “nilai yang kekal dan mutlak”. Apa yang saya perhatikan,
perubahan yang dilakukan bersifat sementara dan ia menuju kepada suatu masa
yang ditetapkan; belum sempat menuju kepada masa yang ditetapkan, ombak
perubahan yang baharu datang semula. Perubahan yang baharu inilah antara salah
satu ombak yang menghempas pantai pendidikan kita sekali lagi. Pada maklumat
tadi, jangkamasa yang dirancangtetapkan mengambil masa yang agak panjang. Saya
percaya, jika perubahan yang melibatkan jangka masa yang panjang, sudah pasti
berdiri atas nilai yang universal dan mutlak bagi mengelak ombak perubahan
datang ditengah-tengah perlaksanaan. Adakah ia benar perubahan kali ini berdiri
pada nilai universal yang mutlak? Saya akan rungkai ia pada masa minum kopi di
lain tempat. Ia suatu yang besar dan saya perlukan ruang yang lebih luas untuk
itu.
Kopi saya berubah lagi. Suamnya kini
semakin beransur hilang. Ia berubah sekali lagi. Tetapi ia tetap kopi. Adakah
ini bermaksud ia kemutlakan itu wujud? Memang benarkah terdapat nilai yang
mutlak dan benar sepanjang zaman? Saya teringat perdebatan antara Mortimer J.
Adler dan Bertand Russell dalam suatu seminar di mana Adler cuba mempertahankan
bahawa memang terdapat nilai yang mutlak tetapi sayangnya Russell tidak mampu
menangkis jawab premis Adler. Malah Adler mengatakan bahawa Russell hanya
berjenaka bodoh dikhalayak ramai kerana tidak mampu menumbangkan hujahnya.
Kemudiannya, Adler dicabar pula oleh seorang rakan Bertand Russell Saya tidak
ingin panjangkan soal perdebatan itu kerana ia boleh dibaca melalui tulisan
Adler di dalam Reforming Education: The Opening of the American Mind.
Cuma apa yang ingin saya katakan, seorang yang bukan Muslim percaya bahawa
adanya nilai yang mutlak dan tidak berubah-ubah. Bagaimana dengan kita?
Saya melipat suratkhabar itu dan
saya merasakan cukup dengannya. Saya mahu berfikir. Saya merenung kembali
perjalanan akademik saya dalam bidang pendidikan. Saya diajarkan banyak perkara
tetapi hampir kesekaliannya tidak berma’na. Saya terimbas kembali saat belajar
di ijazah pertama. Pabila tamat menuju ke pengakhiran pengajian dalam bidang
pendidikan, saya bertanya kepada ramai rakan. Apakah yang kau perolehi selama
ini; bersediakah kau menjadi alim yang bijaksana; benarkah kau telah menguasai
disiplin ilmu yang benar untuk kau ajarkan kepada muridmu; sanggupkah kau
memegang amanah ilmu yang dipertanggungjawabkan atasmu kelak; dan pelbagai
lagi. Jawapannya yang saya terima, rata-rata mereka masih keliru tentang
matlamat mereka diajar dan belajar. Mereka bagaikan kotak yang sedang dicop
dengan tulisan “guru”, “pendidik”, “cikgu’ dan lain-lain dan kemudiannya kotak
itu kosong bakal dipenuhi dengan isian. Isian itu bukan ditentukan oleh mereka,
tetapi oleh insan yang berkepentingan.Tetapi bukan semuanya begitu,sungguh pun
banyak.
Sejak itu, saya tahu, ada kerosakan
dan kelompangan yang sangat besar dalam pendidikan. Waktu itu, saya berusaha
mencarinya. Saya tahu terdapat sarjana yang telah menghuraikan perkara ini
sejak dahulu lagi. Namun kini, saya hanya mahu tahu apa matlamat pendidikan
sebenarnya? Mengapa rakan-rakan saya dari pelbagai bidang pendidikan menjadi
sekian rupa hingga hilang daya untuk mengetahui apa matlamat mereka terjun ke
dalam bidang pendidikan dan kemudiannya menjadi guru? Saya ditakdirkan berada
lebih lama di bidang pendidikan, pada peringkat yang lebih tinggi. Maka usaha
saya berterusan hingga kini. Saya berjumpa pelbagai rupa insan akademik dalam
bidang pendidikan dan bukan pendidikan. Saya bertanya bagi mencari
jawapan. Ternyata kekeliruan dan kejahilan pada rakan-rakan saya
sebenarnya diwarisi dari pensyarah mereka yang datang dari pelbagai lapangan. Mereka
juga sebenarnya jahil dan tidak tahu menahu langsung tentang matlamat
pendidikan. Selama ini, mereka berpura-pura dengan sedikit keberanian dihadapan
kelas, untuk berdusta dan kemudiannya berlagak seolah-olah berilmu. Mereka
telah berlaku khianat atas amanah ilmu yang dipertanggungjawabkan atas diri
mereka. Mereka jugalah yang akhirnya mengelirukan murid mereka sehingga ramai
yang terkorban menjadi mangsa kekeliruan. Tidakkah mereka berasa bersalah
sedikit pun? Itu mereka perlu jawab dan paling penting mereka wajib perbetulkan
kesilapan mereka.
Saya merenung pada soal matlamat.
Matlamat mesti membayangkan soal hala tuju. Mustahil seseorang itu berbicara
tentang matlamat tetapi mengenepikan sama sekali soal hala tuju. Ia dua perkara
yang tidak boleh dipisahkan. Secara mudahnya, jika kita renung akan ma’na
matlamat itu, maka tertayang dalam fikiran kita tentang satu perkara yang
dirancang untuk dicapai. Maka ia juga membayangkan satu tujuan dan kita
berusaha mencapainya. Saya percaya matlamat tidak boleh bersifat sementara
kerana ma’na asalinya tidak membenarkan ia bersifat demikian. Ia mesti kekal
dan mutlak. Tidak berubah-ubah sifatnya. Dan dengan tinjaun akal, maka saya
percaya saya sudah sedar akan apa itu matlamat pendidikan. Ia mesti kekal dan
berpenghujung, bukan sebuah persinggahan. Tetapi betulkah?
Ya, matlamat itu pasti. Dan ia tidak
boleh bersifat kabur dan ia mesti jelas. Dari mana asal istilah matlamat ini?
Matlamat berasal daripada perkataan alamat. Bukankah alamat ini suatu yang
biasa bagi setiap insan sehari-hari. Alamat membayangkan petanda dan suatu
perkara yang mempunyai tanda. Ia juga sering dirujuki sebagai suatu tanda
peringatan. Kita boleh faham secara jelas alamat itu adalah tanda yang
membekaskan ingatan. Sebagai contoh, alamat rumah seseorang sudah menayangkan
kepada kita sebagai tanda pada sesuatu tempat. Ia terletak pada suatu ruang.
Itu jelas. Ini mengisyaratkan bahawa alamat sesuatu tempat itu menjadi tanda
yang boleh diingati kedudukannya kerana ia bersifat menetap. Sebagai contoh
yang lebih khusus, saya mahu menuju ke suatu tempat. Pastinya saya sudah tahu
ke mana arah tujuan yang saya akan pergi kerana saya telah mempunyai alamatnya
dan yang paling penting, tempat tersebut sudah pasti berada di sana. Maka,
pabila saya pergi ke sana, maka saya akan sudah pasti akan menjumpai tempat itu
berdasarkan pengenalan dan pengetahuan saya akan dimana tempat tersebut berada.
Ini bermakna tempat yang saya tujui itu mutlak menetap di sana. Ia tidak boleh
berubah-ubah.
Begitu juga dengan matlamat, ia
sewajarnya membayangkan suatu keadaan yang tidak boleh berubah kerana ia lahir
dari matlamat. Bayangkan kalau ia berubah, maka satu keadaan yang menghairankan
lagi membingungkan akan berlaku. Contohnya, saya sampai ke tempat yang saya
ingin tuju. Lebih tepat, saya mencari sebuah kedai kopi. Tetapi kedai kopi
tersebut tidak ada disitu. Maka saya akan berasa pelik dan hairan.Dengan rasa
yang bingung dan keliru, sudah pasti saya akan bertanya kepada penduduk yang
berada disitu satu persatu bagi kedai kopi terseubt. Maka saya akan berpusing-pusing
untuk bertanya. Ada sesuatu yang boleh diperhatikan pada proses pertanyaan saya
itu. Nanti saya kemukakan. Yang pasti, alamat tidak benar akan membuat saya
hilang arah dan punca. Saya akan keletihan dalam pencarian. Maka, betullah kata
Guru saya, “tiada gunanya saya ke Mekah, kalau kedudukan Mekah sering berubah”.
Saya mencicip kopi yang sedikit
pahit. Saya menarik nafas dan terus berfikir. Maka, setiap matlamat itu harus
menuju ke arah suatu yang tetap. Sebagai seorang Islam, maka matlamat akhir
kehidupan adalah mencari keredhaan Allah SWT dan mencapai kebahagiaan di
akhirat kelak. Bukankah kita telah diingatkan berulangkali bahawa dunia ini
tempat tumpangan yang sementara dan akhiratlah kekal selama-lamanya? Maka
matlamat pendidikan kita haruslah menuju ke arah mencapai kebahagian di akhirat
tanpa menafikan kebahagiaan di dunia juga perlu dicapai. Kita tidak boleh jatuh
ke lembah ekstrim. Apabila kita mengatakan bahawa matlamat pendidikan itu
menuju ke arah kebahagiaan di akhirat, bukanlah bermaksud menolak aspek
keduniaan seterusnya. Ini hujah yang sangat lemah. Kita boleh menjawab dengan
mudah. Aspek keduniaan juga diutamakan dalam Islam dengan melihat pada soal
solat. Kita solat (termasuk juga ibadah yang lain) di dunia, bukan di akhirat.
Di akhirat, segala perilaku serta amal kita dihitung disana. Maka, tak
hairanlah Imam Al-Ghazali menyatakan “orang yang bijak akan memilih dua
daripada satu”.
Renung akal saya tidak terhenti
kepada soal alamat sahaja. Saya terus bertanya. Alamat datang dari istilah apa
pula? Alamat berpuncasal dari istilah alam. Dan alam itu juga merupakan akar kata
bagi ilmu. Takrifan tentang alam dan ilmu itu sebagai tanda bukanlah asing
dalam Islam. Ia telah dihuraikan oleh banyak sarjana. Maka tiada pertentangan
antara istilah alamat, alam dan ilmu. Sekarang saya sedar, matlamat bukan
sahaja bersifat mutlak tetapi ia juga membayangkan pada soal ilmu. Tak
hairanlah seseorang yang mempunyai banyak pengALAMan itu mempunyai banyak ilmu.
Orang tua selalu berpesan, belajar dari mereka yang berpengalaman. Dan pesan
itu kini membuat saya semakin sedar akan ma’nanya. PengALAMan bukanlah
semata-mata suatu pengetahuan tentang tatacara yang telah dilakukan oleh
seseorang insan yakni latihan yang berulangkali tanpa berpandukan ilmu yang
benar. PengALAMan itu merupakan latihan amali dan rohani seseorang terhadap
sesuatu perkara yang berdasarkan ilmu. Tanpa ilmu, pengalaman hanya akan
menjadi latihan memperkasakan tubuh bukan rohani.
Saya memejam mata, dan saya berasa
sesuatu yang segar dalam kefahaman saya. Betapa sesuatu matlamat itu tidak
boleh sementara dan berubah-ubah, dan diturut serta dengan ilmu yang benar.
Saya juga tersedar, mengapa selama ini, perubahan pendidikan yang saya jelakan
diatas sering berlaku. Rupanya ia sama seperti proses saya mencari alamat
tersebut. Mereka salah memahami pada soal matlamat dan akhirnya mengundang
kecelakaan yang dahsyat dalam pendidikan. Mereka berpusing-pusing mencari arah
dan hala tuju yang sebenar. Maka tidak hairanlah proses mencari itu telah
membawa mereka mengubah dan terus mengubah dasar pendidikan kerana tiada
matlamat yang jelas. Walhal ia telah ada, cuba mereka menafikannya. Mereka
telah menafikan hak akhirat sebagai satu matlamat sebenar lalu menggantikannya
dengan matlamat yang menuju kebodohan dan kecelakaan buat sekalian umat.
Dan sekarang saya harus bertanya,
adakah matlamat pendidikan itu benar-benar sama dengan apa yang saya taakul
kan? Atau bertentangan sama sekali. Atau saya mungkin salah? Itu mustahil.
Kerana apa yang saya bayangkan itu sememangnya jelas dan menimbulkan keyakinan
pada saya. Yakin tidak boleh berdiri tanpa ilmu dan begitu juga sebaliknya.
Tetapi, mengapa kebanyakan pensyarah tidak cuba mendekatkan murid-muridnya
dengan Islam dan aspek akhirat? Akhirnya, saya yakin dengan kesimpulan yang
saya buat, mereka juga keliru dan tidak tahu menahu tentang matlamat
pendidikan. Mereka zalim pada amanah mereka. Sebenarnya bukan mereka tidak mahu
memikirkan hal ini, cuma mereka tidak layak dan tidak mampu untuk memikirkan
perkara yang begitu senang untuk difikirkan. Merekalah pemimpin palsu yang
tidak menjelaskan perkara yang benar kerana mereka tidak tahu apa itu
kebenaran. Kebenaran adalah relatif pada mereka. Itulah jalan mudah bagi
mengelakkan mereka menjelaskan seseuatu perkara dengan sebenar-benarnya. Mereka
menyerahkan tafsiran kepada soal persendirian. Merekalah guru palsu yang
senantiasa menipu dan minta dihormati. Kasihan mereka.
Saya bangun dan dengan tidak
sengaja, saya terlanggar cawan kopi lalu ia tumpah pada suratkhabar saya. Sayu
pula sebab dari akhbar itu saya peroleh maklumat yang memungkinkan saya
merenung panjang tadi. Tetapi saya tiada pilihan dan sayu itu segera hilang
kerana keyakinan telah mengatasinya. Saya yakin bahawa matlamat pendidikan yang
tertayang di dalam akhbar itu bukanlah matlamat yang saya ta'kulkan. Saya buang
suratkhabar itu dan saya terus membayar harga kopi. Saya berlalu pergi untuk
kembali ke ruang yang menyesakkan tetapi dengan senyuman. Kerana bersama saya
ada matlamat yang telah berubah rupacita ma'nawinya.
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-13342092014457533012012-05-09T04:13:00.002+08:002014-03-28T03:04:19.266+08:00HERACLITUS, PERUBAHAN DAN PENJIPLAKDalam dunia falsafah Yunani, Heraclitus yang datang dari kelompok
Elea merupakan sosok tubuh yang sering tidak ketinggalan dirujuki oleh
pengkaji. Subjek yang sering dibahaskan berkaitan Heraclitus berkaitan
penisbian nilai atau sering juga dikenali dengan istilah relativisme.
Heraclitus (504 S.M) percaya bahawa perubahan atau pengaliran sentiasa berlaku
dan ia merupakan ciri asas atau ciri asli alam ini. Pendapat Heraclitus ini
sebenarnya bergantung kepada soal pandangan zahir terhadap alam. Padanya, semua
perkara dan benda bergerak dan berubah dan tiada yang kekal. Tiada yang menetap
diam begitu sahaja.<o:p></o:p>
Nyata pandangan Heraclitus bertentangan dengan pandangan Parmenides yang
menjelaskan bahawa ia langsung tidak percaya kepada apa yang dilihat melainkan
kepada kebenaran akal sahaja yakni rasionalisme. Ini kerana Parmenides
beranggapan perubahan sebenar tidak wujud dan tiada benda yang berubah menjadi
suatu benda yang lain.<o:p></o:p>
Walaupun begitu, pandangan Heraclitus lebih diraikan kerana keadaan sekeliling
sememangnya berubah menuturi keadaannya asalinya. Secara hakikatnya, perubahan
merupakan gerak daya dalam sesuatu perkara yang menuju kepada suatu bentuk
konsep berdasarkan konteks yang ditanggapi. Soal perubahan lebih mendapat
tempat dalam pemerhatian dan dibahaskan dari pelbagai penjuru kefahaman
lebih-lebih lagi dalam konteks kemodenan kini. Tambahan pula ia diasosiasikan
dengan perihal kemajuan dan pembangunan yang seringkali melibatkan soal
material dan soal rohani juga tiada kurang juga dibicarakan.<o:p></o:p>
Berbalik pada pandangan Heraclitus itu, Heraclitus telah sampai kepada idea
bahawa semua asas alam ini adalah perubahan dengan memerhatikan pengaliran air
di sungai. Akhirnya dari daya pemerhatiannya, Heraclitus mengungkapkan "it
is impossible to step twice into the same stream" atau "adalah
mustahil untuk memijak atau melangkah dua kali ke dalam sungai yang sama".
Dengan kata lain, jika seseorang memasukkan kakinya ke dalam sungai kali
pertama, dan kemudia mahu memasukkan kakinya buat kali kedua; maka celupan kedua
itu tidak sama dengan celupan pertama kerana air di dalam sungai sentiasa
mengalir dan mustahil celupan pertama akan mengenai pada air yang sama pada
celupan kedua. Maka sebab itulah Heraclitus menyatakan bahawa semua benda
berubah dan tiada yang menetap kekal.<o:p></o:p>
Maka fahaman ini merasuk jauh ke dalam kalbu manusiawi. Semua perkara perlu
berubah dan terus bergerak. Maju dan terus maju. Jika berada di takuk lama atau
mengamalkan kaedah yang lama dianggap lapuk dan kolot. Dan fahaman ini bukanlah
hidup di tamadun Yunani malah berkembangluas dan kemudiannya dihidupkan kembali
oleh ahli falsafah lain seperti Epicurus, Thommas Hobbes, Hume, Jeremy Bentham
dan John Stuart Mill yang berkait rapat dengan soal keseronokan dan Hedonisme.
