Ahad, 7 Jun 2009

SEEKOR TIKUS DAN KEHIDUPAN

i.
Saya dan beberapa orang kawan ke sebuah pusat membeli belah beberapa hari yang lalu. salah seorang kawan saya mengajak saya melihat tikus kecil yang comel katanya. Dia tertarik dengan kecomelan tikus tersebut. Dia terus membeli dua ekor tikus yang kecil berserta dengan rumah dan semua kelengkapan untuk menjaga haiwan peliharaannya yang baru. Saya bertanya kepadanya, kenapa terburu-buru membeli tikus itu hanya atas dasar comel. Dia tersenyum dan menjawab "Entah, aku pun tak tahu. Yang penting aku suka". Saya terus kehairanan dan terpinga-pinga.

ii.
Saya pergi minum bersama rakan saya. Saya bertanya bagaimana tikus kecil yang dibelinya tempoh hari. Dia gembira dan terus bercerita dengan penuh semangat tentang tikusnya itu. Setelah dia letih bercerita, saya bertanya kepada dia. "Hairankan dunia ini, di rumah kau bukan tak ada tikus? Malah kau bunuh pula. Letak racun. Letak gam tikus. Tapi tikus di Shoping Complex kau beli pula. Siap belikan rumah dan siapkan segalanya. Aku hairanla" Dengan bersahaja dia menjawab, " Tikus di rumah lain. Tikus tu kotor dan tak cantik. Tak jinak. Hodoh lagi. Eii, geli aku". Saya menjawab. "Kenapa kau tak tangkap dan mandikan dia. Nanti bersihlah. Soal cantik itu perkiraan kedua. Yang cantik tak semestinya diluar. Kalau nak jinak, ikut teori pelaziman Pavlov pun boleh. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Yang penting nyawa. Nyawa itulah kehidupan. Kenapa kau bunuh tikus itu?". Kawan saya acuh tak acuh mendengarnya. Dia menjawab, "Tapi tikus dirumah itu kotor dan boleh menyebabkan penyakit. Asik menyelongkar je kat rumah aku. Semalam habis dapur mak aku. Berterabur semuanya. Mana aku tak bunuh". Saya tertawa dalam hati sendiri. "Agaknya rumah kau yang kotor, tak dibersihkan dengan betul dan kau salahkan tikus bawa penyakit dan kotorkan rumah kau. Aneh betul dunia ini." Kami meneruskan perbualan dan tiba-tiba seekor tikus berlari dicelah-celah longkang dan terus masuk ke dalam lubang dan entah ke mana.

6 ulasan:

D'Rimba berkata...

Tikus memnag menggelikan bukan takut. Huhuhuhu........

Awang Ilham berkata...

menarik2..mungkin sahabat tuan itu beringat2 setelah terjadinya ledakan penyakit sebaran bakteria leptospirosis bawaan tikus tempoh hari..

Zarif Hassan berkata...

Amran,
aku belikan kau tikus nak?hehehe..

Awang,
Mungkin juga. Masalah orang kita hanya lihat luaran sahaja dan mengkonsepsikan satu perkara kepada negatif dengan sangat mudah.

Tanpa Nama berkata...

jika saudara berbicara ttg hamster, izinkan saya sentuh hal tikus dengan hamster, daripada ejaan perkataannya sahaja kita sudah dapat bezakan tikus atau rat/mouse dengan hamster. kajilah dahulu baru berbicara tentang tikus dan tentang hamster, lihat dulu cara hidup hamster sebelum dikomersilkan oleh manusia, cukup berbeza dengan tikus. fahami alam semulajadi, barulah kita lihat perbezaan tikus dan hamster

Zarif Hassan berkata...

Salam saudara,
pada saya mereka samada tikus atau hamster, kedua-duanya kehidupan yang tidak boleh dibayar dengan apa-apa sahaja. Yang pasti,tikus itu lebih baik dari manusia yang penuh dengan sifat mazmumah. Terpulang pada saudara untuk interpretasikan apa sahaja. Terima kasih atas saranan saudara.

Tanpa Nama berkata...

saudara,
saya faham apa yg saudara cuba sampaikan, apa yang saya ingin sampaikan ialah, mestilah ada beza antara tikus dan hamster, jika mahu dimanusiakan tikus dan hamster tersebut, tentulah ada beza antara sesama manusia, tidak kiralah dari segi bangsa atau apa sahaja, yang pasti, harus memahami kenapa ada perbezaan tersebut...wallahu'alam