Rabu, 4 Februari 2009

PEREMPUAN DAN SEBUAH PERTIMBANGAN

Ahh, pekat malam semakin menjalar di dada langit. Usai mengerjakan solat aku berbaring sambil melihat kipas yang berpusing. Angin kipas itu seakan mengulit aku menerawang sambil membawa sekuntum senyuman. Aku terpukul dengan pertanyaan seorang rakan tak lama dahulu. "Takkan masih sendiri dan biarkan bicara hati kau tak berteman?". Waktu itu aku hanya tersenyum. Mahu sahaja aku jerit padanya begini "Mana mungkin!". Tapi kata-kata itu seakan terperangkap di dada aku yang kosong dan sunyi ini. Setelah gagal bercinta, aku akur dengan bisa kelemahan cemburu dalam diri. Aku juga akur dengan perpisahan dalam erti sebuah perkenalan. Bagaimana bisa aku sembunyikan tusukan kasih dan sayang yang menghambat perasaanku setiap waktu. Lebih-lebih lagi bila aku menghadapi kesunyian dan keresahan. Kadang kala aku hairan bagaimana kawan-kawanku begitu mudah mencairkan serta merobohkan cinta seorang wanita dengan permainan kata-kata dan janji. Begitu mudah sekali.

Aku mungkin insan yang tidak dikurniakan bakat bermain kata di hadapan wanita. Apatah lagi mempunyai pedang keberanian yang boleh memancung jantung wanita hingga darahnya bersatu dengan darahku. Sedang asyik aku memikirkan nasib kasih sayangku yang terkurung sepi, satu bisikan melintasi sukmaku. "Kau masih punya kekasih yang setia denganmu. Tuhanmu tidak pernah lekang menyayangi dirimu jika kau sentiasa menumpahkan kasih setiamu terhadap-Nya. Lontarkanlah kasih yang bersarang itu kehadapan-Nya. Kau akan dilimpahi nikmat cinta yang tak akan pernah pudar atau lusuh dimakan masa dan waktu". Bisikan itu benar-benar membelah aku ke muara pertimbangan. Kejap benar tusukan bisikan itu ke lubuk jantungku. Tiba-tiba sajak pensharahku, Shamsudin Othman menyeberangi lautan jiwaku :

PERCAKAPAN KEPADA SEORANG PENCURI CINTAKU

Cukuplah dengan derita kehilangan ini
aku sudah tidak sanggup lagi menanggung kerinduan
yang terhukum oleh kelicikanmu
mendustai kemudian mencuri jantungku.

Duhai kau pencuri yang tidak berdosa
yang kau miliki hanyalah jantungku
cintanya telah lama kuserahkan kepada Tuhan.

Ahhh, mendalam maksud sajak ini. Mungkin pesnharahku ini pernah merasai apa yang aku rasakan kini. Tapi tak mengapa. Dia punya keberanian dan kekuatan. Aku? Adakah aku akan terus penjarakan sahaja kasih yang meruntun di dada seorang lelaki? Perempuan oh perempuan. Desakan kali ini benar-benar memanggil aku membuat pertimbangan, agar tiada lagi parut yang akan memilih untuk berpangkal di hatiku!

13 ulasan:

Awang Ilham berkata...

assalamualaikum en zarif..

benar, banyak betul yang perlu saya teladani dari brinchang..

satu demi satu helaian kekhilafan diri tersingkap sepanjang perjalanan program itu..

bercerita mengenai si hawa, ingin saja saya pejamkan mata, dan biarkan segala macam kecintaan memenuhi ruang hati..

namun, apakan daya, ruang hati saya ini diciptakan hanya untuk diisi cinta ilahi yang infiniti..

terima kasih atas komentar saudara

HASMORA berkata...