Dalam disiplin sastera juga, barah ini telah lama hinggap dan membunuh
kefahaman ramai pengarang dan sasterawan.<o:p></o:p>
Soal pengaruh fahaman Heraclitus ini tiada perlu dinafikan tetapi persoalan
yang perlu ditanyakan adalah, benarkah fahaman itu benar? Adakah semua perkara
perlu diubah agar dilihat cocok dengan situasi semasa? Kalau diterima pakai
fahaman itu, maka soal rohani juga harus diubah setiap masa. Benarkah iman dan
iktiqad diri perseorangan Muslim harus diubah setiap masa agar sesuai dengan
konteks semasa? Mustahil kerana ia boleh mendatangkan kufur sama sekali dalam
pandangan alam Islam. <o:p></o:p>
Seperti yang telah disentuh tadi, perubahan juga berkait rapat dengan soal
pembangunan. Prof Wan Mohd Nor Wan Daud telah menanggapi soal pembangunan ini
dengan kritis sekali. Dengan mendalami soal memahami perubahan yang membawa
kepada pembangunan, Prof Wan telah melihat dari sisi pertentangan ma'na
pembangunan itu sendiri iaitu kemunduran atau mundur. Dalam hal ini, Prof Wan
terus menyelar bahawa kemunduran itu bukanlah satu perkara yang negatif ataupun
tidak baik, malah ia kadangkala memberikan kebaikan. Sebagai contoh, beliau
menyatakan bahawa air pasang dan surut, kedua-duanya baik dalam keadaan
tertentu. Begitu juga dengan dalam peperangan dan acara sukan, mengundur itu
merupakan salah satu teknik , helah atau rancangan dalam menuju kemenangan.
Sebagai tambahan, jika kita dapat memerhati tumbuh-tumbuhan, apabila ia sudah
matang ia akan berhenti dari 'membangun' dan membesar. Begitulah keadaannya
bahawa setiap yang bertentangan dengan perubahan itu bukanlah suatu tidak baik.<o:p></o:p>
Fahaman Heraclitus ternyata mentah dan dangkal sama sekali. Hanya dengan
memerhatikan sungai yang mengalir itu lalu mencetuskan fahaman perubahan itu
bukanlah suatu yang membanggakan. Ada banyak perkara yang perlu ditanya. Yang
paling asas, ke mana benda yang berubah dan mengalir itu hendak menuju? Apakah
matlamatnya? Apa yang perlu diubahnya? Harus juga ingat, perubahan akan membawa
bersama soal perubahan nilai dan fungsi jika tiada kena pada tempatnya. Dan
paling penting, jika perubahan mahu dilakukan, persoalan yang perlu ditanyakan,
adakah kita sudah menyiapakan diri dan bersedia untuk menghadapi perubahan
tersebut?<o:p></o:p>
Perbahasan Heraclitus tentang perubahan bukanlah suatu yang konteks penghujahan
yang kukuh dan ia boleh dijawab dengan hujah yang lebih menyakinkan. Cuba kita
alihkan pandangan kepada awan dan bertanya, mengapa awan bergerak? Awan
bergerak sebenarnya disebabkan belakangnya terdapat tabir langit yang menetap.
Kalau tabir langir tidak menetap, maka kita tidak akan lihat awan itu bergerak.
Dua benda yang sama-sama bergerak tidak akan kelihatan. Contoh lain seperti
kereta bergerak. Kereta bergerak kerana jalanraya menetap dan tidak
berubah-ubah setiap masa. Sebab itu boleh kelihatan akan kereta itu bergerak.
Jika jalanraya bergerak dan berubah-ubah dan kereta bergerak, maka tiada
pergerakan yang jelas kita akan lihat.<o:p></o:p>
Sama seperti sungai, sungai mengalir dan berubah kerana ada tebing yang
menetap. Ini bermakna kefahaman Heraclitus itu salah dan tidak betul.
Heraclitus hanya lihat sungai tanpa melihat konteks keseluruhannya. Dari satu
bahagian kecil ia membesarkan menjadi sesuatu yang besar. Dan kesalahan yang
paling besar adalah penerimaan idea perubahan Heraclitus yang kecil itu sebagai
suatu yang besar dan disanjung tinggi. Jelas sekali menjengkelkan.<o:p></o:p>
Kefahaman perubahan Heraclitus ini berkembang dan mustahil ia tidak merasuk ke
dalam disiplin sastera. Peniruan konsep dan idea dari Barat bukanlah suatu yang
asing dalam konteks di Malaysia. Bukannya tidak boleh dicontohi apa yang baik,
tetapi daya penyaringan itu menjadi daya yang terpenting bukan sekadar
memborong sesuka rasa. Soal peniruan bukanlah suatu yang baharu dan persoalan
mimesis ini sudah ditimbulkan perbahasannya sejak Plato dan Aristotle lagi.
Seperti yang saya katakan dalam sastera juga fahaman ini diterima pakai oleh
sasterawan. Begitu banyak pengakuan yang boleh dilihat dari tulisan
autobiografi sasterawan sendiri dan telah hadir sekian banyak soal perubahan
nilai yang terlimpat dalam kandungan tulisan sasterawan negara. <o:p></o:p>
Inilah golongan penjiplak yang menjadi penyambung tradisi Barat
yang telah banyak mengelirukan kefahaman kesusasteraan itu sendiri dengan
menyatakan perubahan itu sebagai suatu yang alamiah.
Tak perlu dideretkan pelbagai contoh. Yang paling jelas idea ini dapat dilihat
dalam sajak A. Samad Said diberi tajuk Ombak. Sajaknya pendek dan berbunyi
begini :<o:p></o:p>
Ombak yang menjamah<o:p></o:p>
kakiku
sekali<o:p></o:p>
takkan
dapat<o:p></o:p>
kukenali
lagi.<o:p></o:p>
*Dipetik disini <o:p></o:p>
Kalau Heraclitus menggunakan sungai , A. Samad Said menggunakan ombak. Jelas
sekali peniruan ini diamalkan oleh A. Samad Said dan dengan yakin, beliau
sendiri mengakui mempraktikkan konsep peniruan ini apabila beliau menyatakan
bahawa "seseorang penulis terpaksa meminjam dan menyalin daripada
kehidupan". Ombak sebagai simbol perubahan yang digunakan oleh Pak Samad
itu jelas sekali membayangkan betapa dia juga menyanjung soal relativisme nilai
yang boleh dilihat dalam karya yang masyhur iaitu Salina. Maka jika sesiapa yang
membaca Salina akan mendapati perubahan nilai yang tidak menentu hala dan jika
bolehlah dilihat pada laporan panel anugerah sastera yang menyatakan "Daripada
segi inilah beliau membawa pembaharuan kerana beliau lebih suka membawa
aliran-aliran Barat seperti realisme atau naturalisme (dan realisme baru
kemudiaannya seperti dalam Langit Petang atau Daerah Zeni), dan mengisahkan
segala peristiwa sebagai pemerhati yang terperinci, daripada sebagai moralist
yang memberikan penilaian peribadinya terhadap watak-watak dan kisah-kisan
mereka" <o:p></o:p>
Jika diteliti sajak A. Samad Said itu, mungkin terdapat tanggapan lain yang
menyatakan bahawa sesuatu peluang itu tidak akan muncul untuk kali kedua.
Tetapi dari sudut perlambangan ada logiknya jika ditanyakan mengapa 'ombak'? Mengapa
tidak istilah lain yang memberi kefahaman yang lebih sesuai dengan soal peluang
atau sesuatu perkara yang bermanfaat boleh disimbolkan digunakan bagi
memperlihatkan kefahaman sebegitu. Ombak sememangnya sering dikaitkan dengan
keganasan. Dayanya jelas bertenaga menuturi fitrah alam sehingga mampu
menenggelamkan dan memamah daratan yang luas.<o:p></o:p>
Apa yang lebih jelas, kefahaman berkaitan sajak A. Samad Said ini sangat dekat
dengan konsep yang direnungkan oleh Heraclitus. Jika ada pihak yang menyangka
sajak itu ringkas dan padat makna, maka janganlah terus diperbodohkan dengan
mainan kata kerana dari segi kandungannya ia telah dahulu diutarakan oleh
Heraclitus. Sama ada ia kebetulan atau ia telah dijiplak, ia boleh ditanya
sendiri kepada sasterawan tersebut dan dalam mengakhiri hal ini saya kemukan
suatu pantun yang saya cuplik dari nukilan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud :<o:p></o:p>
Cupak dalam pemberasan<o:p></o:p>
Letak
peti dalam perahu<o:p></o:p>
Nampak
tiada terkesan<o:p></o:p>
Dalam
hati siapa yang tahu<o:p></o:p>
Wallahu'alam.
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-79946010852970828472012-01-26T13:45:00.006+08:002014-03-28T03:07:46.393+08:00PRASYARAT DAN SYARAT : SIRI IDuduk berbicara
di kedap kopi sambil membincangkan hal semasa memang menarik. Santai dan tidak
terlalu serius terpulang pada subjek yang dibicarakan. Semalam seorang rakan
bersungut tentang kenaikan harga barang hingga dia bertanya tak adakah barang
yang boleh didapati dengan harga yang murah dan kalau boleh percuma lagi bagus.
Saya tergelak kecil . Seorang rakan lain menyambut dan berkata "Bro, mana
ada barang percuma dalam dunia ni. Nak buang najis sendiri di shopping complex
pun kena bayar!". Sekali lagi saya tersenyum dan berfikir sejenak.
Saya tertarik dengan jawaban balas rakan saya itu. Kita memahami
bahawa pusat membeli belah yang dibangunkan pemaju matlmatnya mencari
keuntungan. Untuk memaksimumkan keuntungan, pemaju perlu ada strategi yakni
menyediakan kemudahan prasarana yang terbaik disamping perkhidmatan yang
sedapat mungkin memenuhi kepuasan pelanggan agar pelanggan berasa selesa untuk
berbelanja seklaigus menarik lebih ramai lagi pelanggan. Ini bermakna soal
menyediakan ruang kebersihan peribadi (baca : tandas) perlu diutamakan dan seharusnya
ia percuma dan tiada dikenakan bayaran dalam menggunakannya. Ini bermakna ada
syarat untuk menggunakannya yang ditetapkan oleh sesuatu pihak.
Ya, syarat. Dalam konteks diatas, perkara yang perlu difahami
bahawa adanya prasyarat dan syarat itu sendiri. Prasyarat adalah bayaran
manakala syarat adalah garis panduan yang ditetapkan kepada pengguna dalam
menggunakan sesuatu perkara. Sebagai contoh lain, A mahu membeli telefon
genggam. Prasyarat bagi Ali untuk membeli telefon idamannya adalah dengan menyediakan
duit secukupnya sebagai bayaran kepada peniaga. Dan selepas memiliki telefon, A
perlu mematuhi syarat atau garis panduan penggunaan telefon berdasarkan
maklumat dalam buku manual pengguna yang dibekalkan. Itu bagi melayakkan Ali
tahu dan memahami bagaimana fungsi telefonnya itu.
Jadi, prasyarat adalah perkara yang penting dan perlu diutamakan.
Kemudian memenuhi syarat sebagai keberkesanan memahami sesuatu sistem itu.
Kedua-dua perkara ini bukan sahaja berlaku pada contoh di atas, malah ia berlaku
dalam semua perkara termasuklah soal pengetahuan, kefahaman dan ilmu. Semua
perkara itu sebenarnya mempunyai prasyarat dan syarat tersendiri yang perlu
dimaklumi batas dan had maknawinya.<o:p></o:p>
Bagi mereka yang sering melepak di kedai kopi, barangkali mereka
pernah berbicara akan suatu subjek yang begitu asing dan tidak difahami.
Mungkin kita juga menghadapi perkara yang sama bila mendengar bicara rakan kita
tentang sesuatu topik/konsep/istilah yang begitu asing dan tidak pernah
didengari sebelum ini. Mungkin juga perkara itu baru bagi kita dan sukar untuk
difahami. Kadangkala kita cuba memahaminya tetapi masih juga tidak mampu.
Akhirnya kita terpaksa diam dan tidak mencampuri perbicaraan itu. Mengapa jadi
begitu?
Jawapannya ada
dalam soal prasyarat dan syarat itu sendiri. Tetapi prasyarat bagi memahami
bicara yang tidak difahami itu bukan dengan bayaran (baca : wang) tetapi dengan
adanya butir-butir maklumat dan kefahaman tentang sesuatu perkara. Sebagai
contoh, kita mengandaikan terdapat dua orang mekanik kereta yang arif lagi luas
pengalaman dalam pekerjaannya. Mekanik kereta (A) berbual tentang komponen
kereta dengan seorang mekanik kereta yang lain (B). Maka B tiada masalah untuk
memahami perbicaraan A kerana dia mempunyai maklumat berkenaan komponen kereta
itu juga. Maka perbualan itu tidak berlaku kesenjangan atau pertentangan. B
dapat memahami maklumat A dengan baik. Jika hadir seorang petani (C) yang
sememangnya tidak mengetahui tentang hukum hakam bidang automatif
ditengah-tengah perbicaraan mereka, maka C pastinya terpingga-pingga kerana
tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat tentang subjek yang dibicarakan. Maka,
tak hairanlah jika C tidak akan berbual dan diam sahaja atau lebih berani dia
akan bertanya soalan kepada A dan B untuk memahami subjek perbicaraan mereka.
Waktu di sekolah
dahulu, antara cerita yang masyhur adalah kisah Isaac Newton dan buah epal. Cikgu saya memberitahu
tentang hukum graviti dengan mengaitkan kisah ini. Newton dikatakan sedar akan
adanya hukum graviti apabila sebiji epal jatuh ke atas kepala. Dari soal itu,
dia mengamati bahawa adanya tarikan graviti yang menarik epal untuk jatuh ke
bumi. Dari pemgamatannya dia membuat penyelidikan lanjut berkait dengan hukum
graviti.
Dalam peristiwa
itu, kita perlu bertanya beberapa persoalan. Adakah setiap buah epal yang jatuh
ke atas tubuh seseorang itu yang membangkitkan kesedaran? Adakah epal perkara
yang perlu diperhatikan? Kalau di Malaysia, jika Newton melepak di kebun
durian, barangkali Newton akan ditimpa durian dan Newton boleh mati! Jadi bukan
buah soal. Daya tarikan itu yang menjadi subjek penelitian Newton. Tetapi benarkah
daya jatuh epal itu sekonyong-konyong dengan mudah membuatkan Newton tahu akan
adanya hukum graviti? Kalau begitu, Newton bukanlah yang pertama tahu tentang
hukum graviti kerana sebelum Newton telah ramai pemetik epal yang pernah
ditimpa epal sewaktu di ladang epal!!! Tapi tiada seorang pun dalam ramainya
pemetik epal itu sedar akan adanya hukum graviti waktu epal jatuh ke atas
mereka. Mengapa Newton boleh sedar adanya graviti?
Prasyarat. Ya.
Prasayarat pengetahuan atau sering disebut prerequisite
knowledge. Yang pasti Newton sudah punya prasyarat pengetahuan atau
maklumat berkaitan tentang graviti. Maka sebab itu Newton boleh sampai kepada
bahawa adanya daya tarikan graviti pada epal itu. Hal ini tidak berlaku pada si
pemetik epal kerana mereka tidak mempunyai maklumat berkaitan graviti. Oleh
itu, keadaan itu tidak dapat dihubungjalinkan dengan konsep graviti. Newton
mampu melakukannya. Maka sebab itu prasyarat pengetahuan memerlukan kita
mempunyai - paling tidak pun sedikit - maklumat berkaitan sesuatu perkara agar
dapat digabungjalinkan untuk menimbulkan kefahaman. Para pemetik epal tadi
tidak ambil pusing tentang hukum graviti bukan kerana dia tak tahu konsep
bahawa epal akan jatuh ke bumi tetapi sebab ia tiada maklumat asas kepada
konsep graviti.
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-11319112865227764532012-01-14T20:43:00.009+08:002014-03-28T03:11:39.049+08:00SUDARA PUNYA JAWABAN?Ada beberapa perkara yang wajar untuk direnungkan dalam konteks pendidikan Kesusasteraan Melayu kini. Yang sering terdengar adalah bagaimana mahu menjadikan pendidikan sastera Melayu menjadi satu disiplin yang "laku" sebagaimana hangatnya disiplin sains dan teknologi - tidak kira di sekolah atau universiti. Maka banyaklah yang berbicara, dalam usaha nak bangkitkan sastera ini. Seminar, persidangan, konferens, meja bulat dan banyak lagi perbincangan diusahakan dalam nak bangkitkan pendidikan sastera, tapi sastera masih lagi dipandang sepi dan masih "tak laku". Subjek sastera banyak ditutup di sekolah-sekolah. Sekolah yang menawarkan subjek sastera pun berapa kerat sahaja. Senang cerita bilangannya semakin hari semakin kerdil dan yang ambil sastera Melayu pula sering dikatikan dengan yang bermata merah. Alahai, ...... (sambunglah ikut keluhan sudara atau sudara punya jawaban bagi keluhan ini?).
Secara umum, rata-rata penggiat sastera (pemuisi, cerpenis, novelis) Melayu agak ramai. Buktinya, bukan susah sangat nak jumpa buku puisi, antologi cerpen dan novel-novel di Malaysia ini. Tapi yang paling popular memang genre novel. Nak murah ada, mahal pun ada. Pilihlah ikut kemampuan. Masuk stesen minyak pun boleh jumpa. Kalau ikut trend sekarang ini, banyak cerita soal cinta cintun. Putus cinta, kekasih lari atau dilarikan (?), kena kahwin paksa oleh mak ayah, cinta terlarang oleh halangan-halangan dan banyak lagi. Tak kurang juga ada yang label karya begini karya tak berkualiti. Betulkah? Sudara punya jawaban?
Kualiti ke tak, itu memang persoalan. Nak tahu kena baca dululah, baru boleh letak nilai. Point yang paling penting adalah karya-karya kreatif yang begini memang berlambak-lambak. Tapi semuanya terukkah? Tak ada yang bagus ke? Ada tak kajian serius yang boleh dikatakan komprehensif untuk disandarkan sebagai dapatan dan pegangan sebelum nak hukum semua karya ini bagus atau tak bagus? Kalau dah berlambak-lambak, macam mana nak ukur semuanya? Ada tak kayu ukur yang mudah untuk golongkan karya sebegini ke kelas yang betul? Sudara punya jawaban?
