Jumaat, 20 Februari 2009

ALANGKAH SEDIHNYA

Maka bersyarahlah seorang pensharah dengan hebatnya dan gahnya di hadapan khalayaknya. Memberikan cerita yang muluk-muluk sifatnya. Berserta retorik sihir yang memukau semua penontonnya. Menceritakan semua hal seolah mengetahui semuanya dengan jelas dan nyata. Memerihalkan sesuatu dengan terperinci walaupun bukan dalam bidang kepakaran. Gayanya memang seperti aktor yang sangat memikat dan berjaya. Hujahan demi hujahan dimuntahkan olehnya. Penontonnya diam sahaja. Artikulasi yang berbau pelbagai fahaman juga dikeluarkan menambahkan lagi kehebatannya di hadapan penonton. Dia sangat bangga dan berasa sangat cerdik bersyarah di hadapan si bodoh yang berdiam diri. Penontonnya tidak pernah menanyakan sekeping soalan sekalipun malah hanya sekadar mengangguk-angguk kepalanya. Itulah yang mereka buat tanda fokus pada syarahan. Pensharah itu bangga melihat anggukan tersebut. Nyatalah mereka faham dan menyukai syarahanku. Tiba-tiba seorang penonton berbisik kepada rakannya, "Alangkah sedihnya, pensharah itu sebenarnya dilihat tolol dan bangang oleh si bodoh yang cerdik mengangguk berpura-pura". Deraian ketawa antara mereka berdua memancung syarahan dan suasana dewan. Syarahan terhenti. Semua mata memandang mereka berdua. Akhirnya, seluruh penonton juga ketawa. Sejak hari itu, apabila pensharah itu masuk untuk bersyarah. Mereka ketawa sekuatnya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Hasmora berkata...

Jejaka Zarif,

Pensyarah aku ada sorang jenis haprak kaki ampu kerajaan.. disokongnya PPSMI 200 peratus.. diperlinya sesiapa yg menentang.. dan dia jugak pandai melawak.. dan kadang2 budak gelak..hak hak hak.. kadang2 budak meluat.. luat luat luat.. huh.. sepluh org ahli akademik mcm ni ckp la nk jahanamkan bangsa kita!

Zarif Hassan berkata...

Habib,
Waalaikumsalam..

Jejaka Hasmora,
bahaya juga kalau guru pun dah tak ada jati diri..
anak murid sekarang lebih maju pemikirannya..
takut jadi guru kencing berdiri, anak murid kencing menari-nari..
lebih jahanam dari yang sedia ada..
parah-parah..

Tanpa Nama berkata...

bukan sahaja bahasa melambangkan maruah bangsa tetapi ilmu juga perlu memartabatkan maruah bangsaku..

fikirlah..pejuang bangsa takkan sanggup membiarkan bangsanya di pandang hodoh..T_T

Hasmora berkata...

kalau guru kencing menari-nari macamana pulak?mesti anak murid kencing sambil hip hop ke sana ke mari..haha

er... aku rasa la kan.. elok sdr cari jodoh yg minat sastera gak.. senang.. kan? hahha