Jumaat, 5 Februari 2010

PERMATA DAN KACA

Sebutir permata
nilainya tiada tertara
andai diserbu akan cahaya
pantul sinarnya meriak gembira
daya bahagianya menikam jiwa
buat jauhari sang bijaksana

Sekeping kaca
tiadalah tanding akan permata
jikalau digilap sedapat kuasa
tetaplah sebegitu rupa
tiada merobah segala yang ada
tiada berganjak nilai dan makna

Permata dan kaca
jika diteliti sedaya mungkin
bertingkat faham menambah yakin
mengenal erti faham beza
hilang keliru serta ragu
antara yang tinggi mutu
atau yang benar palsu
kerana
langit dan bumi
kelam dan nurani
lebar jaraknya terbukti pasti

Zarif Hassan
Serdang, 2010

3 ulasan:

Rahimidin Z berkata...

Salam,
Kalau dah ada pengganti, saya akan berhenti menulis sajak.....

Zarif Hassan berkata...

Salam tuan penyair,
kalau tuan berhenti menulis sajak, saya tetap percaya bahawa hati dan akal tuan tidak akan pernah berhenti..saya percaya penyair itu bisa berdiri dengan kebenaran tanpa perlu menulis...

Sham al-Johori berkata...

Tuan,
Antara permata dan kaca hanya jauhari sahaja yang mengenal sifat.
Selamat memasuki dunia penyair.