Kalau dalam pendidikan sastera di sekolah, soal pemilihan teks paling banyak sekali jadi isu hangat, tapi sekejap sahaja. Khalayak mula-mula bising, selepas itu senyap dah. Malas nak bersuara. Penat nak cakap. Hangatnya bermusim macam hangat-hangat tahi ayam. Kalau datang musim pertukaran teks maka banyaklah isu yang timbul. Teks siapa terpilih, berkualiti ke tak, kalau tak berkualiti macam mana boleh jadi teks wajib, dan macam-macam suara keluar lepas teks dah terpilih. Bak kata pepatah, rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Kenapa masalah ini berlaku setelah begitu lama penggunaan karya sastera dalam pendidikan dilangsungkan? Sudara punya jawaban?
Masakan pokok bergoyang kalau angin tak bertiup kencang. Kalau ramai yang heboh berkata teks sastera yang digunakan di sekolah tak bagus, apa kita bisa diam saja juga? Atau bicara kita hangatnya sekerat-kerat? Maka, adakah novel yang dipilih sama dengan novel yang berlambak-lambak atau novel yang setaraf dengan novel di stesen pam minyak sahaja? Siapa yang bertanggungjawab untuk memilih teks sastera semua ini? Mereka pernah menjawab kesemua teriak pertanyaan di akhbar-akhbar tentang kualiti teks terpilih? Atau sudara punya jawaban?
Apa garis panduan memilih yang digunakan untuk memilih kesekalian teks-teks yang terpakai di sekolah-sekolah buat hadaman akal murid-murid? Pernah kalian jumpa di mana-mana kriteria atau tersorok sahaja di fail-fail peribadi sebagai dokumen sulit dan rahsia? Soalnya selarikah kriteria yang digunakan sebagai kayu ukur dengan kandungan teks yang terpakai? Kalau ikut resepsi kritikal pembaca maka boleh kita kata tak selari dan ada yang jauh bertentangan. Tapi kriteria pun kita tak pernah nampak, bagaimana nak bicara. Sudara punya jawaban?
Kalau pihak penilai tak kemukakan apa kriteria yang digunakan untuk memilih teks maka untuk apa dan bagaimana sesuatu kritikan terhadap teks itu didasari? Omongan? Ocehan? Shakk atau zann? Kalau bukan itu semua maka apa lagi. Jadi kalau ada pihak mahu ketengahkan jalan untuk bicara tentang kerangka kayu ukur atau kriteria, yang tidak bertentangan dengan matlamat pendidikan, maka kenapa ada khalayak yang bising dan membenci? Sudah habis fahamkah kerangka ukur yang diketengahkan? Atau masih lagi bicara tentang beromong-omong kosong dan masih tidak puas bermain dan memekik tanpa landasan? Salahkah mengetengahkan kerangka ukur yang baik dan mencabar pihak yang sepatutnya mengetengahkan kayu ukurnya untuk pemilihan teks tersebut, tapi tak pernah diketengahkan pun sebenarnya? Maka, dimana silapnya? Katanya ini zaman hujah bertemu dengan hujah, jadi apa inilah yang berlaku kini. Atau sudara punya jawaban?
Bagaimana pendidikan sastera nak dipandang tinggi kalau karya yang disogokkan sebagai kandungan pelajaran adalah karya yang memandulkan pemikiran, penuh dengan sifat negatif, penuh dengan kepalsuan, dangkal dan sebagainya. Tak hairanlah ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka mengambil sastera Melayu, penuh dengan kefasadan tanpa menolak ada yang lihat kepada soal utilitarianisme. Bila sastera dipinggirkan oleh masyarakat, khalayak sastera marah; katanya sastera subjek yang meninggikan kemanusiaan. Suaranya sering melengking menyatakan bahawa sastera penting. Namun, hakikatnya kandungan teks seolah-olah tak sebanding dengan lengkingan suara mereka itu. Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya? Sudara punya jawaban?
Maka, apa lagi yang tinggal. Tertipu dan terbodohlah akan "khalayak sastera" yang begitu senang dipermainkan oleh mereka sekarang yang sedang enak bermain patgulipat. Terserlahlah bentuk bayang-bayang oleh "khalayak sastera" akan kilauan realiti semu. Maka "khalayak sastera" pun terjangka-jangka dalam keraguan dan terus berteriak sambil berpusing-pusing bermain permainan tradisi Nenek-nenek Si Bongkok Tua. Maka hairanlah orang yang diluar sana yang sedar, melihat kegembiraan mereka berteriak sambil bermain lalu mereka tertanya-tanya, mereka bermain permainan apakah itu kerana dalam zaman serba canggih ini, permainan ini sudah tidak terpakai lagi. Atau sudara punya jawaban?Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-58748540192948876832012-01-10T16:53:00.005+08:002014-03-28T03:15:21.680+08:00MUSLIM DERITA MASALAH ILMU?
Artikel direncanakan oleh DATUK DR. SYED ALI TAWFIK AL-ATTAS, Penasihat Yayasan Al-Bukhari merangkap Penasihat Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global 2012. Dipetik dari sumber di sini.
Pada hakikatnya di zaman sekarang, mereka yang menderitai masalah mengenai ilmu ialah kaum Muslimin sendiri, sedangkan pandangan alam Islam tidak menderitai masalah mengenai ilmu. Yang demikian, bagaimana keadaan tersebut terhasil?
Suatu hadis yang diriwayatkan oleh al-Bayhaqi adalah berkenaan tiga golongan manusia yang bertanggungjawab merosakkan serta membatilkan ilmu; yang pertama merupakan golongan al-Juhhal; yang kedua adalah golongan pelampau; dan yang ketiga merupakan golongan mereka yang mencuri fikiran daripada orang lain tanpa merujuk kepada mereka.
Satu daripada makna juhhal merujuk kepada mereka yang jahil, yang kurang berilmu, tetapi bersifat baik. Ini bermakna bahawa kekurangan tersebut boleh diatasi dengan didikan, asuhan, dan ajaran yang sesuai.
Tetapi satu lagi jenis merujuk kepada mereka yang bukan sahaja kurang berilmu, tetapi bersifat bongkak, dengki, degil, dan iri hati. Golongan inilah yang disebut sebagai al-Sufaha'. Mereka tidak bersifat baik; maka kekurangan ilmu yang mentakrifkan mereka di dalam golongan al-Juhhal tidak boleh diatasi kerana mereka degil menerima apa yang benar, disebabkan sifat bongkak dan dengki.
Begitulah faham istilah 'jahil' merujuk kepada golongan Jahiliyah sebelum kedatangan agama Islam. Istilah Jahiliyah tersebut tidak sahaja merujuk kepada kekurangan dari segi ilmu; kebanyakan daripada mereka mempunyai ilmu terutama sekali dalam bidang bahasa, syair dan sebagainya. Mereka tidak bersifat jahil dalam erti kata kekurangan ilmu, akan tetapi mereka jahil dalam erti kata berdegil dalam menerima hakikat.
Berkenaan golongan pelampau, ia merujuk kepada mereka yang pada hakikatnya tidak berada di titik pertengahan di antara dua. Ia merujuk kepada mereka yang melampau dalam soal melebihi had (extremism of excess) atau yang melampau dalam soal mengurangi had (extremism of defect).
Golongan yang pertama, yakni yang disifatkan sebagai mereka yang melampau dalam soal melebihi had, tidak semestinya merujuk kepada pelampau dalam soal agama, bahkan ia juga merujuk kepada pelampau dalam soal dunia. Oleh yang demikian, sifat melampau tidak semestinya berkaitan dengan soal agama tetapi juga berkaitan dengan suatu sifat keterlaluan dengan dunia.
Mereka yang selalu bercakap mengenai perkara perkara berkaitan dengan dunia sambil menyerang agama juga merupakan golongan pelampau yang tergulung dalam golongan yang kedua, yakni mereka yang melampau dalam soal mengurangi had. Oleh yang demikian, boleh disifatkan bahawa mereka yang tidak sama sekali percaya kepada Tuhan, juga merupakan mereka yang terkandung di bawah golongan pelampau.
Kemudian daripada itu, golongan mereka yang mencuri fikiran daripada orang lain tanpa merujuk kepada mereka. Akhirnya fikiran yang benar dan baik menjadi batil.
Zaman kita sekarang, ketiga-tiga golongan tersebut wujud dengan luasnya dalam dunia Muslim; orang yang jahil telah mengaku diri mereka sebagai berilmu dan rakyat jelata telah membawa masalah mereka kepada orang yang jahil untuk diberi penghakiman, dan orang yang jahil telah memberi penghakiman yang batil dan juga telah menimbulkan kebatilan, dan inilah yang membawa kepada kaum Muslimin menderitai masalah mengenai ilmu.
Walaupun terdapat ulama, masyarakat tidak dapat mengenali mereka seolah-olah ulama-ulama tersebut telah dikeluarkan oleh kerana mereka telah dihalang oleh golongan jahil yang kemudiannya mengambil alih dan mewarisi takhta pimpinan. Keadaan tersebut lebih merujuk kepada pimpinan keilmuan dalam bidang-bidang seperti agama, ilmiah, kebudayaan, dan sebagainya.
Apabila merujuk kepada istilah melampau, semestinya wujud dua keterlaluan. Dalam bahasa Melayu, istilah 'melampau' diguna pakai; yang bermaksud melampaui batas kebenaran; melampau dalam soal agama dan melampau dalam soal dunia, melampau dalam soal melebihi had dan melampau dalam soal mengurangi had.
Pada hakikatnya faham istilah kesederhanaan tiada kena mengena dengan faham dan erti kata moderation yang dianjurkan oleh golongan Barat dan para pengikutnya. Sekiranya kaum Muslimin menggunakan istilah moderation, ia diguna pakai hanya supaya golongan Barat memahami apa yang dibincangkan oleh kita, kaum Muslimin; tetapi ini tidak bermakna bahawa kaum Muslimin bersetuju dengan faham yang dianjurkan oleh pandangan Barat.
Sebenarnya, tidak wujud faham yang dianjurkan oleh pihak Barat sebagai 'Islam moderate', seolah-olah agama Islam itu sendiri mengandungi jenis yang boleh disifatkan sebagai melampaui batas kesederhanaan. Yang telah melampaui batas kesederhanaan ialah sesetengah kaum Muslimin, dan oleh yang demikian, hendaklah mereka dikembalikan ke atas landasan yang adil dan benar.
Keadilan dan hikmah berkongsi maksud dan makna yang akrab, mendalam lagi tidak terpisahkan. Keadilan dicitakan berturutan dengan hikmah. Justeru, tanpa adanya hikmah, keadilan semata-mata tidak mungkin dapat difahami, apatah lagi dizahirkan. Apa agaknya penunjuk-penunjuk keadilan?
Seperti gambaran yang telah kami berikan lebih awal, singgahsana tempat keadilan bertakhta adalah ilmu yang sebenar; justeru, satu daripada penunjuk terpenting erti keadilan tadi adalah ilmu yang betul. Ilmu tersebut bukanlah dalam erti yang mujarrad tetapi sebaliknya, pengamalan dan hala-tuju ilmu. Justeru, wajar dipertanyakan, ilmu mengenai apa?
Jelas bahawa yang dimaksudkan adalah ilmu mengenai tempat yang betul bagi sesuatu bernisbah kepada dirinya sendiri dan bernisbah kepada yang lain-lainnya. Demikian, akhirnya, takhta yang menjadi sandaran segalanya adalah ilmu.
Dari sini, bolehlah kita usulkan bahawa pengamalan dan hala tuju ilmu sebagai penunjuk bagi keadilan. Bagaimana untuk mengukur penerapan dan kegunaan ilmu? Jawapannya, melalui kegiatan aqliah yang dizahirkan melalui amalan; sekiranya kegunaan tersebut menghala kepada kebebalan dan kekeliruan, kezaliman telah terhasil. Sebaliknya, sekiranya kegunaan tersebut menuju kebenaran dan pemecahan masalah sambil membawa kepada faham yang bermakna, maka keadilan atau kesederhanaan telah tertunai. Terhakisnya kesederhanaan atau keadilan disebabkan terhakisnya ilmu.
Masalah yang melanda golongan Muslim berpunca daripada kerosakan dan kebatilan ilmu. Kita tidak dapat mengatasi masalah tersebut melalui medan siasah, ataupun melalui penggubalan undang-undang. Hanya melalui pendidikan dan seterusnya peradaban dapat kita memahami Islam, kaum Muslimin, dan tamadun Islam.
Kita harus mempunyai iradah siasi supaya menghidupkan semula zaman kegemilangan tamadun dengan mengasaskan sebuah Maktabah atau Perpustakaan Ilmiah Kebangsaan. Malaysia, malah seluruh Asia Tenggara tidak mempunyai sebuah maktabah atau dalam kata lain perpustakaan yang boleh dibandingkan dengan maktabah-maktabah yang terdapat di dunia Barat.
Kita tidak mempunyai rujukan-rujukan yang banyak, terutamanya rujukan-rujukan dalam bentuk manuskrip, dan kita tidak mempunyai kemudahan-kemudahan untuk tujuan-tujuan tersebut. Jadi, bagaimana Malaysia hendak menjadi pusat pendidikan antarabangsa sedangkan keperluan yang paling asas tersebut tidak wujud?
Dalam kata lain, dengan ketiadaan sebuah maktabah yang menyeluruh, yang menjadi khazanah yang menyimpan rujukan-rujukan agung, tiada kecenderungan untuk para ulama supaya datang ke Malaysia; natijahnya para pelajar tidak akan berhasrat untuk menyertai universiti-universiti di Malaysia.
Walaupun pada awalnya Malaysia telah memulakan usaha-usaha mengumpul dan menyimpan manuskrip, malangnya usaha-usaha tersebut nampaknya telah reda disebabkan kita sendiri tidak mempunyai 'budaya belajar'.
Hakikatnya Malaysia ada menyimpan sejumlah manuskrip yang amat bernilai, tetapi ketiadaan 'budaya belajar' tersebut dan juga ketiadaan buku yang mengandungi senarai penuh yang lengkap dengan butir-butir dalam susunan yang tertentu dan dengan huraian untuk tiap-tiap satunya, telah menyekat impian Malaysia untuk menjadi pusat pendidikan antarabangsa.
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum, budaya, bahasa dan agama. Sekiranya Malaysia berjaya mengasaskan sebuah maktabah tersebut, ia pasti menjadi sebuah maktabah yang tidak ada tolak bandingnya. Bagi menjayakan sebuah maktabah seperti yang disebutkan itu, suatu usaha daripada kerajaan dan badan-badan korporat diperlukan kerana modal yang diperlukan adalah tinggi.
Dengan pengorbanan daripada badan-badan tersebut, ia mampu dibiayai oleh hasil sumber-sumber asli Malaysia yang kaya dengan minyak dan hasil-hasil sumber asli yang lain. Sekiranya Malaysia mengambil langkah yang tekun supaya membudayakan budaya belajar yang berasaskan tertubuhnya sebuah maktabah ilmiah yang menyeluruh, yang serba lengkap dengan manuskrip dan tulisan-tulisan nadir dalam semua bidang ilmu daripada setiap tamadun agung, ia pasti menyumbang kepada pembangunan Malaysia dari segi dasar-dasar perancangan dan juga usaha-usaha menghalang tafsiran-tafsiran keterlaluan.Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-37440574869579872812011-12-28T03:08:00.005+08:002014-03-28T03:16:57.987+08:00MURID DAN KEHENDAK
Berkehendaklah ku berbicara akan suatu perkara yang telah sampai pada fahamku akan pertelingkahan hingga membibit iri dan benci, yang jelas puncanya dari suatu ketidakserasian faham akan suatu perkara. Hal itu merujuk pada lingkaran faham bersabit istilah murid, pelajar dan mahasiswa.
Yang sering ditelingkah itu melibat akan sosok tubuh diri perseorangan yang menuntut ilmu atau mencari akan sesuatu pengetahuan dari diri perseorangan yang lain, yakni yang lebih ahli atau sedia dimaklumi sebagai Guru atau Mursyid. Sekian yang diamati, bahasan mengajak tumpu pada soal pemisahan ketara antara murid, pelajar dan mahasiswa; yang berasbab atas beberapa perkara seperti umur, tingkat daya faham, persekitaran suasana tempat menuntut ilmu. Maka dikatanya pula murid buat sekian kanak-kanak kecil; pelajar pula bagi yang sedang meningkat dewasa; mahasiswa merangkap penuntut di gerbang institut tinggi.
Itulah yang sering didendangkan maka tertanamlah akan faham pemisahan itu dan disebarkan serata mulut dan akal yang menerimanya sekian luasnya yang akhirnya hinggap jua ia ke pendengaran dan fahamku. Bukankah kita diajar tiada menerima sesuatu buta-buta tanpa kejelasan dan penerangan yang jelas dan benar sifatnya? Bukankah diajar jua berfikir, kalau bukan berkali-kali, biarlah sekali pun tiada mengapa. Lantas terfikir akan perkara itu, bertanyalah akan akal yang apakah ini terjadi dalam suasana silam, penuh gemilang tradisi ilmunya?
Sudah tersedia maklum, dalam tradisi Islam, diri perseorangan yang menuntut ilmu daripada seorang Guru diberi gelar murid. Tiadalah muncul perkiraan batas umur dan masa apatahlagi suasana sekitar tempat murid menuntut ilmu; selayaknya apa jua keadaan dan merata tempatnya ia tetap digelar murid. Tiada juga tertayang dalam tradisi Islam, akan pernah seorang kanak-kanak yang menuntut dengan seorang guru digelar murid dan pabila meningkat dewasa ia bergelar pelajar atau mahasiswa biarpun masih menekuni ilmu dari seorang Guru.