Teruna Zarif,

ehem... wah sunyi juga nubari anda ya..uhuk..uhuk.. akan mampir sang wanita yg menyanyi di pentas sukma anda, insyaAllah...

pernah dengar ungkapan - cinta selepas kahwin lebih manis.. logikanya ialah ramai yg bercintan-cintun berapa kerat sampai kahwin.. bila kahwin hilang manis sebab dah basi lama.. dulu pegang tangan taknak lepas bila kahwin duduk dekat terkadang rimas..

mencintaiNya memang cukup cukup cuuukuuup berbaloi.. kita kan dapat segala spesis cinta.. pabila kita berikan seluruh hati kpd cinta Tuhan.. untuk yg lain hanya biarlah hanya tinggal jantung dan limpa..hah.. tu dah cukup memadai..sekurang2nya ada bahagian.. kan?

salam hormat.

Zarif Hassan berkata...

W'salam Awang,

Rindu benar hati ini untuk tidu berlagukan bunyi cengkerik dan deburan air terjun.Kalau ada masa nanti, sama-sama kita teroka bumi Tuhan.

Saudara Hasmora,

itulah suara resah kalbu. Nak buat mcm mana. Nasib kita serupa laa..hehe..

Takpe, nanti aku belajar dengan hang mcm mana nak bercinta lepas kahwin yer. Aku ilmu bab ni kurang skit.

Miss Fiza berkata...

aduuu...
terpana dan smmgnya hati perempuan aku tersentuh lepas baca hasil nukilan ko nih zarif..
takpe,tak perlu kau cari skrg.
teman bicara yg kau tunggu pasti ada.. cuma masa yg akan menentukan, saat bila kau akan betemu dgn beliau.
:) semoga berjaya.

HASMORA berkata...

Teruna Zarif,

Ok pelajaran pertama untuk bercinta selepas berkahwin ialah berkahwin dulu..tapi sebelum tu kena pilih2 la jugak calon isterinya, jangan main sapu je..wakaka

Zarif Hassan berkata...

Miss Fiza,

Ana tahu dia ada. Tapi lama ana tunggu, bulan tak muncul-muncul la.he3. InsyAllah, doakan sahaja ya.

Hasmora,

Bab tu yang susah, calon pun takde, takkan nak kaut je. Kang abes anta uang hantaran je.hehehe

Tanpa Nama berkata...

aku sedang memamah sunyi. dengan lahap sekali.erkk, kenyang.
-zamzuri

kayu burok berkata...

saudara zarif,

cinta adalah seperti bayangan di siang hari,kita mengejar ia lari, kita lari ia mengejar...
oleh itu, tunggu sajalah ia tiba...
tepat pukul 12 tengahari ketika matahari di ubun-ubun, bayangan itu akan menjadi satu dengan bayangan kita...
soalnya sekarang ialah, sempat atau tidak kita melalui pukul 12 itu...

habibi berkata...

Assalamualaikum akh zarif.

kadang kita tdk dapat apa yg kita inginkan, tp insyaAllah kita akan dapat apa yg kita perlukan. usahlah khuatir tentang jodoh tp khuatirlah jika iman tipis ddada. soal jodoh tu adalah rahsia Allah, jodoh tu akan datang bila tiba masanya, masa saudara benar2 bersedia untuk menikah. jgnlah kita terikut2 dgn arus jahiliyah, itu semua arus panas yg membawa kehancuran. skrg ni budaya kapel berleluasa di negara kita, tgk kawan2 kapel sudah tentu wujud keinginan dlm hati utk jugak berkapel. macam2 hal yg blh terjadi dgn kapel2 nih. dgn kapel sudah tentu kita xleh elak dari berbuat zina.

"Telah ditetapkan atas manusia bagiannya dari zina. Ia pasti mendapatkan hal yang demikian itu. Zinanya mata adalah memandang, zinanya telinga adalah mendengar, zinanya lidah adalah berbicara, zinanya tangan adalah meraba, zinanya kaki dengan melangkah dan zinanya hati dengan berkeinginan, berangan angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluan."
(Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud dan lain lain)

mari kita tgk pula ayat Allah swt yang mengharamkan perbuatan zina dan sekaligus mengharamkan segala perbuatan yang menjurus ke arahnya.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa 17:32)

