Rencana ini dipetik daripada sumber ini.
________________________________________
Tertarik
dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut
menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku
bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di
sebuah pesantren di Indonesia.
Apa yang menarik tentang
kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada
seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap
yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para
pendakwah sekarang daripada Kiyai tersebut. Inilah manhaj sebenar Ahlussunnah
Wal Jamaah . Tidak melenting malah memberikan peluang kepada mereka untuk
berbicara.
Sikap pemuda yang mengaku
mengikut ajaran Salaf ini juga patut diteladani dalam satu aspek iaitu
mendengar kembali apa yang diterangkan oleh Kiyai tersebut dan mengakui bahawa
dirinya ada melakukan kesalahan. Berbeza dengan sikap pemuda-pemuda sekarang
yang mengaku bahawa mereka adalah pengikut ajaran Salaf , yang langsung tidak
mahu menerima pandangan orang lain malah menuduh
bahawa para ulama sekarang banyak membawa Bid’ah dan sebagainya.
Benarlah kata para
ulama :
Di sini saya akan mengolah
semula cerita tersebut sebagai panduan kepada kita semua. Kisahnya begini :
Suatu hari, datang seorang
pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di
Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang
tamu rumah Kiyai itu.
Pak Kiyai : Silalah duduk
anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?
Pemuda : Terima kasih Pak
Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.
Pak Kiyai : Jauh kamu
bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa
hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?
Pemuda tersebut diam
sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.
Pemuda : Begini Pak Kiyai,
saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan
Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya,
mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di
Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka
dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali
saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam
Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan
lain-lain”
Mengapa tidak terus
mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita
mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam
al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan
ini?”
Ulama-ulama itu juga punya
kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan
kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu
al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala
hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun
beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara
sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya
kepada pemuda tersebut,
Pak Kiyai : Masih ada lagi
apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?
Pemuda : Setakat ini, itu
sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.
Pak Kiyai : Sebelum
berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang
sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh
orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati
maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?
Pemuda : Benar sekali Pak
Kiyai .
Pak Kiyai lalu memanggil
isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik
selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.
Pak Kiyai : Silakan minum
Abdullah.
Sebaik dipelawa oleh Pak
Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan
ke dalam cawan yang tersedia.
Pak Kiyai terus bertanya :
Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu
dituang di dalam cawan?
Pemuda : Pak Kiyai, mana
bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang
ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.
Pak Kiyai : Abdullah,
itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami
tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar
untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah
dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk
mengambil dan memanfaatkannya.
Benar kamu katakan bahawa
mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan
kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa
al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain
daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud
atau Bible?
Pemuda : Sudah tentu mereka
juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai : Kalau begitu,
maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma
dengan kefahaman daripada para ulama.
Pak Kiyai : Satu lagi
gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran,
al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?
Pemuda : Sudah tentu Pak
Kiyai.
Pak Kiyai : Baik, Kalau
kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut
bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka
persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu
atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?
Pemuda : Sudah tentu
pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding
orang zaman sekarang.
Pak Kiyai : Nah, sekarang
saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada
sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil
selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman
terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan
mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana
mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.
Kamu tahu Abdullah, al-Imam
al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau
sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?
Maka al-Imam al-Syafie
turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai
mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang
aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu
berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa
engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang,
jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala
hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di
dalam memberikan jawapan”
Cuba kamu perhatikan
Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan
dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?
Al-Imam Malik radhiyallahu
anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah
al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri
yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk
bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
Al-Imam Malik radhiyallahu
anhu, mengatakan bahawa “Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan
dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “Bagaimana aku akan menjawab
nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”
Maka kata al-Imam Malik : “Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk
menyelesaikannya”
Allah... Cuba kamu lihat
Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman
sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku
bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.
Pemuda : MasyaAllah, terima
kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas
kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .
Pak Kiyai : Sama-sama
Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak
dengan ajaran yang benar InsyaAllah.
2 ulasan:
Your Affiliate Money Making Machine is waiting -
And getting it set up is as simple as 1---2---3!
Here's how it works...
STEP 1. Tell the system what affiliate products you want to push
STEP 2. Add some PUSH BUTTON traffic (it ONLY takes 2 minutes)
STEP 3. Watch the system grow your list and sell your affiliate products for you!
Are you ready to start making money?
Click here to start running the system
Casino Games - JT Hub
Welcome to 구리 출장마사지 Casino 군산 출장샵 Games! Join our exciting blend 문경 출장샵 of exciting online gaming and online gaming. Whether you're looking for a new way to play or 부천 출장샵 just Rating: 4.7 · Review 안산 출장마사지 by JT Hub
Catat Ulasan