Maka sekarang ditanya, mengapa istilah murid dipakai sekian lama akhirnya ia diterangkan hanya kena pada kanak-kanak yang kecil dan mentah sifatnya? Ternyata budaya mengeratpisah sesuatu perkara, telah merasuk jauh ke dalam pangkal fikir hingga meriakkan kekabutan fikir dan kebingungan faham yang tiada boleh bersatu di titik akhirnya. Walhal, diri perseorangan itu tetap sama jua yang berbezanya kedalaman faham bergantung pada usaha dan kemampuan diri perseorangan murid itu jua; dan semuanya terbatas atas kurniaan Ilahi.
Jika dilihat dari akar kata, istilah murid berasal dari bahasa Arab yakni i-r-d atau irada, yang salah satu dari ma'nanya adalah kehendak atau keinginan. Sifat tabii insan itu melayakkan ia berkehendak atau berkeinginan akan suatu perkara mengikut cenderung peribadi. Keinginan insan ini boleh disebut tiada berbatas dan berkesudahan pada umumnya; pada khususnya keinginan perlu terhala menuturi panduan agama Mutlak Sempurna. Kadangkala keinginan yang besar, tiada pula seiring dengan qudrah atas kelemahan insan jua. Berbeza ia dengan Tuhan Alam Sarwajagat, Yang Maha Kuasa, yang iradah dan qudrah yang seiring, sehala, mutlak; sebagaimana termaklum benar akan faham Kebesaran Allah Azzawajalla; pabila Dia berkehendak atas sesuatu maka terjadi akan suatu itu; seperti mana akan faham yakin istilah Qun Fayaqun.
Seraya difahami akan istilah murid itu membawa maksud diri perseorangan yang berkehendak atau berkeinginan dipenuhi keazaman dalam mendapatkan sesuatu perkara dari seorang Guru atau Mursyid; yakni ilmu. Begitulah demikian daya didukung seorang murid yang datang menuntut ilmu yang akhirnya memberi insaf dan sedar yang berpanjangan akan dirinya sebagai abd (hamba) Allah dan dengan ilmu yang benarlah memulangkan semula segala kefahaman murid itu kepada segala sumber ilmu yang Mutlak yakni Tuhan Sekalian Alam Raya.
Tiadalah muncul akan musykil mengapa tradisi memberitahu betapa perih keadaan diri perseorangan murid itu pergi berkelana menempuh duga, berdepan nestapa semata menghadap tunduk pada yang ahli, yakni Guru yang berwibawa semata-mata kehendaknya yang tinggi dalam mencari sebutir ilmu. Betapa pula sampai akan khabar perihal adab murid berhadapan sang Guru; ikhlasnya tiada terperi; terkawal akan budi pekerti; daya tekun tinggi; dijauh pula akan cemar bagi syarat menjadi murid yang benar-benar sejati. Demikianlah singkat rupa peribadi murid dalam contoh tradisi yang benar-benar berkehendak akan ilmu dari sang Guru; yang ilmunya bermata rantai membibit kena pada Guru Agung Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam!
Maka jika seorang Guru melihat diri perseorangan murid sebagai seorang yang benar-benar berkehendak akan ilmu; ajarilah akan suatu yang bermanfaat -bukan manfaatnya ditafsir pada duniawi belaka - pada alam duniawi sewajarnya dan kelebihan diletak kena pada alam yang Mutlak sebagai tujuan ilmu itu tercipta. Janganlah dimatikan segera akan kehendak dan keazaman murid dengan kejahilan diri; janganlah dipasang jerat kekeliruan bagi yang berkehendak, nescaya terpadamlah segera daya kehendaknya kerana letih putus asa mencari yang pasti dan teguh yang sebenarnya ia sudah ada dihadapan mata; bawalah murid bersama ke puncak tertinggi sehingga tertangkaplah akan murid segala yang peri masalah dari pangkal hingga ke hujungnya. Maka terbayanglah akan faham Guru tiada dapat menyua sia-sia pada diri perseorangan murid yang mahu menuntut ilmu lalu ladeni murid sewajarnya mengikut adab seorang Guru.
Begitu hendaknya bicara singkat pada faham diri kerdil, supaya dapat memberi sedikit jelas akan pertelingkahan yang diamati, pada perkara yang dipisah-pisah, rupanya tiada membuah faham yang betul. Penyimpangan istilah ini kiranya menjebak akan faham pada pemisahan ketat yang tiada berkesudahan. Kiranya bicara penyimpangan istilah ini sudah tersedia maklum dalam salah satu hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam; dan pelbagai perbahasan ulama silam yang sering memberi ingat tentang penyimpangan istilah dari istilah yang tepat; supaya waspada akan kelompok tahrif al-ghaaliin yang merupakan antara perosak ilmu yang benar. Jikalau tiada tepat faham ini, sudilah ditegur akan diri dengan selayaknya sebagai seorang yang penuh daya ingin belajar dari kesalahan diri yang kerdil ini.Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-88678823288155394162011-12-27T10:03:00.008+08:002014-03-28T03:19:45.268+08:00AHLI NUJUM - KHABAR SUFI
Telah sampai akan daku suatu perkhabaran akan kisah kelompok sufi yang memberi manfaat buat diriku, yakni perihal ahli nujum. Ku khabarkan semula kisahnya supaya menjadi teladan buat mereka yang mahu merenungfikir akan dirinya dan buat sekalian insan yang sering menggantung ketentuan nasib dirinya pada jangkaan orang yang bergelar hamba (ahli nujum), yakni gelaran yang terpakai buat dirinya jua. Beginilah kisahnya :
Dikhabarkan terdapat seorang ahli nujum yang handal menilik akan suatu perkara yang sering melibat nasib pada sekalian orang yang datang menemuinya. Suatu hari, masuk akan ahli nujum itu ke rumahnya dan terlihat akan dia seorang yang asing didalam rumahnya, seraya dia memarahi dan mencerca akan orang asing itu. Sementelah itu, timbullah persengketaan dan perkelahian yang besar diantara mereka yang tiada titiknya. Dengan tidak semena-mena, muncul seorang alim yang soleh yang melewati perkarangan rumah dan menyaksikan perkelahian yang besar itu. Lantas si alim berbicara : Bagaimana kau tahu akan apa yang terjadi pada ketentuan dan apa yang terencana di langit, sedang kau langsung tiada tahu akan siapa pun yang masuk hinggap ke dalam rumahmu!
Sekianlah kisah yang wajar diberi renungan, apakah bisa ahli nujum yang sering diletakkan percaya pada suatu perkara, yang mahu diyakini keputusannya, meletakkan soal yakin sebagai permulaan langkahnya dalam memberi kata jawab kepada si penanya? Berapakah pula daya sifat ahli nujum bersemayam dibalik jubah orang berpengetahuan, yang akhirnya memberi jawab pada sangka dan andai semata-mata zaman ini? Jawablah dengan manfaat ehsan Tuhan yang mengurniakan Kitab suci sebagai panduan dan ditimbang kena pada akal dan ikhtiyar; lanjutnya melayakkan doa sebagai senjata. Selebihnya kau pulangkanlah pergantungan kepada si Perencana Alam Agung yang tersembunyi sekalian rahsia yang tiada temui jawabnya biarpun dalam renungfikirmu berkali-kali.
Rencana ini dipetik daripada sumber ini.
Tertarik
dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut
menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku
bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di
sebuah pesantren di Indonesia.<o:p></o:p>
Apa yang menarik tentang
kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada
seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap
yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para
pendakwah sekarang daripada Kiyai tersebut. Inilah manhaj sebenar Ahlussunnah
Wal Jamaah . Tidak melenting malah memberikan peluang kepada mereka untuk
berbicara.<o:p></o:p>
Sikap pemuda yang mengaku
mengikut ajaran Salaf ini juga patut diteladani dalam satu aspek iaitu
mendengar kembali apa yang diterangkan oleh Kiyai tersebut dan mengakui bahawa
dirinya ada melakukan kesalahan. Berbeza dengan sikap pemuda-pemuda sekarang
yang mengaku bahawa mereka adalah pengikut ajaran Salaf , yang langsung tidak
mahu menerima pandangan orang lain malah menuduh
bahawa para ulama sekarang banyak membawa Bid’ah dan sebagainya.<o:p></o:p>
Benarlah kata para
ulama :<o:p></o:p>
<o:p></o:p>
Di sini saya akan mengolah
semula cerita tersebut sebagai panduan kepada kita semua. Kisahnya begini :
Suatu hari, datang seorang
pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di
Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang
tamu rumah Kiyai itu.<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Silalah duduk
anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?<o:p></o:p>
Pemuda : Terima kasih Pak
Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Jauh kamu
bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa
hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?<o:p></o:p>
Pemuda tersebut diam
sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.<o:p></o:p>
Pemuda : Begini Pak Kiyai,
saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan
Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya,
mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di
Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka
dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali
saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam
Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan
lain-lain”<o:p></o:p>
Mengapa tidak terus
mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita
mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam
al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan
ini?”<o:p></o:p>
Ulama-ulama itu juga punya
kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan
kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu
al-Quran dan al-Sunnah.<o:p></o:p>
Pak Kiyai mendengar segala
hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun
beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara
sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya
kepada pemuda tersebut,<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Masih ada lagi
apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?<o:p></o:p>
Pemuda : Setakat ini, itu
sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Sebelum
berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang
sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh
orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati
maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?<o:p></o:p>
Pemuda : Benar sekali Pak
Kiyai .<o:p></o:p>
Pak Kiyai lalu memanggil
isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik
selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Silakan minum
Abdullah.<o:p></o:p>
Sebaik dipelawa oleh Pak
Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan
ke dalam cawan yang tersedia.<o:p></o:p>
Pak Kiyai terus bertanya :
Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu
dituang di dalam cawan?<o:p></o:p>
Pemuda : Pak Kiyai, mana
bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang
ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Abdullah,
itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami
tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar
untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah
dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk
mengambil dan memanfaatkannya.<o:p></o:p>
Benar kamu katakan bahawa
mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan
kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa
al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain
daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud
atau Bible?<o:p></o:p>
Pemuda : Sudah tentu mereka
juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Kalau begitu,
maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma
dengan kefahaman daripada para ulama.<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Satu lagi
gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran,
al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?<o:p></o:p>
Pemuda : Sudah tentu Pak
Kiyai.<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Baik, Kalau
kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut
bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka
persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu
atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?<o:p></o:p>
Pemuda : Sudah tentu
pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding
orang zaman sekarang.<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Nah, sekarang
saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada
sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil
selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman
terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan
mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana
mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.<o:p></o:p>
Kamu tahu Abdullah, al-Imam
al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau
sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?<o:p></o:p>
Maka al-Imam al-Syafie
turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai
mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang
aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu
berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa
engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang,
jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala
hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di
dalam memberikan jawapan”<o:p></o:p>
Cuba kamu perhatikan
Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan
dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?<o:p></o:p>
Al-Imam Malik radhiyallahu
anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah
al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri
yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk
bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.<o:p></o:p>
Al-Imam Malik radhiyallahu
anhu, mengatakan bahawa “Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”<o:p></o:p>
Pemuda tersebut hairan
dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “Bagaimana aku akan menjawab
nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”<o:p></o:p>
Maka kata al-Imam Malik : “Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk
menyelesaikannya”<o:p></o:p>
Allah... Cuba kamu lihat
Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman
sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku
bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.<o:p></o:p>
Pemuda : MasyaAllah, terima
kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas
kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .<o:p></o:p>
Pak Kiyai : Sama-sama
Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak
dengan ajaran yang benar InsyaAllah.
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-83760793886849338662011-12-22T19:57:00.011+08:002017-03-10T09:33:32.296+08:00MADAH DAN NASIHAT ZA'BA
Maka berbicaralah akan Za'ba :
"Isi dan gaya bahasa yang didapati pada karangan-karangan ini saya sedari ialah isi dan gaya bahasa yang sudah lapuk dan basi pada ukuran "Pujangga-pujangga" Muda kita daripada angkatan baharu sekarang. Tetapi itu tidaklah menjadi hal kepada saya : kerana tiap-tiap sudah tua pengot tentulah tidak laku lagi kepada "Orang Muda" yang memang tabiatnya lekas terpesona oleh benda-benda yang baharu dan muda belia seperti dirinya pula. Walaupun begitu, ini ialah isi dan gaya kepunyaan saya, bukan meniru orang. Diharap mereka yang muda-muda ini akan bergiat mengadakan yang lebih baik lagi - yang tidak akan lapuk dan basi selama-lamanya walaupun apabila mereka sendiri telah tua dan sampai gilirannya mencapai taraf lapuk dan basi pula!
Bagaimanapun maka dengan segala sifat kekurangan dan kecacatan tulisan-tulisan ini mudah-mudahan akan ada juga guna dan faedahnya sebanyak sedikit didapati dari celah-celah lapuknya dan basinya itu, sekurang-kurangnya kepada mereka yang masih percaya akan pengajaran pantun :
Tikar pucuk tikar mengkuang
tempat menyembah Raja Melayu
ikan busuk jangan dibuang
buat perencah si daun kayu"
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-78575402905596809282011-12-21T22:55:00.008+08:002014-03-28T03:53:07.477+08:00NASIHATMembaca Ayyuhal Walad karangan Imam Al-Ghazali sangat mendamaikan hati. Banyak mutiara nasihat yang boleh perolehi jika ditekuni dengan cermat. Betapa tulisannya ringkas, tetapi padat dengan kata-kata yang mampu menyegarkan semula rohani peribadi pembacanya.
Buku tersebut merupakan himpunan jawapan balas Imam Al-Ghazali terhadap soalan-soalan yang diajukan oleh seorang muridnya - yang sangat mencintainya - melalui sepucuk surat. Melalui jawapan Imam Al-Ghazali, kita mengerti ia bukan sekadar nasihat yang peribadi sifatnya yakni tertakluk kepada anak muridnya sahaja, malah ia menyeluruh dan katanya itu berdaya membekas di seluruh hati sesiapa sahaja yang menekuninya.
Salah satu nasihat yang benar-benar memukul saya saat Imam Al-Ghazali mengisahkan tentang sebuah hadith yang telah disaring oleh Imam As Syabili r.a. yang diujarnya terkandung segala ilmul awwalin (ilmu orang yang terdahulu) dan ilmul akhirin (ilmu segala orang yang kemudian). Imam As Syabili r.a. dikhabarkan telah berkhidmat kepada empat ratus orang guru dan membaca empat ribu buah hadith sebelum beliau memilih sebuah hadith daripada bilangan tersebut, dan benar-benar mengamalkannya. Diwasiatkan hadith tersebut oleh Rasulullah SAW kepada salah seorang sahabatnya; bermakna demikian :
Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kepada Allah sekadar mana engkau berhajat kepada-Nya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya.
Bagi diri yang kerdil ini, sesungguhnya hadith ini begitu membawa erti yang besar. Terencana keterangkuman menyeluruh dari perihal alam dunia membibit ke alam yang Akhir. Hati yang besar akan sedar kemampuannya, dan begitulah sebaliknya. Pilihan itu bergantung juga kepada ehsan dan rahmat Allah SWT. Pilihlah ikut keberdayaan peribadi, selayaknya dimana kita mahu usahakan dan ikhtiyarkan sebagai bekalan saat terbangkit dari mimpi, yang selepas itu barulah kita menemui realiti haqiqi.Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-68844335271025810782010-10-04T14:52:00.001+08:002014-03-28T04:12:52.703+08:00UNIVERSITI KITA KETANDUSAN IDEARencana ini merupakan hasil nukilan Prof. Dr. A. Murad Merican, Profesor Ilmu Kemanusiaan, UTP. Sumber diambil dari sini.
PENGUMUMAN THE World University Ranking 2010-2011 dengan data yang dibekalkan oleh Thomson Reuters baru-baru menunjukkan kedudukan universiti-universiti tempatan tidak memberangsangkan. Sepuluh universiti terbaik di dunia sekali lagi didominasi oleh Amerika Syarikat dan Britain.
Tamadun Eropah, khususnya suku Anglo-Saxon mendahului kecemerlangan universiti dengan Harvard University di tempat yang teratas, diikuti California Institute of Technology di tempat kedua, Massachussetts Institute of Technology (3), Stanford University (4), Princeton University (5), University of Cambridge dan University of Oxford (masing-masing 6) University of California, Berkeley (8), Imperial College, London (9) dan Yale University (10). Tidak ada universiti Malaysia berjaya menduduki tempat 200 pertama.
Korpus ilmu yang yang tersimpan dan dijana oleh pusat metropolitan Barat tiada tandingannya. Apakah kita masih berhasrat bersaing dalam penarafan Universiti Times Higher Education (THE) ini? Ada kalangan mengatakan bahawa kaedah yang digunakan itu tidak mengambil kira keadaan negara dan misi universiti di dunia bukan Barat.
Ada juga pemimpin universiti tempatan menyatakan mereka akan memperbaiki proses dan perjalanan universiti. Siapa tidak bangga melihat universitinya menduduki tempat teratas? Dan kenapa sedih jika itu tidak berlaku?
Di sini, saya ingin menimbulkan sebahagian yang wujud di kalangan universiti-universiti global tersebut, dan apa yang menjadikan mereka 'global.' Salah satunya ialah institusi-institusi pengajian tinggi seperti Harvard University, Yale University, University of Oxford, University of Cambridge dan Massachussetts Institute of Technology telah mengekalkan dan memperkasakan kecemerlangan bidang-bidang sains sosial, dan ilmu kemanusiaan, termasuk falsafah.
Sedangkan universiti-universiti di Malaysia mengenepikan dan mengabaikan pengajian tersebut. Malah di antara kira-kira 60 buah universiti di Malaysia, kurang dari lima mempunyai Jabatan/Bahagian Sejarah; dan tiada ada Jabatan Falsafah. Jika begitu keadaannya, bagaimana dapat kita mengajar pelajar kita berfikir dan bersoal; bagaimana dapat ahli akademik kita melahirkan keaslian pemikiran dan idea?
