Isnin, 16 Februari 2009

TERIMA KASIH PARA CELAKA

Terima kasih buat sekalian celaka
yang membiarkan bahasaku meraba-raba 
dalam siang hari
mencari tempat berlindung
di buminya sendiri

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

tahniah wahai pejuang bahasa...
satu pertanyaan...
adakah bangsa melayu akan maju dengan hanya memperjuangkan bahasa...
berbanding bahasa-bahasa lain...
bahasa melayu agak lambat perkembangannya...
jiks ppsmi di mansuhkan sekalipun...
apakah itu perubahan yang bermanfaat bagi semua...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

mengamalkan penggunaan bahasa inggeris untuk matapelajaran sains dan matematik semata-mata untuk meningkatkan taraf kemahiran berbahasa inggeris merupakan salah satu langkah yang kurang signifikan.

ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar sekolah tidak dapat mengambil manfaat sepenuhnya daripada matapelajaran bahasa inggeris yang sedia ada.

cuba bayangkan, dari tadika hingga tingkatan lima belajar bahasa inggeris, takkan lah secuit ilmu bahasa inggeris tu tak melekat langsung?

em, kalau tak pandai juga berbahasa inggeris, terpaksa la laksanakan geogafi, agama islam, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dalam bahasa inggeris.

jadi, perkasakan dahulu matapelajaran bahasa inggeris yang sedia ada, tanpa menambah beban kepada anak-anak kita yang menjadi mangsa mainan dasar yang semberono.

DANGAU HIJAU berkata...

Setiap negara yang bertamadun mempunyai nilai budayanya sendiri yang diwarisi dari leluhur dahulu. Namun semuanya bermula dengan bahasa. Bahasa itulah yang membentuk segalanya termasuk teknologi yang ada sekarang. Tanyalah sejarah mana-mana bangsa pun, bangsa mereka maju dengan bahasa dan kebudayaan dahulu. Bukannya dengan teknologi. Ini adalah fakta yang jelas. Itali misalnya, bermula dengan tamadun Rom yang hebat. Sekarang mereka merupakan salah satu daripada negara-negara maju.
Perlu diingat, majukan bahasa dan budaya dahulu, baru majukan perkara lain. Dalam sejarah moden, Iran merupakan contoh yang terbaik dari segi kemajuan yang mereka kecapi sekarang. Wlau pun dari segi ekonomi, mereka ketingglan dan kekurangan prasarana hinggakan pelajar mereka datang belajar di Malaysia, namun teknologi mereka begitu canggih jika dibandingkan dengan Malysia. Mereka sudah mampu meicipta peluru berpandu mereka sendiri tanpa perlu meminjam teknologi luar. Mereka juga sudah mampu menghantar satelit mereka semdiri tanpa perlu bergantung kepada negara luar untuk melancarkan satelit mereka pada hal mereka sekarang dikenakan sekatan ekonomi. Kenapa jadi begitu? Lihatlah kembali sejarah agung kebudayaan mereka. Sebelum kedatangan Islam bangsa Iran dikenali dengan nama Parsi. Mereka adalah bangsa agung yang menguasai tanah Arab dan Asia Tengah ketika itu. Mengapa mereka begitu berjaya? Semunya kerana mereka berpegang dengan bahasa mereka tanpa mengagungkan bahasa lain. Setelah kedatangan Islam, bangsa Parsi ini terus mencapai kejaan dalam bidang ilmu dengan panduan roh Islam itu sendiri. Bukhara yang merupakan tempat kelahiran imam Bukhari mempunyai tradisi yang rapat dengan sejarah Parsi. Inilah contoh sejarah yang tidak dibutakan oleh sesiapa pun. Tidak pernah lagi kita mendengar sejarah kejayaan seseuatu bangsa atau negara itu bermula dengan bahasa asing. Ambil contoh Filipina yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama negaranya. Majukah Filipina? India yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahsa utama. Majukah India? Kalau pun India itu dikira maju, itu kerana India itu memiliki sumber tenaga rakyat yang ramai dan pasaran ekonomi yang luas. Bukan seperti Malaysia.
Kalau nak majukan anak bangsa, didikilah mereka dengan budaya kita dengan bersulamkan bahasa. Tanamkanlah sifat cintakan bahasa sendiri. Buktikan pada mereka yang bahsa Melayu itu mampu berkembang seperti dahulu.
Anak-anak Melayu dikampung hanya tahu dengan fasih bahasa Melayu.Mereka tidak tahu bahasa lain. Jika diajar segala pengetahuan baru dengan bahasa yang sukar mereka fahami, maka sudah tentu menjadi satu kesukaran untuk mereka belajar. Maka ditakuti sifat dan keinginan mereka untuk belajar akan terbunuh sama sekali kerana pemikiran mereka masih muda dan mentah. Mereka dengan mudah akan menolak segala yang susah. Jangan di banding anak Melayu di kampung dengan yang di bandar. Segalanya seperti langit dan bumi. Lainlah kalau ppsmi itu diterapkan pada sekolah menengah sahaja. Kerana pada ketika ini, pemikiran anak-anak sudah semakin matang dan bersungguh-sungguh. KASIHANILAH ANAK BANGSA KITA! JANGAN BUNUH KEINGINAN MEREKA UNTUK BELAJAR!

Zarif Hassan berkata...

Salam kayu burok,
jika tanah yang dimajukan dengan benih yang sesuai dengan tanahnya pasti subur bukan. dan bila tanah itu dimajukan dan diperjuangkan, pastinya tanah itu akan maju dengan pelbagai tumbuhan yang segar dan memberi manfaat. Fikirkanlah.

Salam rumput tepi jalan,
soal ini sudah lama dipertikaikan, cuma 'mereka' sahaj pekakkan telinga dan butakan mata 'mereka' dengan suara pejuang bahasa. Malah yang lebih sedih 'mereka' butakan mata dengan sejarah keagungan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu itu sendiri. Hairan bukan melihat BI mahu disebarluaskan tetapi membawa kehancuran. Selamat berjuang dan memelihara bahasa Melayu dan agama.

Salam Dangau Hijau,
satu huraian yang menarik untuk dikongsikan. Tetapi apalah daya insan yang memilih memperjuangkan bahasa Melayu, mereka anggap seperti tiada gunanya. Bukalah buka berjuta, huraian seluas laut juga mereka tidak mahu mengakui bahawa Bahasa melayu itu sememnagnya akar kepada pembentukan jati diri dan negara bangsa yang maju. Pada hemat saya, orang Melayu memang wajib dibantu sampai bila-bila. ini kerana dasar pecah dan perintah itu membawa kepada pemisahan intelektualisme orang Melayu dengan segala perkara. sekularisme inilah yang memecahkan org Melayu. bacalah huraian Syed Naguib Al-Attas tetntang ketamadunan org melayu. Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada mereka. Amin.