" Isu pasal apa tu? Menarik sangat ke?" tanya Sungip
" Isu bahasa Melayu. Isu supraglobal ni. Kena dengar ni. Kita kan ada orang Melayu sejati" Tangok menjawab.
" Ishhh..ok.ok.ok. Kena dengar ni. " kata Sungip sendiri
Tangok datang ke bilik Sungip. Sungip terus mengalihkan siarannya kepada PENIPU FM. Dan terus mendengar dengan teliti syarahan dari seseorang yang entah dia pun tak pernah kenal dan tahu.
Kita orang Melayu mesti bersatu untuk membentuk perpaduan. Perjuangan penulis mesti di angkat. Isu bahasa tidak boleh dipandang remeh tetapi isu PPSMI tidak perlulah dititikberatkan sangat. Itu hal remeh. Lagipun idea PPSMI memang dari seorang pemimpin yang bagus bla bla bla.. Tiba-tiba sahaja radio berbunyi keriuk yang sangat bising dan sangat menjengkelkan.
"Ehh..kenapa radio aku ni. Aleh-aleh jadi begini? Mengapa siarannya putus-putus pula. Aneh betul lah." Sungip mendengus dan marah.
"Aduhh. Potong stimla. Peliklah aku. Macam mana boleh jadi begini? Ini mesti speaker radio kau ni rosak. Maklumlah radio lama kan. Yang kau beli speaker radio lama kenapa? Itulah nak murah sangat. Inilah padahnya! " marah Tangok sambil mengetuk speaker berkali-kali.
Tiba-tiba siaran tadi muncul kembali. Sungip dan Tangok berpandangan dan tersenyum. Belum senyum mereka lepas dari muka, siaran itu kembali terputus. Kemudian muncul semula. Terputus kembali. Muncul. Terputus. Muncul. Terputus. Kemudian speaker semakin mengeluarkan bunyi yang bingit dan pelik.
" Sah dah. Speaker kau memang dah biol dan rosak!. Buang jelah. Sebelum buang, mari aku persembahkan libasan aku" kata Tangok dengan kemarahan yang teramat sangat. Tangok terus membuat sepakan ke atas speaker rosak tersebut.
Dummmm...pranggggggg!!! Speaker radio Sungip bergolek lantaran amarah Tangok tadi. Berkecai dan berderai.
" Aduhh, sakitnya hati aku ni. Menyesal aku pilih speaker ini. Membazir sahaja. Tak boleh berbakti langsung" Sungip bermonolog sendiri.
" Aduhh, sakitnya hati aku ni. Menyesal aku pilih speaker ini. Membazir sahaja. Tak boleh berbakti langsung" Sungip bermonolog sendiri.
7 ulasan:
anak muridku,
'spekar buruk' tu layaknya diguna pakai untuk sebaran maklumat tandas dan jamban aja.
Begitulah hakikat perjuangan dan kesinambungan. saya kian tua dan sdr.lah penerusnya. masa depan Melayu di tangan sdr. dan rakan-rakan. Saya tidak akan beranjak meski sepincing angin.
Salam.
Tentang speaker macam itu, nak buat macam mana. Kalau dah bateri rosak, sampai masanya, akan dibuang ke dalam tong sampah juga.
Tentang PPMN09, betul. Ali Atan boleh dianugerahkan sebagai peserta aktif, kah kah.
Apapun, terima kasih atas sokongan.
speaker tu memang biol...
buang je....
Speaker asal sini tapi telah diprogramkan di barat begitulah gayanya. Payah untuk mencari ganti komponen tempatan tidak berapa serasi. Perlu diprogramkan kembali kepada komponen tempatan segera. Betulkah cikgu?
speaker tetap speaker. lebih baik daripada earphone...
Sifu Sham,
hehehehe..InsyAllah tuan, kami kelompok muda sentiasa berjuang dengan sokongan dari insan yang berpengalaman. Tapi saya hairan, kenapa ada rakan sekelas kata tuan masih muda?Ohh.. mungkin saya silap dengar kerana terlalu lapar masa tu.kehkehkeh
Salam tuan filasuf,
betul.betul.betul..rugi kalau simpan lama-lama.Susut nilai.hehehe
Ali memang rajin dan ikhlas bertanya.Hehehe
D'Rimba,
setuju. saudara sudi nak set balik sistem tu?boleh belajar dari hang nanti.hehehe..
Tuan Arif,
earphone kalau rosak pun boleh sakit jiwa dibuatnya..
adakah speaker tadi merupakan jelmaan di siang hari?mungkin saudara boleh menjawabnya kerana saudara juga sebahagian daripada jelmaan di malam hari..hahaha..
Catat Ulasan