Universiti-universiti di Malaysia ketandusan idea dan saluran penebaran idea tersebut, walaupun ada yang mempunyai penerbitan universiti masing-masing.
Kita ambil satu contoh iaitu penerbitan ilmu oleh Massachusettes Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat. MIT mempunyai School of Humanities, Arts and Social Sciences dengan mengendalikan 22 disiplin, projek, dan bidang pengajian penyelidikan. Antara bidang-bidang yang ditawarkan ialah Sejarah, Falsafah, Ekonomi, Penulisan dan Kajian Humanistik, Media Perbandingan dan Pengajian Antarabangsa.
MIT mempunyai penerbitannya sendiri yang diasaskan pada 1926 apabila ia memulakan penerbitan siri syarahan dari seorang pemenang Hadiah Nobel. Bahagian penerbitan jurnal akademik ditambah pada 1968. Setakat ini, ia telah menerbitkan lebih 10,000 tajuk buku, dengan lebih 200 tajuk buku dan 40 tajuk jurnal setiap tahun.
Walaupun jumlah tersebut nampaknya tidak menakjubkan, nilai korpus ilmu yang diterbitkan itu telah mempengaruhi pemikiran tamadun moden. Lihat saja katalog MIT Press serta kritikan dan ulasan buku-buku tersebut di seluruh dunia.
MIT Press khususnya menerbitkan buku dalam bidang-bidang Seni dan Senibina, Sains Kognitif, Ekonomi, Media Baru dan Sains, Teknologi dan Masyarakat. Tajuk-tajuk jurnal yang diterbitkannya berbunyi seperti Asian Economic Papers, Daedalus, Innovations, Journal of Cold War Studies, Journal of Interdisciplinary History, Leonardo, Leonardo Music Journal, Linguistic Inquiry, dan Perspectives on Science.
Walaupun 10 universiti terunggul itu mempunyai sejarah dan asal-usul yang berbeza, namun tunjang mereka ialah penerbitan dan kegunaan ilmu, pemikiran dan kemahiran bagi penerokaan alam-alam yang wujud, menangani dan menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan dan peningkatan taraf hidup.
Saya bukan mengandaikan bahawa kita tidak mempunyai falsafah sedemikian, tetapi kesedaran, iltizam dan keupayaan kita menyedari falsafah sedemikian tidak terlihat dalam wacana-wacana yang sepatutnya terbit dari universiti-universiti tempatan.
Saya khuatir, sindrom pemikiran tertawan telah menguasai masyarakat universiti kita. Pemikiran tertawan berlawanan dengan kreativiti, inovasi dan menungan. Ia disifatkan sebagai satu cara berfikir yang imitatif dan tidak kritikal.
Sebenarnya, pemikiran tertawan mengandaikan bahawa senarai universiti yang terbaik di dunia mencerminkan pengukuran dan kebenaran apa yang dilakukan oleh institusi pengajian tinggi. Jawapannya sekali gus 'ya' dan 'tidak.'
Bukan mudah mendapat akses kepada pengendalian sesebuah universiti itu. Sudah tentu kita telah mencerap seni bina dan persekitaran fizikal institusi pengajian tinggi di Barat. Mereka dari kalangan pemimpin universiti, profesor dan pembuat dasar juga telah melawat lalu berinteraksi dengan pemimpin 10 universiti terunggul itu. Ramai juga yang belajar di sana. Apa yang kita telah ketahui dan apa yang tidak kita ketahui?
Mungkin kita hanya mengukur kualiti seseorang ahli akademik itu berdasarkan kuantiti penyelidikan dan penerbitan, serta jumlah paten. Universiti kini menggunakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dalam mengukur kemajuannya menjurus kepada hasrat disenaraikan pada kedudukan yang paling tinggi, 10 atau 100 pertama.
KPI adalah satu pendekatan pengukuran penerbitan intelektual yang mengekang dan membantutkan perkembangan bidang-bidang Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan itu sendiri. Ia membunuh pemikiran dan kreativiti.
Sarjana dan budiman di universiti dihimpit oleh universiti yang berfungsi sebagai kilang, dengan persekitaran dan iklim di kampus tidak ubah seperti persekitaran di kilang. Universiti bukan kilang dan ahli akademik bukan operator kilang yang terpaksa memenuhi sasaran setiap hari.
Ahli akademik tidak bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Ahli akademik bekerja 24 jam sehari. Penyelidikan dan penulisan tidak bermula atau berakhir pada sesuatu waktu yang ditetapkan. Imajinasi sosiologis dan kreativiti merentasi jam waktu.
Nilai-nilai dan amalan kini tidak memupuk hasrat menjadikan universiti-universiti kita terunggul di dunia. Istilah 'prestasi' tidak wujud dalam persekitaran universiti. Profesion akademik tidak memerlukan konsep 'prestasi.' Nilai kesarjanaan diukur dengan nombor dan kuantiti. Apakah keupayaan dan hikmah dalam menilai kesarjanaan itu telah luntur di kalangan profesor dan ahli akademik universiti tempatan sehinggakan boleh diibaratkan bahawa telah tidak ada lagi jauhari yang mengenal manikam? Apakah kesarjanaan telah terhakis dari sistem universiti kita?
Saya perhatikan dalam keghairahan kita menerbit jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data Thomson Reuters (dulunya ISI) dan Scopus, kita mengabaikan keaslian ilmu itu sendiri dan media penerbitan ilmu. Jika seseorang pensyarah atau sekumpulan akademik ingin memulakan sebuah jurnal dan mengharapkan artikel yang misalnya mencetus idea-idea dan wacana alternatif, hasrat itu tidak mungkin kesampaian.
Persoalan yang akan ditimbulkan ialah apakah guna menyokong dan menerbit artikel ke jurnal tersebut kerana ia tidak disenaraikan dalam pangkalan-pangkalan data yang diterima. Sikap para pensyarah kini ialah menerbitkan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data bagi memenuhi KPI bertujuan kenaikan gaji dan pangkat. Keikhlasan dicemari oleh sasaran yang ditetapkan.
Apakah akan terjadi kepada pertumbuhan kesarjanaan di Malaysia jika iltizam dan keikhlasan menerbitkan ilmu itu tidak diiktiraf? Dan tumpuan kepada jurnal-jurnal tersebut telah membentuk para pensyarah sebagai pekerja yang tidak berfikir dan tidak berupaya berfikir merentasi wacana.
Tidak ada istilah mengasaskan idea besar dan pemikiran agung. Keaslian ilmu dibantut. Tanpa berfikiran kritis, kita tidak dapat mencetuskan pemikiran dan idea asli. Ramai di antara pensyarah universiti hanya menggunakan teori, konsep dan andaian yang ada seolah-olah ia seperti dogma seolah ia bebas dari konteks sejarah, tamadun, budaya dan politik. Keadaan ini merentasi semua bidang pengajian daripada Sains, Teknologi dan Kejuruteraan sehinggalah kepada Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan.
Apakah ini boleh disebut sebagai kelompongan pemikiran? Kita tidak juga berusaha membincang dan mengkritik idea-idea asal dan gagasan-gagasan besar. Jika kita masih berhasrat menjadi universiti global, kita perlu belajar satu lagi dari 10 universiti yang tersenarai itu. Semua universiti tersebut mempunyai Jabatan Falsafah yang mantap. Itulah pemikiran yang melonjak tamadun Barat ke tahap yang ada sekarang ini.Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-84375106037628854942010-07-19T22:29:00.004+08:002014-03-28T04:30:20.598+08:00BUKU
Kedudukan Ilmu dalam Kesusasteraan
Teori dan Praktis
Penyunting : Prof. Dr. Ungku Maimunah Mohd. Tahir
Harga
Rm 60.00 - Kulit Keras
Rm 40.00 - Kulit Lembut
Boleh di dapati di ATMA, UKM.
Rangsangsari buku Kedudukan Ilmu dalam Kesusasteraan: Teori dan Praktis :
"Islam dan Barat - dua tradisi penulisan dengan konsep ilmu masing-masing - jelas memainkan peranan penting dalam kegiatan sastera di Malaysia. Kehadiran dua tradisi besar ini mengundang beberapa persoalan pokok yang memerlukan penjelasan. Antara yang terpenting : bagaimanakah didamaikan keyakinan Islam yang mentauhidkan Allah SWT itu dengan teori-teori Barat, khususnya yang terkini, yang menolak aspek kerohanian dan kewujudan Ilahi? Adaka tulisan kreatif dan kritikan kita memperlihatkan kepekaan terhadap perkara-perkara penting ini: dan jika ya, bagaimanakah kepekaan tersebut diperlihatkan dalam tulisan yang dihasilkan? Atau, adakah perkara ini dianggap tidak relevan dan oleh itu tidak perlu dipertimbangkan dalam penghasilan tulisan? Atau mungkinkah fahaman dan teori Barat ini dimanfaatkan dengan menjadikan Islam sebagai rujukan asas dalam menentukan kesesuaiannya? Bagaimana ini dapat dilaksanakan cuba ditangani dalam buku ini, degan menjelaskan seberapa terang yang mungkin kedudukan kedua-dua tradisi itu dan sejauh mana kedua-duanya boleh bertemu dalam kedua-dua tradisi itu dan aspek-aspek tertentu. Buku ini mengajak pembaca memikirkan dengan mendalam persoalan ini, terutama sekali dalam kalangan ahli akademik pengkritik sastera dan para sasterawan."
Lelaki Tua I : Waduhh, banyak betul makanan ni. Lembu ada, kambing ada, ayam pun ada juga.
Lelaki Tua II : Alhamdulillah, rezeki kita. Belasah, jangan tak belasah.
Lelaki Tua I : Uisshh, kena tengok juga. Aku tak boleh makan kambing. Pengsan aku nanti..
Lelaki Tua II : Apalah kau ni.. Rugi, rugi
Lelaki Tua I : Eh, ni kambing ke lembu? Tak berapa nak nampak la.. (sambil mengacau lauk)
Tiba-tiba seorang budak kecil yang sedang mengambil air bersebelahan Lelaki Tua I itu bersuara.
Budak Kecil : Pakcik, tu DAGING kambing la. Lembu dan kambing tu duduk dalam kandang, yang berjalan-jalan tu. Tu lembu dengan kambing. Ini dagingnya!
Kemudian, budak itu menjelir lidahnya dan terus pergi ke meja makan.
Saya mahu tergelak besar melihat lelaki tua itu ditegur oleh budak kecil yang lebih mengerti akan kambing, lembu dan daging!Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-49749442175908560892010-07-10T04:22:00.005+08:002014-03-28T04:39:13.086+08:00LETAKAN MASING-MASING PADA TEMPATNYA (BAHAGIAN AKHIR)Bahagian ini merupakan bahagian sambungan sekaligus penutup terhadap wawancara terhadap Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Bahagian pertama wawancara boleh dilihat disini : http://rausyanfikir.com/2010/05/letakkan-masing-masing-pada-tempatnya.html
Sebelum itu, tentang development tadi, apakah Prof setuju yang dari segi teknologi misalnya, kita terus maju dan maju, tidak ada batasnya?
Sains dan teknologi ini kita mesti buat seimbang. Tidak boleh dia jalan sendiri sahaja, kerana semuanya satu. Macam kita katakan tadi hakikatnya kedua-duanya satu. Bukan ada dua hakikat. Falsafah dualisme Barat memang selalu melihat sesuatu itu bermakna dua. Satu yang zahir satu yang batin. Padahal zahir dan batin itu satu, hanya ada dua aspek. Bukan dualisme. Itu satu hakikat, dua aspek. Kita pun satu hakikat dua aspek, satu rohaniah dan satu lagi jasmaniah. Jadi, takkanlah hendak kita lupakan yang satu lagi. Semuanya satu realiti. Kita tidak mengutuk yang jasmaniah, kita tidak mengatakan yang jasmaniah ini bohong dan tidak berguna. Tidak. Yang jasmaniah ini pun hakikat juga. Hanya kita lihat ini satu aspek daripada hakikat, dan ada aspek lain lagi. Kedua-duanya mesti seimbang. Dan kita mesti letakkan masing-masing pada tempatnya, supaya jangan kita jadi keliru, dan akhirnya menempuh kerugian yang amat besar pada diri kita. Mahu tidak mahu pada akhirnya insan akan berfikir tentang dirinya, sebab akhirnya masyarakat dan sebagainya tidak akan dapat juga menempuh semua itu. Tidak ada orang boleh menyelamatkan dia.
Di barat, oleh kerana fahaman tragedi tadi, mereka sudah suntuk jalan. Ke mana sahaja mereka pergi tak mahu berhenti, tak mahu tenteram, kerana ketenteraman sudah dinafikan, dan dia takut akan ketenteraman. Dengan cara itu dia terfikir-fikir soal nasib diri sendiri. Jadi supaya fikiran itu dihilangkan, fikirnya, lebih baik kita sibuk dalam hal-hal dunia, dan kita anjurkan semua manusia dalam dunia supaya ikut cara kita. Jadi, kita boleh rasa lebih selesa sedikit. Dan apabila semua mengikut, kita katakan bahawa itu universal. Padahal itu bukan universal, itu cuma dibuat-buat. Nilai-nilai yang disebut universal sekarang bermaksud nilai sekular ini, banyak yang tidak universal. Orang Barat yang mendakyahkan begitu. Jadi, harus kita nafikan. Universal bukan begitu maknanya. Universal ertinya sama dianuti oleh semua, dan juga yang absolute; maksudnya yang tidak menempuh perubahan. Tetapi sekular berkata tidak begitu. Dia mengatakan bahawa nilai universal itu ialah yang sama semua, dan yang sama semua ini pun akan berubah di masa depan. Dan perubahan sahaja yang dikatakan sama berlaku di mana-mana, sebab itu dikatakannya universal. Jadi, banyak masalah yang kita hadapi. Sebab itulah apabila kita hendak menubuhkan institut, saya katakan objektif yang pertamanya ialah hendak memberikan takrif-takrif yang betul tentang hal-hal ini, berdasarkan agama kita.
Jadi, kita kembali kepada persoalan freedom. Freedom itu maksudnya kebebasan. Apabila dianalisis perkataan itu, apa makna freedom dalam bahasa Inggeris? Freedom maksudnya keadaan bebas. Bebas daripada apa? Mereka tidak jelas bebas daripada apa. Ertinya, bebas daripada undang-undang yang menyekat kehendak yang natural, misalnya. Maknanya, agama ini semuanya menyekat. Banyak ahli falsafah Barat mengatakan, kerana God maka kita jadi tidak bebas – ini tak boleh, itu tak boleh, ini kena buat, itu kena buat. Jelaslah yang dimaksudkan dengan freedom itu ialah bebas daripada hal dan nilai yang absolute dan final. Mahu ikut cara yang dikatakan natural. Going back to nature itu jadi seperti binatang. Itu yang saya katakan, manusia sudah dijadikan seperti binatang. Sebaliknya, kebebasan itu pada kita bermaksud kebebasan diri yang rohaniah daripada ugutan diri yang jasmaniah. Kita akan mengatakan kita bebas apabila kita dapat mengawal hawa nafsu jasmaniah kita. Tetapi dia berkata tidak. Dia berkata free itu maknanya free mengikut hawa nafsu jasmaniah. Sebab itu dia mengatakan negara kita ini low level freedom.
Apa yang patut kita jawab ialah “ya”. Dalam konteks kamu tentulah kamu lihat kami ini low level of freedom, tetapi dalam konteks kami, kami melihat kamu sebenarnya tidak mengamalkan kebebasan, tetapi apa yang kamu buat ialah kezaliman terhadap diri sendiri. ini bukan freedom, sebab itu mereka akan menerima padah dan akibatnya nanti. Mereka bukan tidak sedar ini. Mereka tahu, sebab itu mereka kata oh ini memang nasib manusia begini. Tragedi. Dalam sastera pun mereka sengaja mendakyahkan bahawa memang nasib manusia tidak akan mencapai kesenangan, kesejahteraan, kebahagiaan. Dia hanya menghadapi ranjau sepanjang jalan (nanti Shahnon marah pula). Memang betul nasib manusia begitu, dalam al-Quran juga disebut demikian, tetapi ada jalan keluar. “Innal insaana lafi khus-rin” – sesungguhnya insan ini dalam keadaan rugi habis-habisan. Itulah tragedi. “Illallaziina aamanu wa a’minus saalihaat” – melainkan orang yang beriman dan beramal salih. Maknanya, iman itulah jalan keluar daripada kerugian tersebut. Tetapi mereka menafikan itu, dan mereka memilih jalan tragedi.
Jadi, kalau saya bercakap fasal rohaniah, tidak bermakna saya duduk diam sahaja, dan tidak develop. Kita mesti ada keseimbangan dan cara-cara yang betul berasaskan agama. Freedom mereka itu tidak boleh kita terima. Kita harus menganalisis semua perkara ini. Kalau tidak nanti kita ikut sahaja semuanya – free, free, free. Dan penulis kita pun menulis tentang freedom. Betul tak? Jadi, ini semua karut. Kita tidak boleh ikut orang-orang itu. Mereka sendiri tahu bahawa mereka tidak ada kesejahteraan dalam hidup. Saudara kalau lama tinggal di Barat, saudara akan tahu – kosong, betul-betul macam tragedi. Sedangkan kita menganggap itu semua natural, bukan problem. Kita faham yang ini hanya sementara. Kita faham ada hakikat kita yang tidak akan mati, dan akan terus menempuh development ataupun evolusi kita di alam rohaniah, bukan di sini. Mereka tukarkan evolusi rohaniah itu ke sini, jadikan sekular. Kerana itulah dia tolak. Dan kerana itu dikatakan kita mesti change, change. Karl Marx yang mengatakan itu, dia berkata, “If you want to make people change, change the environment.” Ini yang mereka buat. Mereka nak paksa orang supaya berubah, mereka ubah keadaan sekelilingnya. Dia buat itu, dia buat ini sehinggakan sekarang, terutama di Amerika, banyak keluarga sudah rosak, sudah hancur. Tidak ada keluarga lagi. Semua orang jadi individu. Masing-masing. Macam binatang. Untuk sementara, beranak begitu begini, apabila sudah besar masing-masing terbang. Masing-masing jadi orang asing. Dan kita pun sekarang sudah mula mengikut cara itu, cara hidup kondominium dan sebagainya.
