Rabu, 5 Jun 2013

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN FALSAFAH SASTERA YANG PASIF

Pendidikan Kesusasteraan Melayu di peringkat menengah merupakan salah satu subjek elektif atau pilihan yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan IV dan V. Ia berbeza dengan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan bahasa Melayu dari pelbagai aspek seperti matlamat, objektif dan sukatan pelajarannya.  

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) penawaran pendidikan sastera di Malaysia bermula sejak tahun 1957 lagi. Awang Had Salleh (1987) menyatakan pada awal penawarannya tiada pertimbangan pedagogi yang jelas. Ini bermakna tiada sukatan pelajaran yang khusus dirangka oleh pihak berwajib.


Perangkaan kurikulum mata pelajaran KM dilihat bermula dengan wujudnya Sukatan Pelajaran KM pada tahun 1984. Kemudiannya, sukatan pelajaran ini telah dikemaskini oleh PPK pada tahun 1994 dan 2002. Sehingga kini, kurikulum yang diguna pakai berdasarkan kurikulum mata pelajaran KM yang diwartakan pada tahun 2003. 


Apa yang lebih menarik untuk diperhatikan, melalui penggubalan kurikulum pada tahun 2002, mata pelajaran KM telah mempunyai falsafah pendidikannya yang tersendiri. Sebelum abad ke-21, memang tiada wujud pernyataan falsafah dalam mata pelajaran sastera Melayu di peringkat pendidikan menengah atas. Selama itu, tujuan serta matlamat asas pendidikan disandarkan kepada matlamat falsafah pendidikan kebangsaan (FPK).Pernyataan falsafah ini lebih khusus jika dibandingkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas kepada sistem pendidikan kebangsaan. 


Maka, secara rasmi, pada tahun berikutnya, falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu (FPKM)lahir dipentas pendidikan. Falsafah tersebut berbunyi begini "Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda, rohani dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa, dan memupuk sikap ke arah pembinaan insan bestari".


Usaha PPK ini memperlihatkan keseriusan pihak pentadbir khususnya KPM untuk memperbaiki hala tuju serta matlamat yang lebih jelas bagi kurikulum mata pelajaran sastera Melayu. 

Namun begitu, keseriusan PPK hanya di peringkat hangat-hangat tahi ayam. Pernyataan FPKM yang menjadi asas matlamat serta hala tuju pendidikan KM tidak pernah dihuraikan secara ilmiah oleh PPK. Sehingga ke saat ini, sudah hampir mencecah 10 tahun lamanya, PPK masih tidak berusaha untuk menghurai serta menjelaskan secara ilmiah pernyataan FPKM tersebut. 


Kewujudan pernyataan FPKM hanya merupakan langkah awal penetapan terhadap sesuatu matlamat dan usaha untuk mencapainya. Usaha sebenar yang lebih mendasar dan penting adalah untuk mentakrif, mentafsir, serta menterjemah segala konsep2 yang terkandung di dalam kenyataan FPKM secara ilmiah, tepat dan benar. 


Pernyataan FPKM harus diberikan huraian dan penjelasan yang menyeluruh sebagai panduan serta kefahaman asas bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dan kesilapan pentafsiran pada semua pihak yang terlibat dalam pendidikan KM sama ada secara langsung mahu pun tidak.


Sesuatu keputusan dalam pendidikan memerlukan jawaban yang rasional atas pertanyaan yang wajar kerana tanpa rasional, pembentukan kurikulum tidak boleh berlaku dan rasional itulah antara aspek asas dalam pembentukan kurikulum. Begitu jugalah halnya dalam konteks kewujudan FPKM yang menjadi panduan kepada kurikulum.

Pengzahiran pernyataan FPKM sebenarnya membawa bersama beberapa persoalan yang sangat penting dan mendasar - yang mungkin timbul dibenak orang awam dan pemerhati/penyelidik/pemikir - 


1) Atas pertimbangan apakah kenyataan FPKM ini dirangka dan dizahirkan?

2) Siapakah panel yang terlibat dalam merangka dan mewajarkan pernyataan FPKM ini menjadi sebuah falsafah, matlamat serta tujuan mata pelajaran sastera Melayu?
3) Mengapakah konsep-konsep seperti menjana minda, rohani, emosi, jati diri, kebudayaan kebangsaan dan insan bestari dipilih sebagai konsep yang mendasari pembinaan FPKM?
4) Sejauh manakah FPKM diselarikan dengan FPK yang menjadi matlamat asas kepada keseluruhan sistem pendidikan kebangsaan?
5) Bolehkah wujud pertentangan matlamat dari sudut mikro dan makro berdasarkan kepada FPKM dan FPK?


Cukuplah lima persoalan tersebut dibangkitkan. Sememangnya pelbagai persoalan lagi yang boleh timbul daripada jawapan yang dikemukakan dari pertanyaan di atas. Persoalannya sekarang, pada bahu siapakah yang terpikulnya beban untuk menjawab persoalan ini? Sudah pastinya PPK menjadi organisasi yang wajib menghuraikan segala tersebut.  

Malangnya, PPK masih tidak peduli hal pentafsiran tersebut. Yang menjadi tanda tanya kepada saya, mengapakah tiada tindakan ilmiah daripada pihak PPK terhadap penghuraian pernyataan yang penting tersebut. Sukarkah mengadakan suatu majlis, seminar, kolokium atau apa sahaja, dengan menjemput para "pemikir" sastera untuk menghuraikan pernyataan tersebut? Adakah PPK memerlukan masa yang lebih untuk menyelesaikan isu tersebut? Bayangkan berapa banyak seminar yang boleh dilaksanakan dalam masa 10 tahun? 


Pada tahap ini, saya menyimpulkan bahawa PPK sememangnya tidak pernah cakna dengan hal yang serius ini. Ketidakbertanggungjawaban dan kepasifan PPK dalam hal ini telah memperlihatkan kelemahan pentadbirannya tersendiri. Kelemahan ini tidak sewajarnya dibiarkan dan ia perlu ditangani segera. 


Pendidikan sastera Melayu sudah cukup lama terpinggir daripada perbahasan ilmiah. Usaha ini diusahakan sebagai salah satu tanggungjawab keilmuan yang tinggi. Masih banyak perkara yang perlu dibereskan dalam usaha menambahbaik pendidikan sastera dan kita masih punya masa untuk itu.  


1 ulasan:

Blog27999 berkata...

Do you realize there is a 12 word phrase you can say to your partner... that will trigger intense emotions of love and impulsive appeal to you buried inside his chest?

That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, adore and guard you with his entire heart...

=====> 12 Words That Trigger A Man's Love Response

This instinct is so hardwired into a man's mind that it will make him try harder than ever before to do his best at looking after your relationship.

As a matter of fact, fueling this all-powerful instinct is so mandatory to having the best ever relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...

...You'll immediately notice him open his heart and soul to you in such a way he never experienced before and he will distinguish you as the only woman in the galaxy who has ever truly understood him.