Allah telah mengisyaratkan bahawa perbuatan zina adalah haram dan
segala jalan yang menuju ke arahnya menjadi haram. Sebagai contoh, dapat kita ketahui bahawa menonton pornografi akan mendorong kepada zina, maka hukumnya haram. Begitu juga dalam perihal bercouple, dapat kita saksikan kini betapa ramai muda mudi yang terlanjur akibat dari bercinta, maka hukumnya turut menjadi haram.

kita menginginkan rumah tangga yg bahagia, isteri yg solehah, anak yg soleh dan solehah sbb itu adalah aset kita menuju Allah. mana mgkin beroleh semua tu jika rumahtgga yg terbina atas dasar kemurkaan Allah.

walaupun kita berkapel tdk semestinya itu jodoh kita so ambik jln tgh la. :) sedikit sebanyak leh elakkan dari perbuatan yg mendatangkan dosa. kita tdk menikah dgn org yg kita sayang atau org yg kita cintai tp kita menikah dgn jodoh kita.

saudara usahlah risau, sebenarnya setiap dari kita telah disediakan seorg bidadari yg sgt cantik. bidadari yg umpama permata yakjuj dan marjan, bermata jeli.:)

Sesungguhnya bagi seorang yang beriman, wajib baginya untuk meletakkan kecintaannya pada Allah, RasulNya dan pada jihad di jalanNya lebih dari segala bentuk kecintaan yang lain walaupun pada ibubapanya sendiri.

semoga Allah memberkati saudara ahk zarif.
salam ukhwahfillah.
wassalam.

Tanpa Nama berkata...

nanti dah sampai jodohnya adalah 2..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ammu zarif..

Alhamdulillah saudara dikurniakn bakat penulisan yang amat baik sekali jika dinilai dari sudut pandangan saya. teruskan perjuangan dalam mencari kejayaan. insyaAllah anda akan memilikinya suatu hari nanti.
Saudara,Usah bimbang jika diri tak berteman seperti insan lain yang sudah mengecapi kebahagiaan mereka. Sebenarnya saudara cukup bertuah kerana diberi kesempatan beramal di dunia sementara mereka yang lain mengecapi kemanisan di dunia. Sekiranya tempat dan masa, bertemu menjadi satu seperti yang telah tersurat sejak dirimu dilahirkan pasti seru jodoh itu tiba juga :)kadang2 jodoh itu sudah menghampiri kita, mungkin ada halangan yang menyekat pandang atau mungkin akal dan kemahuan belum terjatuh di situ :)
Dunia ini hanya pinjaman dan sementara, kelak akhirat yang abadi selamanya. Sekiranya belum bertemu di sini pasti seorang yang soleh bisa mendapatkannya di sana kelak. InsyaAllah..
Sesunggunnya Allah itu Maha Kaya. Saudara mungkin pernah dengarkan ungkapan.." wanita hiasan dunia.." mungkin juga pernah tahu ada bidadari yang cantik-cantik lagi baik-baik rupa budinya sehinggakan tutup kepalanya sahaja lebih baik dari seluruh isi alam yang ada dilangit dan bumi telah tersedia menunggu.. Tak cukup wanita di dunia, nah di akhirat juga telah diciptakan bidadari khas untuk jadi peneman, saudara.
Jadi, mana mungkin saudara boleh resah tak berteman di sini :)

ieda_ara berkata...

salam muhd zarif...
sememangnye bercinta itu indah...
tapi, percayela...
indah lagi cinta padaNya..
Bersabarlah..
seungguhnya Allah sedang berbiacara dgnmu melalui ujianNya..
kerna ujianNya tertulis untuk mereka yang berdaya menghadapinya..

lame rasenye tidak bersua...
hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Mungkin entry saudara ini agak lama untuk saya tinggalkan komentar. Tapi sila hayati puisi ini ya.

O you! Creature of beginning to the end,
given heart by the Creator of all men.
By all means, you should understand, the gap between where we stand.
By all means, please keep your heart safe, hide deep in the protected cave, avoiding mine.
Cause I need my own time and space, where in the end you'll be amazed,
for it is the right time to gaze..

Moga ini menenangkan dan membuat saudara reflek. TQ