Dalam Islam soal keluarga ini tidak boleh hilang, kerana keluarga adalah satu soal yang suci, sacred. Keluarga adalah sebahagian daripada dasar agama, tidak boleh dipecah-pecahkan. Walaupun kita terpaksa hidup di sana sini, tetapi itu jangan rosak. Oleh sebab itu, kita tidak boleh membiarkan orang berbuat sesuka hati, dengan alasan kebebasan. Bebas tidak bermakna you have free sex, free this, free that, everything free, everything equal. No! itu bukan kebebasan. Itu kezaliman. Itu bukan freedom of choice. Dalam Islam istilah yang biasa digunakan sebagai padanan bagi freedom of choice itu ialah “ikhtiar”. Perkataan ikhtiar dalam bahasa Arab berasaskan huruf kha-ya-ra, khair, yang bermakna “baik”. Jadi, ikhtiar tidak bererti freedom of choice. Ertinya yang sebenar ialah freedom of choice for the better – kebebasan memilih yang lebih baik. Kalau kita memilih yang buruk, itu maknanya kita tidak mengamalkan kebebasan memilih. Dan untuk mengamalkan kebebasan memilih kita mesti ada pengetahuan tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Kalau tidak bagaimana kita memilih yang baik? Jadi, apabila kita memilih yang baik, itu dikatakan kebebasan. Tetapi kalau kita memilih yang buruk, itu bukanlah kebebasan. Itu zalim. Sebab itu Nabi Adam a.s mengaku, “Innadzalamna anfusana”, kerana dia tidak mengamalkan kebebasan memilih apabila mendengar hasutan iblis, sama ada memilih yang ini atau yang itu. Kerana mendengar hasutan iblis dia telah melanggar perintah Tuhan. Selepas itu dia sedar, dan dia berkata “Innadzalamna anfusana” – sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. itu bukan freedom of choice, itu kezaliman. Tetapi banyak orang berfikir kebebasan itu maknanya memilih satu antara dua, dengan tidak memikirkan yang mana betul dan yang mana salah. Mengamalkan kebebasan ialah memilih jalan yang benar. Memilih jalan yang tidak benar itu sebenarnya kezaliman. Ini mesti dijelaskan.
Kalau saya bertanya kepada saudara sekarang, adakah yang kita bincangkan ini semua sekali bukan perkara yang penting, yang patut kita semua tahu, apalagi sekarang dalam keadaan pesat membuat banyak perubahan dan hendak menuju ke arah memperbaiki keadaan itu. Bukankah ini penting? Bukankah saudara tidak dengar di mana-mana walaupun ada banyak pusat ilmu, pusat agama, dan lainnya? Mereka tidak menyebut perkara ini. Mereka tidak berbincang tentang perkara ini. Mereka tidak sedar bahawa ini perkara asas yang orang patut tahu, dan jangan berkhayal-khayal tulis drama, tulis novel, dan sebagainya tetapi mesej ini semua tidak ada langsung. Sebaliknya mesej dan nilai-nilai kebebasan fahaman Barat itu yang banyak diterapkan.
Sekarang ini, oleh sebab kesilapan golongan tertentu, misalnya mereka menafikan kebanyakan authority melainkan authority mereka sahaja; sebaliknya ada authority yang diberikan kepada rakyat. Dia tidak sedar bahawa mengikut faham Islam, rakyat tidak ada authority, kecuali authority untuk memilih pemimpin. Itu memang authority rakyat. Tetapi rakyat tidak ada authority berkenaan hal-hal ilmu. Dalam hal-hal ilmu, kita tidak kemukakan kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah. Sekarang dibuat begitu. Misalnya suratkhabar, apabila ada masalah dia tanya kepada rakyat, dan siarkan dalam surat khabar, katanya inilah yang rakyat mahu. Dia jadikan rakyat yang buat keputusan apa yang mereka mahu, sedangkan rakyat jelata biasanya tidak mempunyai banyak ilmu, sebab itu mereka buat salah, dan kadang-kadang mereka juga mahukan yang salah, jadi, orang-orang yang berilmu ini ada tugasnya, sekurang-kurangnya memberi nasihat dan bimbingan. Tetapi syaratnya mesti ada authority. Kalau authority dihapuskan dan disamaratakan semua, jadi tidak ada authority; akhirnya rakyat mengambil authority, lalu mereka timbulkan macam-macam perkara, tak mahu itu tak mahu ini, mereka mahu itu mahu ini, sehingga akhirnya semua perkara tidak terjawab dengan betul, dan akhirnya jadi masalah. Orang boleh buat apa sahaja yang mereka suka.
Sebenarnya orang banyak salah faham, mereka fikir kita maksudkan authority itu orang tidak boleh menyoal dan sebagainya. bukan itu, tetapi masyarakat harus sedar bahawa ada orang yang mempunyai kelebihan lebih banyak daripada yang lain. Dalam al-Quran pun terdapat banyak ayat yang menerangkan perkara ini. Ertinya mereka harus menghormati dan mengikuti nasihat-nasihat orang berilmu. Mereka tidak harus berkata “Oh, sekarang kita semua sama, kita ada human right, kita semua ada hak masing-masing untuk membuat keputusan”. Saudara hendak didik anak-anak begitu? Nanti dia akan berkata, “Saya ada my own individual right. Sekarang umur saya 18 (21?), saya ada hak mengundi. I don’t have to follow you anymore.” Bercakap dengan ibu bapa macam itu. Dalam kata lain, inilah yang merosakkan keluarga. Kepupusan authority berlaku dalam keluarga, kemudian di peringkat negara berlaku di kalangan rakyat.
Jadi, sebenarnya masalah kita banyak. Kita baru singkapkan sikit-sikit. Tetapi kalau saudara faham saudara akan sedar betapa perkara ini menyeluruh, dan semuanya kait-mengait. Akar umbi semuanya dalam soal itu, development, freedom, keadilan. Sebab itu saya berharap. Insya-Allah, satu hari nanti kita dapat memberikan public lecture macam ini, dengan harapan ia akan membuat orang berfikir, dan menjadi lebih bertanggungjawab. Fikir dahulu sebelum membuat sesuatu. Dan ini tentu akan menjadi lebih bertanggungjawab. Fikir dahulu sebelum membuat sesuatu. Dan ini tentu akan membawa manfaat. Institut lain tidak ada yang berbuat begini. Mereka sendiri keliru.
Saya teringat pada kira-kira tahun 1968 begitu, waktu saya menjadi Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya, ada demonstrasi yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa. Pimpinannya bukan Muslim. Demonstrasi itu telah menimbulkan masalah dan saya diminta supaya tolong menyelesaikannya. Masalah itu timbul asal usulnya daripada Fakulti Ekonomi. Suatu hari ada pelajar datang dengan motosikal. Dia meletakkan motosikalnya di tempat parking lot kereta profesor. Apabila profesor itu datang, dia lihat motosikalnya telah disingkir jauh. Dia marah. Dia ambil batu lalu dicalarkannya kereta itu. Apabila profesor keluar dan melihat keretanya begitu, dia marah, siapa yang buat ini? Jadi, akhirnya masalah itu melarat-larat sehingga ramai pelajar jadi marah, sampai mereka buat demonstrasi.
Apabila saya diminta tolong menyelesaikan masalah itu, saya panggil wakil persatuan. pelajar itu pun datang ke bilik saya. Dia datang itu pun dengan cara yang garang sedikit. Hisap rokok. Saya kata, "Jangan hisap rokok." Dia tak mahu ikut. Akhirnya saya terpaksa jadi macam sarjan mejar, dan dengan gaya perintah saya kata " Stop smoking. Put it down." Dengan cara seperti itu dia terperanjat sikit, dia berhenti merokok. "Sit down." saya perintah lagi. Dia duduk, tetapi dia angkat kaki sebelah. saya kata, "Put your foot down." Dia ikut. Lepas itu saya pun bertanya kepadanya sebab-sebabnya. Dia berkata, "Are we not equal?" Saya mengatakan, "Who told you that we are equal?" Dia berkata, "That's what we are taught."
Jadi ini, yang salah itu siapa? Profesor-profesor itu yang mengajar mereka begitu. Saya diam. Lepas itu saya berkata lagi, "No. We are not all equal. That's all wrong teaching." "Oh, no." jawabnya. "We are all equal. We are all human being ..." dan macam-macam lagi, "So why can't I put my motorcycle there?" Saya katakan, "No, we are not equal. I'll prove it now. Now you take my place, you become the Dean of Art, and let me get your book, I'll attend your lectures. You give my lectures." Dia teragak-agak. saya berkata lagi, "Do it now!" Akhirnya dia berkata, "No Sir, I can't do that." "Ha, therefore we are not equal," kata saya.
Lepas itu saya panggil profesor dan lain-lainnya, saya katakan kepada mereka, Why are you teaching nonsense? Itu semua salah kamu, bukan salah pelajar. Jadi inilah dia, dalam institusi pengajian pun mereka keliru dalam perkara ini. Mereka mengajar macam-macam perkara karut. Dan jangan fikir sekarang sudah tidak ada lagi yang macam itu. Masih, tetap. Secara ikhlas, dalam hal ini kita mempunyai banyak musuh. Kita bukan hendak hentam mereka, kita hendak betulkan. Tetapi ada yang mentafsirkan kita menyerang kedudukan dia. Itu terpulanglah. Jadi, akhirnya kita terpaksa bercakap kepada orang ramai, supaya mereka faham, dan memberi kita peluang meletakkan perkara-perkara pada tempat yang betul.
Sekarang orang selalu sebut tentang kebangkitan semula Islam. Bagaimana pandangan Prof?
Kebangkitan biasanya mengalami banyak peringkat. Yang sekarang ini saya tidak anggap sebagai kebangkitan. Ini masih dalam keadaan keliru. Macam orang bangun tidur lama. Serupa itulah. Bukan kebangkitan. Sebab kadang-kadang ada macam mengigau. Semua yang kita sebut berdasarkan ilmiah menjadi slogan. Islamization, Islamization, Islamization – slogan. Tak ada makna. Kalau kita tanyakan apa itu Islamization? … hari ini pun dalam suratkhabar saya lihat ada digunakan perkataan itu – Program Islamisasi … Apa itu Islamisasi? Mereka gunakan istilah Islamisasi dengan begitu longgar, jadi slogan. Islamisasi bukan sekadar bentuk luaran, tetapi dari dalam, dan merangkumi banyak perkara lagi. Kalau saudara baca buku Islam and Secularisme kita cuba menjelaskan dan memberikan definisi kepada semua perkaraini. Tidak mudah. Banyak orang tidak memahaminya. Kebangkitan semula … Banyak sangat slogan. Bahkan baru-baru ini mereka berbincang dengan mengenai Malek Bennabi, dengan penerbitan buku dan sebagainya. Padahal apa yang dia kata itu mungkin sudah 30 tahun ketinggalan, tetapi orang masih … Itu menunjukkan orang-orang itu pun sama macam itu fikirannya. Apa yang Malek Bennabi kata? Apanya yang begitu hebat? Jadi, banyak yang dirangkum rambang begitu sahaja. bercampur aduk. Kacau sana kacau sini, jadi tak betul.
Misalnya mereka suka berkata, “Kita mesti kembali kepada al-Quran”. Itu pun slogan juga. Kalau ditanyai mereka, “Apa yang di dalam al-Quran yang kamu hendak kembali kepadanya? Ayat mana yang kamu maksudkan?’ tidak ada gunanya mengatakan, “Oh, orang Islam akan berubah hanya apabila mereka mengubah diri mereka.” Sudah berapa tahun mereka mengulangi kata-kata itu? Mungkin sudah beratus tahun, sejak bermulanya zaman moden. Teapi mereka tidak beritahu apa yang hendak ditukarkan itu. Dia berkata “Ubah, kamu mesti ubah diri kamu.” Tetapi apabila kita tanyakan, “Apa yang nak diubah ni? “Oh, ha … begitu begini … Betul tak? Mereka tidak sedar bahawa apa yang kita buat ini sebenarnya memberi definisi kepada perkara-perkara itu – apa benda yang harus di ubah. Apa yang tak berubah dan apa yang harus diubah. Apabila kita kata balik kepada al-Quran, apakah ayat-ayat yang dimaksudkan?
Kita bercakap mengenai ilmu pengetahuan, mengenai epistemologi, psikologi, ini semua sekali banyak, tetapi mereka tak sedar. Susah. Apa yang kita cakapkan kadang-kadang tak difahami dalam zaman sekarang ini, sebab mereka sudah balik 30 tahun dulu. Kemudian ada yang bercakap tentang Muslim colonization, mereka gunakan perkataan colonisability. Orang-orang sains sosial memang biasa membuat istilah-istilah yang mengagumkan, tetapi tidak ada makna, macam Shakespeare kata. “Full of sound and fury, signifying nothing.” Inilah dia. Perkataan panjang yang mereka suka sebut berulang-ulang dalam dewan kuliah akademik. Diulang macam satu penemuan baru. Colonisability mengikut maksud dia itu, orang Islam telah meletakkan keadaan mudah dijajah. Apa itu? Slogan lagi. Itu kita sudah tahu, macam kita tahu kalau makan nasi kamu gunakan tangan. Itu tak perlu apa … itu bukan penemuan besar.
Apa yang kita mahu tahu ialah orang Islam mudah dijajah? Tentu ada kelemahannya. Dan kita beri jawapannya. Kelemahannya kerana kerosakan ilmunya. Itu bukan jawapan mereka. Tidak ada seorang pun yang berkata begitu, selama seratus tahun lebih itu. Jadi, ahli-ahli sains sosial ini buat istilah baru, colonisability, mereka fikir itu satu penemuan besar. Jadi macam dalam cerita Hans Christian Anderson. Dua orang yang menjadi tukang jahit itu, yang pergi ke satu negeri … mereka itu penipu sebetulnya. Dia sampai dalam negeri itu dia buka kedai, dia letak kaca besar dalam bilik itu, dia buat macam dia sedang menjahit satu macam pakaian indah. Orang pun lihat, tetapi tidak nampak apa-apa. Apabila orang melihat dia diam sahaja, dikatakannya benda ini halus, tidak boleh dilihat dengan mata. Dan orang yang melihat itu hendak mengatakan tidak mahu percaya pun tidak berani, takut dikatakan bodoh pula nanti. Macam orang-orang seniman sekarang ini! Dia lukis begini-begini semua orang kata itu mesti ada makna begitu-begini. Jadi terpaksa mengaku, “Yes, indeed,” sampai kepada raja. Akhirnya ada menteri kata kepada raja, “Tuanku mesti pakai pakaian ini pada hari pertabalan.” Akhirnya ada seorang budak kecil yang menjerit kerana dia melihat raja berjalan tidak pakai baju, telanjang. Barulah orang sedar. Jadi, apakah kita perlu menunggu seorang budak kecil untuk memberitahu kita apa yang hendak buat?
Dalam kebudayaan dan sastera pun kita banyak meniru orang Barat. Saya tidak mengatakan kita jangan buat cara-cara baru atau bentuk-bentuk baru dalam penulisan. Kalau hendak membuat bentuk-bentuk baru pun sekurang-kurangnya mesti berdasarkan sesuatu yang kukuh, yang ada dalam tradisi kita, agama kita, kebudayaan kita, atau dalam tamadun kita. Yang mana yang baik daripada tamadun lain kita ambil, kalau tidak ada pada kita. Yang kekeliruan janganlah kita ambil. Di Barat itu mereka menganggap kehidupan ini absurd. Apatah lagi orang-orang Existentialist. Orang-orang kita pula meniru, dengan tidak memahami. “Aku ini binatang jalang,” katanya. Wah, begitu masyhur. Kamu sudah jadi binatang begitu. Tetapi mengapa kita mesti terima itu? Yang membesar-besarkan Chairil Anwar ini sebenarnya sarjana-sarjana Belanda. Apabila Chairil berkata, “Aku ini binatang jalang.” Mereka mengatakan, “Ha, inilah orangnya yang akhir telah sampai kepada pengalaman seperti kita. Oleh itu, dialah a great man.”
Dengan berkata begitu juga sebenarnya sudah merupakan satu insult kepada Tuhan, yang telah mencipta manusia sebagai makhluk-Nya yang termulia. Kamu mengatakan kamu binatang. Itu tidak menghormati Tuhan. Mereka tidak sedar itu. Sebahagian daripada seniman kita terikut-ikut begitu, dengan tidak sedar. Mereka bukan sahaja tidak tahu tentang agama, bahkan ada yang menyerang agama sendiri. saudara fikir kita akan berdiam diri dalam perkara ini? Kita tak boleh diam.
<o:p></o:p>
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-4855927065869469122010-06-30T02:24:00.005+08:002010-06-30T03:30:52.572+08:00WACANA ILMIAH : HAKIM
KOLOKIUM SEHARI :
"ISLAM AND SECULARISME"
"This book was originally dedicated to the emergent Muslim, for whose hearing and understanding it was indeed meant, in the hope that they would intelligently prepared, when their times come, to weather with discernment the pestilential winds of secularization and with courage to create necessary changes in the realm of our thinking that is still floundering in the sea of bewilderment and self-doubt."
- Prof. Dr. Syed. Muhammad Naquib al-Attas (1993)
TARIKH :
24 JULAI 2010
MASA :
9 PAGI HINGGA TAMAT PROGRAM
TEMPAT :
AUDITORIUM AKADEMI MAS, SS7, KELANA JAYA
TIKET :
PROFESIONAL - RM 250.00
PELAJAR (VALID ID) - RM 150.00
HARGA ISTIMEWA AKAN DIBERIKAN TERHADAP PEMBELIAN SEBELUM 15 JULAI 2010. TIKET BOLEH DIPEROLEHI MENERUSI www.wia.my.
