Ahad, 15 Februari 2009

PILIHLAH IKUT KEMAHUANMU

i.
Saya berbicara bersama beberapa orang rakan di sebuah restoran. Namun perbualan saya terganggu dengan perasaan kurang selesa. Seorang wanita yang begitu seksi berjalan membelakangi meja makan kami. Bajunya nipis dan menampakkan tubuh badan yang menggiurkan. Kulitnya putih dan gebu. Saya bertanya kepada rakan, "Mengapa gadis itu berpakaian macam tak cukup kain?". Rupanya rakan saya juga sedang memerhatikannya. Rakan saya menjawab begini "Biasalah, fesyen dan keinginan hati untuk menjadi tarikan dan tumpuna ramai. Sekarang zaman dah moden. Suka hatilah nak pakai baju apa". Tiba-tiba gadis seksi datang menghampiri lalu menyertai kami. Rupa-rupanya wanita itu adalah rakan kepadda kawan saya. Dia menghampiri dan duduk di meja kami. Kami meneruskan perbualan seperti biasa. Seorang rakan kami bertanya kepada gadis itu, "Mengapa kau seksi sangat?". Gadis itu menjawab "Seksi ke macam ni? Aku penah pakai lagi seksi lah. Ini biasa sahaja." Saya agak kaget dengan jawapannya. Dengan nada yang agak perlahan dan sopan, rakan saya menjawab "Barangkali kita lupa orang sekeliling memerhatikan kita. Engkau mengenakan baju yang nipis dan telus hingga menampakkan susuk tubuh badan. Barangkali begitulah orang melihat iman yang membaluti dirimu, sebagaimana nipisnya kain yang membaluti tubuhmu". Gadis itu tunduk dan tidak semena-mena berlari sambil mengoyakkan pakaiannya hingga telanjang. Kasihan.

ii.
Saya diam sahaja. Perbalahan itu terus hangat antara seorang malaikat dan seorang iblis. masing-masing mempertahankan diri masing-masing. Malaikat berkata "Apa bezanya kau dengan perempuan yang telanjang di hadapan manusia lain?". Iblis segera menjawab "Telanjang itu bogel. Bogel tu orang gila sahaja yang buat. Kau jangan nak samakan aku dengan perempuan yang telanjang". Ahh, hati kecil saya ketawa. Mahu saja saya mencelah tapi tak mengapalah. Saya percaya malaikat takkan tunduk dengan iblis. "Baik, jika begitu kau apa?" tanya malaikat. "Sama seperti yang lain" jawab iblis. "Maksudnya, sama seperti perempuan telanjang?" malaikat segera bertanya kembali. "Tak! Tak! Tak! Tidak sama sekali. Kau ini memang bodoh." iblis berkata. Keadaan hening seketika. Malaikat dan iblis memandang ke arah saya. Saya sengaja buang pandangan ke tempat lain. Kononnya tidak mahu ambil tahu tentang pergaduhan mereka. Sebenarnya teruja juga melihat kesudahannya. "Sudahlah. Aku malas nak layan kau. Takkan berubah walau bawa imam sekampung dari syurga bagi nasihat. Pada aku buka aurat tu satu kesalahan besar. Walaupun yang terdedah dari tubuh kau itu sedikit sahaja, tiada beza dengan perempuan yang telanjang. Tetap sama. Tetap bukak aurat. Kau tergolong daripada kelompok yang sama. Faham!" kata malaikat dengan sedikit nada marah. Lantas malaikat mengibarkan sayapnya lalu terbang dan hilang di celah awan. Dan saya melihat iblis ketawa. Dengan tidak semena-mena saya lihat tubuhnya terpokah satu persatu. Pantas saya berlalu pergi. Dari jauh saya dengar pekikan dahsyat...TIDAKKKK!!!!

6 ulasan:

Awang Ilham berkata...

assalamualaikum saudara zarif

dedah aurat? itu sudah menjadi satu norma dalam masyarakat kini. mungkin kita dianggap menongkah arus jika menegur, tapi ingat, hasil nahi mungkar itu akan dituai di taman syurga kelak.

apakah manusia mula mengangkat nafsu sebagai tuhan? fikir-fikirkanlah

kayu burok berkata...

salam....

dalam jiwa yang kotor, terdapat cinta yang kotor....
dalam pakaian yang terdedah, masih kah ada iman walau hanya setebal kulit bawang...
jangan kita cepat menghukum seseorang hanya kerana pakaiannya...
soal dosa dan pahala itu, hanya yang esa layak menghitungnya....

kayu lawa berkata...

"dalam pakaian yang terdedah, masih kah ada iman walau hanya setebal kulit bawang...
jangan kita cepat menghukum seseorang hanya kerana pakaiannya"

bukan menghukum, tapi menyedarkan. yang salah tetap salah, umpama warna hitan dan putih, jelas, tiada pertengahan.

Dangau Hijau berkata...

Dalam satu hadis, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Sesungguhnya pada akhir zaman nanti akan datang dari kalangan umatku wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah tidak berpakaian, telanjang bulat. Mereka inilah golongan neraka". Nah. ini kan petunjuk dari Nabi kita sendiri tentang adab berpakaian. Kenapa dipertikaikan lagi. Jika tidak ingin disangka buruk oleh orang, jgan diikut resmi orang fasiq. Ikutlah pesan dan tunjuk ajar Nabi kita tentang kesopanan dalam berpakaian dan menepati syariat Allah.. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Zarif Hassan berkata...

Salam Awang,
Benar tu awang, tak rugi pun kalau kita tegur tapi biarlah berhikmah. Bukankah agama Islam menganjurkan agar kita sentiasa berhikmah dalam apa sahaja perbuatan.

Salam Kayu burok,
saya bukan menghukum, tetapi meltakkan perkara itu pada tempatnya. Perkara haq dan bathil itu nyata. sola perkara yang transenden spt syurga dan neraka, dosa dan pahala mmg sukar untuk kita ukur. tapi yang jelas Islam dah meletakkan garis panduan yang benar. silahlah tuan untuk pilih yang mana benar atau salah.

Kayu lawa dan Dangau Hijau,
saya bersetuju dengan saudara. semoga kita sentiasa berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran dalam apa jua aspek. InsyAllah.

HASMORA MASNURI berkata...

manusia selalu alpa dan tersilap memilih, jalan yang sedang dilaluinya itu menuju neraka. semoga mereka peroleh hidayah. doakanlah.