DAN
TEMPAT ADALAH TERHAD
EMAIL :
seminar@wia.my
TEL :
03 - 7710 0996
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-47485944100367528982010-06-27T06:02:00.008+08:002014-03-28T04:41:42.671+08:00KESETARAAN, KESAMAAN, EQUALITYWacana kesetaraan dan kesamaan sudah menjadi fenomena yang menggila. Ramai yang memekik dan menjerit dalam apa sahaja ruang tiada kira bertulis atau lisan dalam mencari erti kesamaan dan kesetaraan. Tidak kira dari golongan profesional berjangkit ke masyarakat awam. Dari pelbagai aspek semuanya disentuh tidak kira jasmaniyah dan rohaniyah. Semuanya perlu setara dan "balance".
Kadang kala ada yang terperangkap dengan kuantiti, semuanya mahu sama. Contohnya bilangan golongan lelaki dan perempuan yang masuk ke IPTA harus sama. Tiada boleh terkurang mana-mana pihak. Barulah "balance" kononnya. Ada juga yang tersangkut dalam perhitungan hak (pemilihan). Semuanya harus berkadar rata. Dalam hal femenisme, pertikaian hak ini sangat jelas melangit bumi.
Dahulu selalu bertanya, adakah kita semua manusia sama? Tiadakah perbezaan kita antara manusia ini?
Saya ingin berkongsi perihal kesetaraan dan kesamaan ini dengan satu peristiwa yang pernah di alami sendiri oleh Prof. Syed Muhammad Naquib. Kita mungkin boleh menangkap sesuatu dari peristiwa itu dan menghubungkaitkan ma'na adil yang sememangnya berkait rapat dengan kesetaraan dan kesamaan.
Beliau berkata :
Saya teringat pada kira-kira tahun 1968 begitu, waktu saya menjadi Dekan Fakulti Sastera Universiti Malaya, ada demonstrasi yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa. Pimpinannya bukan Muslim. Demonstrasi itu telah menimbulkan masalah dan saya diminta supaya tolong menyelesaikannya. Masalah itu timbul asal usulnya daripada Fakulti Ekonomi. Suatu hari ada pelajar datang dengan motosikal. Dia meletakkan motosikalnya di tempat parking lot kereta profeso. Apabila profesor itu datang, dia lihat motosikalnya telah disingkir jauh. Dia marah. Dia ambil batu lalu dicalarkannya kereta itu. Apabila profesor keluar dan melihat keretanya begitu, dia marah, siapa yang buat ini? Jadi, akhirnya masalah itu melarat-larat sehingga ramai pelajar jadi marah, sampai mereka buat demonstrasi.
Apabila saya diminta tolong menyelesaikan masalah itu, saya panggil wakil persatuan. pelajar itu pun datang ke bilik saya. Dia datang itu pun dengan cara yang garang sedikit. Hisap rokok. Saya kata, "Jangan hisap rokok." Dia tak mhu ikut. Akhirnya saya terpaksa jadi macam sarjan mejar, dan dengan gaya perintah saya kata " Stop smoking. Put it down." Dengan cara seperti itu dia terperanjat sikit, dia berhenti merokok. "Sit down." saya perintah lagi. Dia duduk, tetapi dia angkat kaki sebelah. saya kata, "Put your foot down." Dia ikut. Lepas itu saya pun bertanya kepadanya sebab-sebabnya. Dia berkata, "Are we not equal?" Saya mengatakan, "Who told you that we are equal?" Dia berkata, "That's what we are taught."
Jadi ini, yang salah itu siapa? Profesor-profesor itu yang mengajar mereka begitu. Saya diam. Lepas itu saya berkata lagi, "No. We are not all equal. That's all wrong teaching." "Oh, no." jawabnya. "We are all equal. We are all human being ..." dan macam-macam lagi, "So why can't i put my motorcycle there?" Saya katakan, "No, we are not equal. I'll prove it now. Now you take my place, you become the Dean of Art, and let me get your book, I'll attend your lectures. You give my lectures." Dia teragak-agak. saya berkata lagi, "Do it now!" Akhirnya dia berkata, "No Sir, I can't do that." "Ha, therefore we are not equal," kata saya.
Jelas bahawa tiada sama tahap peringkat seseorang manusia itu. Walaupun kisah atas ini bersandarkan kepada jawatan, tetapi hal kesetaraan dan kesamaan tidak mungkin sama sesama manusia. Mustahil akan sama sahaja semua status manusia ini. Dan di sisi Islam, orang yang paling bertaqwa itu tinggi darjatnya berbanding dengan mereka yang banyak melakukan kefasadan.
Dari segi biologi mungkin terdapat persamaan, tetapi tahap ukuran manusia ini bukan pada hal tersebut. Sedangkan tanda yang terdapat pada ibu jari setiap individu juga berbeza, inikan pula tahap ketaqwaan jika dibandingkan. Sebabnya itu golongan ulama' dan ilmuwan yang berlandaskan pada kebenaran dalam Islam itu terletak jauh di atas hierarkinya dengan masyarakat biasa.
Prof. Syed Naquib Al-Attas juga pernah mejelaskan bahawa dalam pemikiran orang yang tidak bertamadun pun terdapat beberapa hierarki. Boleh selak halaman 211 pada buku yang ditulis oleh Prof. Wan Moh Nor dalam Falsafah dan Amalan Pendidikan Prof. Naquib. Oleh itu, konsep adil itu penting difahami sebagai asas pemikiran. Barulah hasilnya pada tempat yang benar.
Dalam dunia sastera, hal keseteraan dan kesamaan ini sangat dekat, dalam erti kata wacana femenisme. Kadangkala kasihan melihat "mereka" yang tiada betul-betul memahami apakah yang dijunjung dalam erti faham femenisme itu. Macam "trend" pula. Tiada pula memahami hujung pakal, ditebuk pula ditengah-tengah. Kemudian digunapaki sebagai kaedah satu disiplin kajian dan dijaja dengan bangganya. Lebih memalukan dihidangkan sebagai santapan kuliah. Hasilnya seperti yang kita boleh lihat daripada peristiwa di atas tadi.
Dalam Islam sudah jelas tentang hal ini. 'Perbezaan' dan 'Pembezaan" dua perkara yang terlentang lebar jurangnya. Kita sedia maklum terdapat perbezaan yang hakiki secara jasmaniyah antara lelaki dan perempuan. Islam mengakui perkara ini tetapi tiada pula dalam faham Islam itu membeza-bezakan antara lelaki dan perempuan hingga menurunkan taraf mana-mana pihak.
Janganlah menjadi seperti ketam mengajar anak-anaknya berjalan. Mudah-mudahan, satu hari dibukakan jalan agar "kelompok" ini dapat belajar bagaimana berjalan "lurus" dan mengajar anak-anaknya dengan baik.
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-75299225202432731602010-06-26T09:14:00.007+08:002010-07-20T05:26:38.400+08:00RENUNGAN DALAM MENITI PERJALANANSejak di bangku sekolah menengah, saya agak rajin membaca cerpen dan novel. Pada waktu itu saya tiada berkecenderungan untuk membaca puisi. Yang kerap kali saya dengar puisi adalah puisi ciptaan Usman Awang, Guru O Guru, itu pun kerana setiap tahun di bacakan di pentas khalayak pada Hari Guru. Saya pernah juga membaca satu kumpulan puisi (saya terlupa siapa pengarangnya) dan saya tidak berminat kerana tidak faham akan apa yang cuba disampaikan. Mungkin kerana saya tidak mempunyai pemahaman yang kuat untuk menganalisis sesebuah karya puisi. Jadi saya lebih cenderung untuk memilih cerpen dan novel pada ketika itu.
Saya masih ingat kumpulan cerpen yang pertama saya baca ialah Doa Kerana Kebenaran, pengarangnya Burhanuddin CD. Dan novel pertama ialah Laungan Kebebasan, cerita berkisarkan tentang perjuangan Nelson Mandela. Kedua-duanya menarik minat saya untuk terus membaca karya sastera. Sejak itu, saya sering meminjam cerpen atau novel untuk bawa pulang ke rumah. Ada juga yang tak sempat dikembalikan kerana sudah rosak teruk akibat tertumpah kopi di atasnya. Hinggalah saya masuk ke universiti, saya masih terus meminati membaca karya sastera.
Saya bukanlah individu yang datang dari latar belakang sastera. Cuma saya meminati sastera. Saya juga tidak didedahkan dengan pembelajaran secara serius berkaitan sastera sewaktu di sekolah kecuali komsas. Apabila berpeluang masuk ke universiti, saya baru didedahkan dengan pembelajaran sastera yang lebih dalam. Barulah saya tahu bahawa sastera ini luas rupanya. Tiadalah hanya sekadar pada karya kreatif sahaja. Ada juga berbentuk serius seperti kritikan sastera. Di universiti juga saya mula menghadam karya kreatif berbentuk puisi dan pelbagai cabang yang lain. Saya mula seronok apatah lagi terdapat banyak bahan bacaan yang lebih luas di perpustakaan universiti.
Korpus bacaan yang terbuka luas membuatkan saya tertanya-tanya. Mengapa begitu banyak karya kreatif dihasilkan di merata dunia? Adakah menulis karya kreatif ini penting hingga menarik ramai individu untuk menulis karya kreatif? Saya sendiri tidak mampu menjawab pertanyaan sendiri. Saya berfikir mustahil saya mampu membaca semua karya kreatif dan menghabiskan hidup saya dengan membaca karya kreatif. Oleh itu saya mula bersifat selektif. Saya mula menyelak nama-nama besar sahaja. Saya mula membaca secara serius karya-karya mereka. Saya mula lihat ada sedikit "kekuatan" berbanding karya yang ada di jual di Petronas atau kedai-kedai buku biasa.
Walaupun terdapat "kekuatan" tetapi masih menimbulkan kekeliruan apabila saya membaca. Saya pernah ajukan kekeliruan saya kepada arwah Prof Othman Kelantan sewaktu mengajar saya tetapi jawapannya masih tidak memuaskan hati saya. Sejak itu saya mula mencari "pemikiran" tentang sesebuah karya. Saya mula menyelak kritikan terhadap karya sastera. Saya mula berminat dengan bidang kritikan sastera. Saya mula membaca lebih banyak tentang kritikan sastera. Dan saya terdedah dengan pelbagai teori yang kadang kala begitu payah untuk memahaminya.
Terdapat banyak gaya dan sudut pandang yang digunakan dalam mengkritik. Saya mula membuka jendela minda untuk belajar teori-teori yang digunapakai dalam bidang kritikan. Nyata perkara tersebut menuntut masa dan ketekunan yang dalam. Pada tahun kedua di universiti, saya berpeluang duduk di dalam kelas Dr. Zariat. Subjek yang saya ambil Teori dan Kritikan Sastera. Saya kira ini peluang saya untuk memahami disiplin kritikan sastera dengan lebih baik.
Sebelum masuk ke kelas Dr. Zariat, saya pernah membaca karya Prof Naquib Al-Attas yakni Islam dalam Sejarah dan kebudayaan Melayu. Saya agak pening membaca buku itu pada awalnya kerana gaya bahasanya lain daripada buku yang biasa saya baca. Oleh itu saya tidak habiskan pembacaan saya terhadap buku tersebut.
Dalam kelas Dr. Zariat, beliau sering menyebut nama Prof. Naquib. Saya kira mungkin Prof Naquib ini pasti hebat orangnya. Saya akui saya tiadalah mengakui autoriti Prof Naquib sebelum itu. Habis sahaja kelas, saya mula mendapatkan kembali buku Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu. Rupanya buku itu memang mengandung pemikiran yang hebat sekali. Sejak itu, saya mula menjejaki karya Prof. Naquib dan mula membacanya hingga sekarang. Karya beliau Islam and Secularisme ternyata memberangsangkan. Jelas Prof Naquib memang seorang ilmuwan yang luar biasa. Syukurlah saya dipertemukan dengan bahan bacaan yang begitu. Sangat berfaedah dan menguntungkan saya dalam mencari kerangka faham yang utuh untuk meneruskan ranjau dalam kesusasteraan Melayu yang masih dalam penerokaan saya.
Saya agak mengkagumi cara Dr. Zariat memecah dan merungkaikan sesuatu permasalahan dengan kemas dan menyakinkan. Saya akui saya tertarik dengan kekemasan cara hujahannya. Saya berazam menuntut kekemasan cara berfikir begitu. Dari situlah saya mula belajar banyak perkara dengan lebih jelas dan teratur. Saya juga akui Dr. Zariat banyak membantu saya untuk memahami dunia sastera yang luas itu dengan menggenakan kerangka faham yang betul agar tiada ksilapan dalam pemahaman.
Saya juga mula kenal dengan Gagasan Persuratan Baru janaan Mohd Affandi Hassan. Saya cuba memahami PB dengan serius. Ternyata PB juga dijana Affandi dengan baik dan saya kira apa yang dianjurkan oleh beliau itu mahu membawa masyarakat kita kembali kepada tradisi Islam yang jauh sudah terpisah. Mahu menghidupkan kembali tradisi persuratan Islam. Saya mula membaca kritikan Prof. Ungku Maimunah dan Dr. Zariat dan membandingkan dengan kritikan yang lain. Nyata lebih bertenaga dan memberikan kejelasan dalam penghuraian. Saya mula berminat dengan cara penghuraian dan penjelasan mereka menulis kritikan.
Sepanjang pengalaman saya membaca karya kreatif, sememangnya banyak penulis tersangkut dengan ideologi yang tidak langsung membawa faedah malah ada yang menyesatkan akidah sama sekali!!! Saya kira saya sudah banyak membuang masa dengan membaca karya kreatif yang picisan selama ini. Baguslah juga saya mengambil pendirian untuk bersikap selektif. Jimat masa dan tenaga. Tiada terbuang dengan membaca novel yang tebal tetapi rupanya khayalan yang merugikan.
Kini saya mula faham akan adanya keretakan, rekahan dan ketempangan dunia sastera. Mungkin benar kata rakan saya, apa yang orang sastera boleh buat sekarang ini? Hidup dengan cerita angan-angan dan khayalan? Baca puisi sampai kering air liur untuk mangsa Palestin? Saya tiada termampu menjawab soalan saudara buat masa kini. Insha-Allah saya akan cuba buat sesuatu dalam dunia pendidikan sastera kelak. Mudah-mudahan renungan ini membawa saya ke jalan kejayaan yang tidak menyimpang dari kebenaran, keadilan dan kebaikan.Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-51369052428376251542010-06-17T14:01:00.019+08:002014-03-28T17:08:09.289+08:00BUKAN NASIB BRO!!!Musim bola sepak sudah bermula dengan temasya Piala Dunia yang sedang berlangsung kini. Jelasnya mendapat perhatian yang melangit dari segenap masyarakat tanpa mengira kelas. Yang jelas, saya bukanlah penggemar aktiviti bola sepak sebagai sukan kegemaran malah saya juga tidak pandai bermain bola sepak. Sekadar memenuhi tuntutan atau pelawaan rakan-rakan dan saya manfaatkan untuk berjumpa rakan-rakan yang terkadang lama tidak berjumpa lantaran kesibukan kerja harian.
Sejak dahulu lagi bila bersantai dalam kalangan rakan-rakan yang begitu ramai menjadi "jurulatih luar padang" dan ada kategori "encik tahu" (gelaran bagi individu yang serba tahu), saya hanya mendiamkan diri kerana "mereka" mempunyai fakta dan maklumat yang banyak berbanding saya. Lebih eloklah saya diamkan diri sahaja dan mendengar analisis serta hujah "mereka". Seronok juga bila mendengar cara mereka menganalisis dan yang paling tidak seronok ada yang bergaduh hingga tidak bertegur sapa lagi hanya kerana tidak sependapat!!!
Selalunya "mereka" menumpukan analisis pada percaturan strategi, kekuatan dan kebolehupayaan pemain dan pelbagai faktor lain seperti pengadil, cuaca, fizikal padang, fizikal bola dan lain-lain. Pelbagai hujah dan idea tentang corak permainan yang menentukan menang kalah sesebuah pasukan. Tetapi sering sahaja saya dengar hujah tentang "NASIB". Saya tergelak juga apabila "mereka" telah puas meneliti dan menganalisis akhirnya hujah mereka tersungkur lalu tersimpul pada erti kata "NASIB".
Pada perkiraan saya, "mereka" mungkin silap. Istilah "NASIB"tidak boleh digunapakai dalam hujah mereka sebenarnya. Betulkan menang kalah sesuatu pasukan disebabkan "NASIB"? Saya kira tiada kena mengena dengan nasib. Semua perkara yang berlaku dalam permainan bola sepak iti sudah diaturkan. Jika ada jurulatih sesebuah pasukan yang kalah atau seri mengatakan bahawa nasib tidak menyebelahi mereka, saya kira itu kenyataan yang tidak berasas dan lemah.
Sebelum perlawanan dimulakan, jurulatih sudah pasti mengatur taktik terlebih dahulu. Terpulanglah mahu menyerang atau bertahan, itu mengikut kebijaksanaan jurulatih yang tahu akan kekuatan pasukannya. Strategi juga diatur. Siapa yang perlu masuk terlebih dahulu dan siapa sebagai gantian. Semua ini sudah dicermati oleh jurulatih terlebih dahulu sebelum pasukannya turun ke padang. Bolehkah ini dikatakan "NASIB"?
Pastinya corak permainan menentukan menang kalah sesuatu pasukan. Corak permainan pula ditentukan oleh pemain. Pemain sudah tentu tahu peranan dan posisi mereka masing-masing diikut dengan strategi yang telah diaturkan oleh jurulatih mereka. Jika mahukan corak permainan yang bermutu, strategi bijak, dan akhirnya kemenangan, perlulah kesepaduan jurulatih dan pemain. dan kemenangan juga bukan "NASIB".
Pemain bola sepak yang turun ke padang semuanya terlatih. Bukan mereka yang baru sepak bola dua tiga hari. Mereka sudah diajar dengan teknik bermain dengan betul dan menjalani latihan dengan giat. Jadi, penyerang sudah belajar bagaimana mahu menjaringkan gol! Dan kalau mereka gagal memanfaatkan peluang di hadapan gol, itu bukan "NASIB", itu kesalahan penyerang itu sendiri. Begitu juga dengan pemain yang berada di posisi yang lain.
Bola sepak adalah permainan yang memerlukan teknik dan taktik. Kalau kesalahan mahu diletakkan pada sesuatu pasukan. Lihatlah pada teknik dan taktik, bukan "NASIB". Kepada "mereka", terimalah hakikat bahawa kemenangan dan kekalahan sesuatu pasukan itu BUKAN NASIB. Dan tiba-tiba saya teringat kata-kata Dr Roselan, lebih kurang begini, "sekarang ini ramai orang tak tahu malu, sarung jersi pasukan, menjerit macam apa, tetapi bila suruh menyepak bola, semuanya kaki bangku". Saya akan masih tertawa biarpun piala dunia akan terus bersilih ganti mengingatkan kata-kata itu.
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-53844588201759549722010-05-14T16:00:00.005+08:002014-03-28T17:18:31.917+08:00PERTANYAAN YANG JAUH DARI JAWABANAku Bimbang, khuatir
Aku sungguh bimbang sekali
bahawa umat kita tidak akan bangkit lagi
bukan kerana tiada pemimpin berwibawa di setiap ladang
bukan kerana pertumbuhan ekonomi tidak cemerlang
bukan kerana suasana politik yang tiada aman
bukan kerana rakyat jelata malas berusaha siang malam
Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi
Kerana pemimpin berwibawa di setiap bidang tidak didengarkan
Suara mereka yang berani-benar tentu tidak menyedapkan
Cadangan mereka mengislahkan perkara mengambil masa
Bukan untuk cepat mencari untung mengira laba
Bukan juga untuk memenangi pilihan raya `kan tiba
Bukan untuk menagih liputan media massa
Hanya inginkan kejayaan berkekalan
Mandapat keredhaan di dua kehidupan
Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi
Kerana pertumbuhan ekonomi cemerlang tidak digunakan
Untuk mengukuh akhlak tinggi di peringkat atasan
Yang mudah berubah dengan longgokan kekayaan
Yang takkabur lalu merendah bidang tidak menguntungkan
Aku takut umat yang tidak akan bangkit lagi
Walau ekonomi melambung tinggi
Untukku sibuk membeli saham menjual budi
Anggap sekolah, madrasah tidak bererti jika gagal meningkat gaji
Universiti tidak dinilai secara insani, hanya patuh nafsu industri
Yang sering berubah mengikut pasaran
Pasaran berubah mengikut perasaan
Aku bimbang walaupun suasana politik negitu aman
Rakyatku sentiasa ditakutkan dengan cerita khayalan
Tidak berani menyata kata walau hak didustakan selalu
Tidak sanggup membuka mata walau muka diconteng melulu
Tidak malu membuat fitnah walau berada di pintu Kaabah
Tidak gentar pada al-haaq kerana takut hilang anugerah.
Aku bimbang umatku tidak akan bangkit lagi
Kerana malas selalu diganjari
Kerana pandai memuji tinggi
Kerana terlalu tunduk mematuhi
Tanpa mengira ajaran amaran Ilahi
Tanpa mengikut undang-undang negeri
Ulama dapat dibeli, hakim dapat ditakuti.
Bagaimana kita akan bangkit semula melawan musuh
Jika ayam jantan yang senang berkokok setiap subuh
Membuka mata bangsa, menjernihkan yang lama keruh
Di potong lidahnya, disepak terajang si anak bodoh?
Aku sungguh bimbang kita akan terus begini
Kerana puyuh pentadbir diangkat mengawal helang ilmi
Tata-cara sekolah rendah diguna-pakai di universiti tinggi
Kaedah mengurus wang dipertuhankan, dianggap suci
Diguna membangun insan, menilai sumbangan ulama dan Nabi
Kita akan terus begini seribu tahun lagi
Kerana tabiat buruk membazir sentiasa diulangi:
Suka merungkai semula ikatan yang telah diikat kejap
Membuka kembali tenunan halus nan telah lama siap
Menebang pokok Meranti tinggi, rendang dan tegap
Semata-mata keranan benci, dengki dan hasad!
Bagaimana kita akan bangkit semula
Memimpin dunia mendapat syurga?
Jika ibu-bapa pintar melahir anak cuma
Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja
Jika guru, pensyarah kehilangan arah
Ilmu terpaku di dada ijazah
Jika peniaga bermain politik, bertuhankan laba
Ahli politik memperniaga prinsip dan akhlak segala
Jika cendiakiawan Cuma mengikut dan membuat komentar –
Cekap mengubah fakta, meminda makna, mengejar kuasa
Adam akan menyesal
Dan Iblis kenduri besar.
Wan Mohd Nor Wan Daud
Mutiara Taman Adabi
Komentar
Puisi ini dilihat mungkin lahir atas kebimbangan Prof Wan terhadap masalah umat yang semakin getir sejak dahulu lagi. Hari demi hari, masalah umat Islam semakin mencabar. Lihat sajalah hari ini, yang haram menjadi halal, soal pemimpin yang pragmatik, isu pluralisme, isu kebiadaban pihak tertentu yang mempermainkan kalimah Allah, pendidikan yang semakin jauh terpisah dengan keagamaan, dan banyak hal lagi yang terpaksa kita sumbatkan ke telinga umat Islam hari ini.
Puisi Prof. Dr. Wan Mohd Nor ini betul-betul menghenyak minda saya. Saya membacanya berkali-kali. Terus dan terus membaca. Ada sesutu yang terkesan dengan akal budi saya. Kemudian saya alihkan bacaan saya pada nukilan-nukilan puisi beliau yang lain. Ternyata ada kekuatan makna yang ingin disampaikan kepada khalayak pembaca. Makna yang ingin disampaikan bukanlah perkara yang remeh tetapi permasalahan asasi sebenarnya kalau diteliti dengan cermat.
Secara keseluruhannya, saya katakan puisi ini berbentuk satu gesaan atau peringatan. Pemaparan permasalahan yang berlaku dalam umat Islam kini yang khususnya menyentuh dimensi keagamaan, keilmuan, kepimpinan politik, dan ekonomi. Sanjak ini seperti pedang dengan pelbagai mata. Tajamnya, sukar digambarkan. Dalam gesaan terkandung sindiran dan kutukan keras lagi tajam yang pastinya akan membuat pihak-pihak tertentu yang terhiris akan merasakan pedihnya. Pedihnya bukan sahaja meluka tubuh tetapi meresap ke pangkal kalbu. Inilah kalau bahaya bahasa jika digunakan dengan betul dan adil, disusun dengan jelas, akan membawa kesan makna yang “luar biasa” sekali sifatnya.
Dan usai saya membaca puisi ini berkali-kali, ada soalan yang menerpa saya? Mengapa puisi begini tidak dimasukkan ke dalam antologi teks kesusasteraan Melayu di sekolah? Adakah sanjak ini tidak bagus? Adakah sanjak ini tidak mencapai “tahap” yang ditetapkan oleh pihak KPM? Mungkinkah sanjak ini terlalu tinggi untuk pemikiran remaja yang berumur 17 tahun? Adakah sebab Prof. Wan tidak pernah menang mana-mana peraduan mengarang yang dianjurkan?
Pada pandangan saya, sajak ini jauh lebih memberi makna berbanding beberapa sajak yang terkandung dalam antologi teks tersebut. Kalau tidak percaya, himpunkanlah pakar penganalisis puisi dan buatlah perbandingan. Keputusannya, sudah boleh dijangka. Bukan saya mahu memenangkan mana-mana individu, tetapi jika kita berlaku adil, maka hasilnya jauh lebih sempurna dari sekarang.
Mungkin juga Prof Wan tidak berminat agar karyanya digunakan untuk teks di sekolah (aneh juga bunyinya!), jadi mungkin Prof Wan tak menghantar antologinya untuk dinilai. Tetapi tidak adakah inisiatif dari pihak yang memilih untuk memilih karya yang benar-benar berkualiti untuk bacaan pelajar di sekolah? Saya kira karya Prof Wan adalah satu contoh, tetapi saya percaya ramai lagi karya yang lebih layak sebenarnya tercatat dalam buku teks tersebut.
Saya percaya pemilihan karya bukan kerja main-main kerana kesannya boleh mengubah orentasi pemikiran pelajar bahawa pembelajaran kesusasteraan Melayu penting dalam kehidupan arus perdana kini. Tekslah perkara yang akan ditatap, dihadam, diratah oleh pelajar setiap hari sepanjang sesi persekolahan mereka. Jika karya yang kurang berkualiti maka tatapan, hadaman dan ratahan pelajar juga jadi kurang kualiti.
Ada beberapa pihak yang pernah saya temui berkata janganlah terlalu serius tentang teks yang dipilih (soalan jenis apakah ini?). tidakkah mereka sedar bahawa teks yang digunakan pelajar bukan sekadar bahan maujud yang kaku, malah teks itu melambangkan worldview sastera tanah air kini. Jadi, apa yang jelas, sudah termaktub dalam sejarah negara bahawa sistem pendidikan di negara ini pernah mengakui bahawa teks itu berkualiti untuk dijadikan sebagai bahan bacaan pelajar di sekolah.
Malah jika difikirkan lebih luas, sesiapa saja termasuk yang berkecenderungan terhadap kesusasteraan Melayu atau bukan, boleh membaca teks yang digunapakai dalam sistem pendidikan kini. Bagus atau tidak, anda sendiri boleh nilai dengan membeli dan membaca buku tersebut. Anda akan tahu sendiri sejauh mana kekuatan karya yang dikatakan “layak” terlukis dalam sejarah sistem pendidikan kesusasteraan negara kita.
Saya akan terus bertanya dan berfikir sambil menangani beberapa hal dalam pendidikan kesusasteraan Melayu yang berkait terus dengan karya atau teks. Saya sudah selesai membaca hampir kesemuanya teks sastera Melayu yang digunakan di sekolah, dan saya dipagut pertanyaan. Pertanyaan paling dahsyat yang pernah menimpa saya, apakah bidang kesusasteraan Melayu akan datang akan terkubur!!!
Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7419562348711439292.post-5299460903193708982010-05-05T21:35:00.002+08:002010-05-05T21:39:35.626+08:00KEMBALIKAN ROH UNIVERSITIDENGAN berakhirnya April lalu, maka genaplah setahun saya bertugas di Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam tempoh itu, saya belajar banyak perkara, termasuk tentang universiti kita, iaitu tentang apa yang pernah dilakukan sebelum ini, apa yang sedang dilakukan kini dan apa yang perlu dilakukan selepas ini.
Impian semua adalah untuk menjadikan universiti kita ulung. Universiti yang ulung - Ivy League, 10 teratas, universiti apex, universiti penyelidikan dan sebagainya - dilihat oleh masyarakat sebagai kemuncak peluang yang dikejar setiap belia yang bercita-cita tinggi.
Tetapi, apakah ciri-ciri sebenar sebuah universiti yang ulung? Adakah universiti menjadi ulung kerana berada di tangga teratas dalam penarafan? Adakah penarafan itu berdasarkan fundamental atau sekadar persepsi?
Adakah universiti menjadi ulung kerana memenangi banyak pingat emas pertandingan antarabangsa, yang sesetengahnya menganugerahkan hadiah dengan cara yang bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan pada tahun berikutnya dan yurannya bertambah setiap tahun?
Adakah universiti menjadi ulung kerana terkehadapan dalam penyelidikan bagi disiplin tertentu? Adakah universiti menjadi ulung kerana kecemerlangan pengajarannya?
Soalan-soalan ini dilontarkan kerana sebahagian daripada kita seperti telah terlupa akan roh universiti. Terlupa ingatan Syed Naquib al-Attas bahawa "intipati sebenar universiti bukan bangunannya atau penampilan fizikalnya. Sesungguhnya, dalam sejarah mana-mana universiti, para pensyarah dan pelajar yang menuntut daripadanya adalah kandungan utama kewujudan universiti itu". Maknanya, keulungan universiti adalah bergantung pada budaya ilmu yang dihayati oleh keluarga universiti itu.
Kita bimbang jika tersasar daripada matlamat memburu kecemerlangan yang holistik, tetapi sebaliknya terperangkap dalam apa yang disifatkan oleh Harry Lewis (2006) dalam bukunya, Excellence Without Soul, sebagai 'kecemerlangan lompong'.
Kita tidak mahu mengalami masalah yang ditimbulkan oleh Frank Furedi (2006) dalam bukunya, Where Have All the Intellectuals Gone? iaitu keadaan intelektual Amerika Syarikat (AS) kini yang kekurangan pemikir besar seperti Betrand Russel, Raymond Williams dan Hannah Arendt, tetapi sebaliknya diganti oleh peramal dangkal, pengkaji apologis dan pemutar isu.
Sebahagian daripada kita kelihatan asyik dalam apa yang dianggap sebagai fungsi-fungsi kontemporari universiti, iaitu: menjalankan program-program akademik yang diiktiraf oleh agensi profesional dan akreditasi; melaksanakan kurikulum untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan; memfokus kepada penyelidikan yang dibiayai pelbagai pihak; dan menjadikan aktiviti komersial salah satu indikator prestasi.
Semua ini adalah fungsi yang sah dan baik. Tetapi, pada masa yang sama, kita tidak boleh lupa akan fundamental universiti, seperti kebebasan akademik dan autonomi. Di sini, universiti perlu bijak menyeimbangkan hubungannya dengan dua sektor penting, iaitu kerajaan dan perniagaan.
Dalam hubungan dengan kerajaan, kita diingatkan oleh buku Henry Giroux (2007), The University in Chains, di mana dalam menghadapi hubungan tentera-industri-akademia di AS, sesetengah universiti mengiyakan apa sahaja yang diarah kerajaan. Kerajaan sedang memberikan lebih autonomi kepada universiti kita. Universiti perlu menggunakan kebebasan ini dengan optimum.
Kerajaan menggalakkan universiti awam meningkatkan kerjasama dengan industri. Di samping itu, kita memerlukan dan mempunyai sejumlah universiti swasta. Dalam hal ini, kita diingatkan oleh buku Derek Bok (2003), Universities in the Market Place, di mana beliau membicarakan kritik-kritik terhadap beberapa kesan negatif pengkomersialan pengajian tinggi atau sebahagian daripada aktivitinya.
Mengapakah perlu dikembalikan roh universiti?
Ia perlu kerana apabila dilihat perbincangan oleh sebahagian daripada kita yang bertanggungjawab terhadap universiti, terdapat banyak perbincangan tentang masalah dunia, pasaran pekerjaan, kerja kuat dan kejayaan. Tetapi, jarang terdengar perbincangan tentang kekuatan peribadi, integriti, memburu dan menghayati budaya ilmu, kerjasama, idealisme, dan paling penting - bagaimana untuk hidup dalam dunia yang lebih baik, dan bagaimana meninggalkan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik daripada masa kita tinggal dalamnya.
Kelihatannya, semakin ulung sesebuah universiti, maka semakin hebat fokusnya terhadap kejayaan kompetitif dalam pasaran pensyarah, pelajar dan dana penyelidikan, tetapi semakin kendur fokusnya untuk berbicara dengan serius tentang pelajar dan pembangunannya menjadi insan kamil. Banyak bercakap tentang banyak perkara, tetapi amat sedikit tentang usaha membangunkan pelajar menjadi insan yang lebih baik.
Kalaupun ada yang bercakap tentang pelajar dan usaha menjadikannya insan lebih baik, tetapi lazimnya, ia dilakukan dengan cara-cara yang terpisah daripada keperluan, imaginasi dan aspirasi sebenar pelajar. Kita bercakap tentang orientasi pelajar, tetapi kita jarang bercakap tentang penghakupayaan pelajar.
Kebanyakan daripada kita tidak pun memahami bahawa pelajar mempunyai tiga permintaan asas, iaitu mereka mahu suaranya didengar, mahu bakat dan peranannya diiktiraf, dan mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang sesuai dengannya.
Kerana itu, kita perlu menghayati ciri-ciri fundamental yang menjadikan universiti itu ulung. Kita perlu bermula dengan definisi ilmu yang tepat. Menurut Syed Naquib al- Attas, ilmu ialah ketibaan makna daripada maklumat yang benar. Ilmu daripada maklumat palsu bukan ilmu. Ilmu daripada maklumat benar tetapi tidak bermakna juga bukan ilmu. Soalnya, sejauh manakah kita mendidik pelajar dengan ilmu yang benar-benar ilmu?
Selanjutnya, kita perlu menghayati budaya ilmu. Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud, ia terdiri daripada tiga prinsip, iaitu meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat paling tinggi; sentiasa menuntut, membangun, mengongsi dan menilai ilmu; dan setiap keputusan dibuat berasaskan ilmu. Soalnya, sejauh manakah kita benar-benar menghayati budaya ilmu?
Apakah makna roh universiti? Bagaimanakah mengembalikannya?
Tiada sesiapa punya semua jawapannya. Malah, bagi kita yang memperjuangkan autonomi universiti, kebebasan akademik dan penghakupayaan pelajar, dan dalam politik pula menganjurkan politik baru yang menekankan pendekatan demokrasi partisipatif, maka jawapannya tentulah memerlukan untuk kita merundingkannya dan membinanya secara berjemaah.
Sementara menunggu jawapan itu, ada eloknya jika kita merenung tulisan Henry Rosovsky (1990), The University: An Owner's Manual tentang beberapa ciri universiti ulung:
n Fakulti yang sentiasa mencerna idea dan ilmu baru; penulis buku mengajar.
n Pelajar dari seluruh pelosok dunia dipilih melalui piawaian yang tinggi - kumpulan yang beraneka, menarik dan unggul.
n Membenci pemikiran kolot dan penyelesaian dari atas; mencintai kecemerlangan.
n Mempunyai tradisi yang bermakna.
Datuk SaifuDDin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Artikel dipetik dari utusan.com.my (klik sini)Zarif Hassanhttp://www.blogger.com/profile/02667697147695559804noreply@blogger.com2